HAL EHWAL ISLAM PPUM

HAL EHWAL ISLAM PPUM Berusaha melahirkan modal insan yang berakhlak mulia.

18/08/2026
18/08/2026
Alhamdulillah, Kursus Pemantapan Keluarga telah berlangsung dengan jayanya. 🤍Terima kasih kepada semua peserta yang sudi...
24/07/2026

Alhamdulillah, Kursus Pemantapan Keluarga telah berlangsung dengan jayanya. 🤍

Terima kasih kepada semua peserta yang sudi meluangkan masa untuk hadir sama-sama mencari ilmu dalam usaha membina keluarga yang lebih harmoni.

Semoga setiap perkongsian yang diterima bukan sekadar menjadi ilmu, tetapi dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Kerana keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada ujian, tetapi keluarga yang memilih untuk terus memahami, bertolak ansur dan saling menguatkan.

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam membina rumah tangga yang dipenuhi kasih sayang, sakinah, mawaddah dan rahmah. ❤️

Terima kasih atas komitmen semua. Semoga kita bertemu lagi dalam program-program akan datang! 😊


Wanita Qawiyyah bukanlah wanita yang tidak pernah menangis.Bukan juga wanita yang tidak pernah diuji.Tetapi wanita yang ...
17/07/2026

Wanita Qawiyyah bukanlah wanita yang tidak pernah menangis.

Bukan juga wanita yang tidak pernah diuji.

Tetapi wanita yang memilih untuk terus bangkit, walaupun hatinya pernah terluka. Yang tetap menggenggam iman ketika dunia terasa berat. Yang sentiasa mencari jalan untuk menjadi lebih baik, bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga untuk keluarga dan orang di sekelilingnya.

Alhamdulillah, Kursus Wanita Qawiyyah : Wanita Kuat Jiwa telah berlangsung dengan penuh pengisian, perkongsian dan refleksi yang sangat bermakna.

Semoga setiap persoalan yang hadir menemui pencerahan, setiap ilmu yang dikongsikan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian, dan setiap hati yang hadir p**ang dengan semangat serta kekuatan yang baharu.

Kerana wanita yang kuat bukanlah yang tidak pernah jatuh, tetapi yang sentiasa kembali bangun dengan berserah kepada Allah.

Terima kasih kepada semua peserta, dan pihak konsultan yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah dan memberi manfaat yang berpanjangan.

🌸 Wanita Qawiyyah... kuat jiwanya, teguh imannya, indah akhlaknya.🌸


Alhamdulillah 🤲Program PPUM Bermunajat bulan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Terima kasih kepada semua yan...
03/07/2026

Alhamdulillah 🤲

Program PPUM Bermunajat bulan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih kepada semua yang hadir serta para penyumbang yang sudi berkongsi rezeki. Semoga segala kebaikan dan sumbangan yang diberikan dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda serta keberkatan daripada Allah SWT.

Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

✨ Bermunajat Bersama, Meraih Berkat✨


🌾🍲 PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR ASYURA 1448H / 2026M 🍲🌾Alhamdulillah, Pertandingan Memasak Bubur Asyura 1448H/2026M telah ...
25/06/2026

🌾🍲 PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR ASYURA 1448H / 2026M 🍲🌾

Alhamdulillah, Pertandingan Memasak Bubur Asyura 1448H/2026M telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, kerjasama dan ukhuwah.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen, kreativiti dan kesungguhan dalam menyediakan Bubur Asyura yang terbaik. Terima kasih atas penyertaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada para juri yang sudi meluangkan masa untuk hadir serta memberikan penilaian yang adil dan profesional.

Semoga program ini dapat terus memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan staf PPUM tanpa mengira bangsa dan agama.

"Aroma Tradisi Memikat Selera, Mengeratkan Ukhwah"



✨SALAM MAAL HIJRAH 1448H | 2026M✨Daripada yang baik kepada lebih baik.Daripada yang lalai kepada lebih cakna.Daripada ya...
17/06/2026

✨SALAM MAAL HIJRAH 1448H | 2026M✨

Daripada yang baik kepada lebih baik.
Daripada yang lalai kepada lebih cakna.
Daripada yang biasa kepada yang lebih bermakna.

Setiap tahun baharu membawa harapan baharu. Semoga tahun ini menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, memperbaiki amalan dan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRAHSempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1448H, marilah sama-sama kita mengakhiri...
16/06/2026

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRAH

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1448H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

🤲 Doa Akhir Tahun Hijrah (1447H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah 1447H bersamaan 16 Jun 2026 (Selasa).

🤲 Doa Awal Tahun Hijrah (1448H) p**a dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 16 Jun 2026 (Selasa) bersamaan 1 Muharram 1448H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu maghrib.

SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1448H/ 2026MAlhamdulillah, Program Sambutan Awal Muharram 1448H/ 2026M telah berlangsung dengan pe...
10/06/2026

SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1448H/ 2026M

Alhamdulillah, Program Sambutan Awal Muharram 1448H/ 2026M telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan penghayatan. Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, meningkatkan keimanan serta memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

Ribuan terima kasih kepada penceramah jemputan atas perkongsian ilmu dan nasihat yang sangat bermakna. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan sokongan anda semua amat dihargai dalam menjayakan program ini.

"Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi perjalanan perubahan hati ke arah yang lebih baik."

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H. Semoga tahun ini membawa rahmat, keberkatan dan kejayaan buat kita semua.

PPUM BERMUNAJAT MEMOHON RAHMAT 1447HAlhamdulillah program bulanan, PPUM Bermunajat hari ini telah berjaya dijalankan. Ri...
05/06/2026

PPUM BERMUNAJAT MEMOHON RAHMAT 1447H

Alhamdulillah program bulanan, PPUM Bermunajat hari ini telah berjaya dijalankan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta mereka yang menyumbangkan juadah. Semoga setiap doa dimakbulkan, setiap rezeki yang dikongsi dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda dan setiap amalan dicatat nilainya di sisi Allah SWT.

"Bersama Bermunajat, Bersama Meraih Rahmat"


Address

Petaling Jaya
59100

Telephone

+60126086840

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HAL EHWAL ISLAM PPUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share