03/09/2026
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗙𝗨𝗡 𝗥𝗨𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗨𝗠𝗛𝗨𝗥𝗜𝗔𝗛 — “𝗝𝗢𝗠 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗨𝗠𝗛𝗨𝗥𝗜𝗔𝗛”
(Bahagian 31)
𝟑𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐫𝐮𝐧
Alhamdulillah, suasana di Dewan Serbaguna Masjid Jumhuriah pada pagi 31 Ogos 2026 bergemuruh dengan semangat patriotisme dan keceriaan apabila pihak Masjid Jumhuriah berjaya menganjurkan program 𝓕𝓾𝓷 𝓡𝓾𝓷 𝓜𝓮𝓻𝓭𝓮𝓴𝓪 2026 sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
Dengan membawakan tema "𝘑𝘰𝘮 𝘚𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘑𝘶𝘮𝘩𝘶𝘳𝘪𝘢𝘩", program ini bermula dari jam 7:30 pagi hingga 12:30 tengah hari dan mendapat sambutan yang luar biasa meriah daripada kariah pelbagai peringkat usia—daripada kanak-kanak, golongan belia, warga emas, sehinggalah kepada para peserta Orang Kurang Upaya (OKU).
Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta yang ceria dan penuh disiplin, diikuti dengan Lagu NegaraKu, Lagu Negeri Selangor dan Asmaul Husna selepas itu sesi senaman ringan (warm-up) beramai-ramai di dalam dewan bagi memastikan kecergasan fizikal para pelari terjaga sebelum dilepaskan.
Larian santai sejauh 2.3 km – 3.0 km ini menyaksikan penyertaan yang sangat menyentuh hati terutamanya apabila golongan OKU berkerusi roda turut sama menyertai larian dengan penuh semangat merdeka, membuktikan bahawa batasan fizikal bukanlah halangan untuk meraikan hari kebangsaan negara tercinta.
Selain acara lari santai, kemeriahan Hari Kebangsaan kali ini turut menyerlah menerusi pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk kariah:
• 𝕻𝖊𝖗𝖙𝖆𝖓𝖉𝖎𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕻𝖆𝖐𝖆𝖎𝖆𝖓 𝕭𝖊𝖗𝖆𝖌𝖆𝖒 & 𝕶𝖊𝖓𝖉𝖊𝖗𝖆𝖆𝖓 𝕭𝖊𝖗𝖍𝖎𝖆𝖘 (𝕸𝖊𝖗𝖉𝖊𝖐𝖆): Mempamerkan kreativiti kariah menghias motosikal dan basikal dengan Jalur Gemilang serta lambang kenegerian.
• 𝕻𝖊𝖗𝖙𝖆𝖓𝖉𝖎𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕸𝖊𝖜𝖆𝖗𝖓𝖆 𝕶𝖆𝖓𝖆𝖐-𝕶𝖆𝖓𝖆𝖐: Memberikan ruang kepada anak-anak kecil menyemai cinta akan negara melalui seni.
• 𝕻𝖊𝖗𝖘𝖊𝖒𝖇𝖆𝖍𝖆𝖓: Persembahan sajak dan nyanyian oleh pelajar SRK Taman Dato’ Harun 2
• 𝕮𝖆𝖇𝖚𝖙𝖆𝖓 𝕭𝖆𝖗𝖔𝖐𝖆𝖍: Menyediakan pelbagai hadiah menarik serta sumbangan kepada para peserta.
Pihak pengurusan Masjid Jumhuriah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa, para sukarelawan, serta para penyumbang iaitu YB Dr Afif Bahardin, Datuk Wira Abdul Mutalif Abd Rahim, Datin Paduka Norkhaila Jamaludin, Klinik Akhi Taman Medan, Tabung Haji Cawangan Kelana Jaya serta penyumbang perseorangan dan seluruh kariah yang hadir memeriahkan program ini.
Semoga penganjuran sebegini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dan sihat fizikal, malah terus menyemarakkan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air di jiwa setiap anak kariah Masjid Jumhuriah.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!