24/05/2026
[PENGUMUMAN] PROGRAM KORBAN SURAU AHMAD RAZALI 1447H / 2026
Assalamualaikum w.b.t.
Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Ahmad Razali akan mengadakan aktiviti ibadah korban sempena sambutan Aidiladha bagi tahun 1447H / 2026. Berikut adalah ketetapan jadual program:
🗓 Tarikh: Hari Raya Aidiladha 1447H
📍 Lokasi: Surau Ahmad Razali
JADUAL PROGRAM:
⏰ 07:30 AM : Bermula Takbir Raya
⏰ 08:00 AM : Solat Sunat Aidiladha
⏰ 09:00 AM : Pelaksanaan Ibadah Korban
⏰11:00 : Rewang Muslimah (Di Surau)
⏰ 12:30 PM : Agihan Daging Korban (sehingga selesai)
🌙 KENDURI RAYA KORBAN
(Menu: Sup Daging & Daging Goreng Kunyit - 300 pax)
Waktu: Selepas Solat Maghrib
Peringatan: Solat Isyak akan dilewatkan ke pukul 9:10 PM bagi memberi ruang kepada jemaah menikmati jamuan.
Kehadiran dan kerjasama daripada seluruh ahli komuniti amat dialu-alukan. Semoga ibadah kita semua diberkati Allah S.W.T.
Terima kasih.