Masjid Bandar Utama - Damansara

Masjid Bandar Utama - Damansara MBU

12/04/2026

Tengah sedap dibuai mimpi pukul 3 pagi, tiba-tiba mata terbeliak besar. Jantung berdegup laju. Rasa macam ada 'tangan ghaib' tengah rentap dan simpul urat betis kuat-kuat! Automatik menjerit kejutkan pasangan kat sebelah. Sakit dia Tuhan saja yang tahu, sampai keluar air mata.

Refleks biasa kita bila betis tiba-tiba kejang (muscle cramp/charley horse), kita akan cepat-cepat suruh orang sebelah picit dan tonyoh urat yang tengah mengeras tu kuat-kuat. Lepas tu lumur p**a minyak panas banyak-banyak dengan niat nak bagi cepat lega.

Tolong berhenti buat macam ni!

Waktu otot tengah mengeras, tegang dan mengecut secara tiba-tiba, kalau anda paksa picit dan tonyoh dengan kuat, anda sebenarnya sedang merisikokan fiber otot (muscle fiber) untuk koyak dari dalam. Sakit kejang mungkin nampak macam hilang sekejap, tapi esok paginya betis anda akan rasa lebam, bengkak dan sakit nak pijak lantai berhari-hari.

Habis tu, kenapa benda ni selalu serang waktu malam? Ada benda 'menumpang' ke?
Bukan. Ini bahasa badan tengah menjerit minta tolong sebab:
1. Badan anda sangat kering (dehidrasi) atau kekurangan mineral penting macam Magnesium dan Potassium (kalium).
2. Kipas atau 'aircond' tala direct ke arah kaki berjam-jam sampai suhu otot drop dan jadi kejang kesejukan.
3. Seharian anda berdiri terlalu lama, jalan jauh, atau pakai kasut tumit tinggi kat office. Anda dah tidur, tapi otot kaki anda masih 'protes' sebab terlalu penat.

Apa cara paling selamat bila kena serang?
Jangan panik, dan jangan terus picit. Perlahan-lahan luruskan kaki anda. Guna tangan, tarik ibu jari dan tapak kaki menghala ke arah muka anda (dorsoflexion). Tahan 10 hingga 20 saat sampai urat tu kendur perlahan-lahan dengan sendirinya. Kalau mampu bangun, berdiri perlahan-lahan dan pijak lantai yang sejuk. Ini akan hantar signal ke otak untuk 'reset' balik saraf otot yang tengah terkejut tu.

Malam ni, sebelum tidur, minum secawan air kosong. Esok cari pisang untuk topup mineral badan. Kalau tiap-tiap malam kena tarik mengkarung macam ni, jangan buat tak tahu. Pergi klinik check darah, itu mungkin petanda buah pinggang atau saraf perlukan rawatan.

11/04/2026
  MBU
15/02/2025

MBU

22/05/2024
23/08/2023

Sumbangan utk pembinaan masjid fasa 1b masih dibuka.

Sumbangan boleh disalurkan ke:
CIMB BANK 860 0685 168
MAYBANK 5623 5753 9613

Atau

Boleh layari website rasmi masjid bandar utama damansara
http://www.masjidbandarutamadamansara.com

Semoga segala amalan kita diterima Allah. Jazakallahkhair





29/06/2023

SAHABAT SUKARELAWAN MASJID AHMAD FEDTRI YAHYA

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ



Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

(Surah al-Taubah: 18)

Pengimarahan masjid mengandungi dua aspek iaitu membinanya dan melaziminya. Seseorang hanya dikatakan mengimarahkan masjid sekiranya dia kerap berulang alik ke masjid. (Lihat al-Tafsir al-Kabir, 5/9)

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran (8/90) menyatakan terdapat golongan salaf menyatakan, “Sekiranya kamu melihat sesorang mengimarahkan masjid maka perelokkanlan prasangkamu kepadanya.” Ini seperti mana hadis Nabi SAW daripada Abi Said Al-Khudri R.A bahawa Rasullullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ

Maksud: “Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya.”

Riwayat al-Tirmizi (1060), Ibn Majah (802) dan Ahmad (3/68)

Jadi saya menyeru kepada semua muslimin muslimat, ayuh kita berinfaq kepada pembinaan Masjid Bandar Utama Damansara ini.

Jom Sahabat Sama-sama kita Bantu Infaq Bersedekah untuk Pembinaan Masjid. kalau Boleh Share kepada Sahabat-Sahabat lain, Untuk kita buat Saham Akhirat. Semoga Kita Mendapat Pahala Yang Melimpah-limpah 🤲🏻

Sumbangan boleh disalurkan ke :-

Tabung Pembinaan Masjid Bandar Utama
MAYBANK - 5623 5753 9613
CIMB BANK – 860 0685 168

atau boleh juga layari www.masjidbandarutamadamansara.com

Mereka yang memerlukan resit Pengecualian Cukai Boleh berhubung dengan pejabat melalui (01170344280)






09/06/2023
21/04/2023

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝟏 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇

Sempena meraikan bulan Syawal, bulan kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, Kami Pihak Masjid Bandar Utama Damansara serta seluruh warga & Ahli Kariah Masjid Bandar Utama - Damansara ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin” kepada seluruh warga Masjid Bandar Utama, serta semua umat Islam yang sama-sama meraikannya.

Rai kemenangan kita dengan saling bermaafan dan kuatkan kembali jalinan silaturahim. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Berhati-hatilah p**ang ke kampung bak kata pepatah biar lambat asalkan selamat..

𝗚𝗲𝗺𝗲𝗿𝘀𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗸𝗯𝗶𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗯𝗮,
𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶𝘂𝘁𝘂𝘀 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗻,
𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗯𝗮,
𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶𝘂𝘁𝘂𝘀 𝗽𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗮𝗳𝗮𝗻.

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN “


Address

No 27, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama (BU 12), Damansara
Petaling Jaya
47800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Bandar Utama - Damansara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Bandar Utama - Damansara:

Share

Category