Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Institusi Masjid Masjid merupakan institusi pertama yang dibangunkan oleh Baginda Ar-Rasul setelah hijrah Baginda ke Madinah.
(1)

Hatta dalam perjalanan hijrah, Baginda sempat membangunkan Masjid Quba dan setelah tiba di Madinah, baginda dengan di bantu oleh para sahabat bergotong royong p**a membina Masjid Nabawi. Di zaman Nabi, Masjid bukan hanya di jadikan tempat Baginda dan para sahabat bersolat dan beriktikaf semata-mata. Ruang lingkup fungsi Masjid amat luas. Masjid menjadi tumpuan masyarakat terdiri dari berbagai peri

ngkat umur berrbagai peringkat keperluan dan latarbelakang kerana Masjid merupakan tempat berpusatnya kebanyakan daripada kegiatan sosio-budaya masyarakat Islam di masa itu. Para sahabat berkumpul menimba ilmu serta mendengar wahyu Allah disampaikan di Masjid. Di Masjid, para sahabat bermesyuarat merangka strategi peperangan juga tempat pengisytiharan berita-berita penting. Masjid menjadi pusat pentadbiran dan politik. Perwakilan asing disambut dan dilayan di sini. Golongan miskin p**a untuk mendapatkan bantuan serta perlindungan. Kaum Muslimin akan berkumpul dimasjid untuk menyambut perayaan dan meraikan majlis-majlis. Di hari-hari biasa, Masjid sesak kerana di sini urusan jual beli di adakan. Ketika peperangan, Masjid bagaikan hospital menjadi tempat merawat mujahid-mujahid yang tercedera. Yang ingin menuntut pembelaan datang ke Masjid kerana Masjid menjadi medan kehakiman tempat menyelesaikan masalah, hukuman dibicara dan dilaksanakan. Amat malang sekali fungsi Masjid yang berbagai ini disempit kan. Masjid yang begitu meriah di zaman Baginda Al-Rasul bagaikan menjadi tanah kontang yang hanya sekali sekala disiram hujan. Masjid menjadi tempat kunjungan pesara dan orang-orang tua sahaja. Ramai memandang Masjid sebagai tempat keperluan ritual semata-mata. Anak-anak muda memandang enteng peranan Masjid dalam mencorakkan masa depan Islam sesuatu tempat. Walhal mereka lah sebenarnya pelapis kesinambungan Islam di masa hadapan.

Address

No. 3, Jalan PJU 10/1d, Damansara Damai
Petaling Jaya
47830

Telephone

+60388864275

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai:

Shortcuts

Share

Category