25/08/2026
Assalamualaikum w.b.t.
Pihak Masjid Datoβ Haji Kamaruddin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada MBPJ serta Persatuan Wanita Impian Baiduri atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Program Maulidur Rasul.
Tidak dilupakan juga kepada seluruh AJK masjid yang telah bertungkus-lumus, sama ada secara langsung mahupun di sebalik tabir, bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh penduduk kariah yang hadir memeriahkan serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
Insya-Allah, segala kekurangan akan kami jadikan penambahbaikan agar program-program masjid pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik, tersusun dan meriah.
Jazakumullahu khairan kepada semua yang terlibat. Semoga segala usaha dan sumbangan kita dalam mengimarahkan masjid mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT. π€²π»