My Quran Channel

My Quran Channel Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from My Quran Channel, Religious Center, Petaling Jaya.

Matlamat page ini adalah untuk mengumpul 30 Juzuk Al-quran daripada sumber yang Sahih

Jom SUBSCRIBE dan tekan butang LOCENG untuk My Quran Channel di
https://www.youtube.com/channel/UC1W9PdNt5VU1tai0yTbUSwA

06/05/2024

Dalam kacamata kita, mereka bersepahkan rumah.

Dalam kacamata mereka, inilah dunia imaginasi idaman mereka sementara menunggu kep**angan ayah.

Our children’s minds are magical. Sometimes, in the craziness of life, we adults can forget that…let’s try not to ❤️

Kredit photo : Lunarbaboon

Mari amal kan
31/10/2023

Mari amal kan

The reading of Sholawat Asyghil as follows:اللهم صل علي سيدنا محمد وأشغل الظالمين بالظالمين وأخرجنا من بينهم سالمين وعلي اله وصحبه أجمعين(Allahumma sholli 'a...

AssalamualaikumSurah Al-fatihah
01/05/2022

Assalamualaikum

Surah Al-fatihah

MUQADDIMAH SURAH AL-FAATIHAHSurah ini dinamakan ”AL-FAATIHAH” (Pembuka atau yang mula-mula). la juga dinamakan ”Ummu’l-Qur’an” (Ibu Al-Quran) dan ”Ummu’l-Kit...

I'm selling Mushaf Al-Quran (My Quran Channel) for RM2.00. Get it on Shopee now!
07/04/2022

I'm selling Mushaf Al-Quran (My Quran Channel) for RM2.00. Get it on Shopee now!

Assalamualaikum semua Kami daripada My Quran Channel ingin membantu anda untuk mendapatkan mushaf Al quran secara ebook Kami ingin Mohon bantuan anda semua untuk support kami. Untuk makluman semua, ini adalah merupakan ebook (electronic book) di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila...

Ayat batalkan sihir!! Jom kita hafal dan amal
21/11/2020

Ayat batalkan sihir!!

Jom kita hafal dan amal

Ayat Batalkan Sihir!! Cara mengamalkannya: Baca selepas solat. Insya Allah, Allah yang mengizinkannya. بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Dengan nama All...

BAGI KAMU AGAMA KAMU!! BAGIKU AGAMAKU!! MUQADDIMAH SURAH AL-KAAFIRUUNSurah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 6 ayat. ...
27/11/2019

BAGI KAMU AGAMA KAMU!!
BAGIKU AGAMAKU!!

MUQADDIMAH SURAH AL-KAAFIRUUN

Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 6 ayat. Dinamakan surah ”AI-Kaafiruun” (Orang-Orang Kafir), kerana pada awal surah ini, Allah Ta’ala perintahkan Nabi Muhammad (s.a.w.) menegaskan kepada kaum kafir umumnya mengenai soal ibadat yang sebenarnya.

Intisari kandungan surah ini: Menegaskan amal ibadat secara lslam dan menolak sebarang penyembahan dan amalan syirik.

Juga mengingatkan kita supaya tetap di atas dasar tauhid dan cara-cara beribadat menurut yang dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w.), sekalipun banyak godaan dan tipu helah pihak musuh-musuh Islam dan orang- orang yang sesat untuk menjadikan kita menyeleweng dari jalan yang benar.

BAGI KAMU AGAMA KAMU!! BAGIKU AGAMAKU!! MUQADDIMAH SURAH AL-KAAFIRUUN Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 6 ayat. Dinamakan surah ”AI-Kaafiruun” (Oran...

19/11/2019

Assalamualaikum

MUQADDIMAH SURAH AL-FAATIHAH

Surah ini dinamakan ”AL-FAATIHAH” (Pembuka atau yang mula-mula). la juga dinamakan ”Ummu’l-Qur’an” (Ibu Al-Quran) dan ”Ummu’l-Kitab (Ibu Kitab Suci), kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar yang kerananya Al-Quran diturunkan untuk menerangkannya satu persatu, ia-itu:

(1) Menetapkan wujudnya Allah ’Azza wa Jalla yang mencipta seluruh alam, sebagaimana yang tersebut dalam firmanNya yang bermaksud: ”Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”

(2) Menyebutkan kesimp**an sifat-sifat Al-Jalaal (Ke-besaran) dan sifat-sifat Al-Kamaal (Kesempurnaan), sebagai-mana yang terkandung dalam firmanNya yang bermaksud: “Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”

(3) Menyatakan kepada manusia akan hari kiamat yang padanya kelak ia akan menerima balasan amalnya, sebagai-mana yang tersebut dalam firmanNya yang bermaksud: ”Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)” , supaya seseorang itu tidak menumpukan usahanya kepada mencari ni’mat hidup dunia dan kelazatannya semata-mata.

(4) Menerangkan tugas yang kerananya manusia diciptakan oleh Allah Ta’ala sebagaimana yang tersebut dalam firmanNya yang bermaksud: “Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah”. Sebab ibadat itu dengan segala jenisnya tak dapat tidak diperlukan oleh manusia kerana ia menghidupkan iman, menyihatkan tubuh badan, memper-baiki akhlak, dan mensucikan jiwa.

Dengan iman yang hidup, tubuh badan yang sihat, akhlak yang baik, dan jiwa yang suci, berhasillah kebahagiaan manusia kebahagiaan perseorangan dan kebahagiaan orang-orang yang sejenis dengannya.

(5) Memperkatakan tentang kelemahan manusia, bahawa ia tidak akan dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah Ta’ala dan izinNya, sebagaimana yang tersebut dalam firmanNya yang bermaksud: “dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.”

(6) Menerangkan bahawa perkara yang utama dihajati dan dipohonkan daripada Allah Ta’ala ialah memperoleh hidayah dan taufik ke jalan yang membawa kebahagiaan, dan cara melaluinya, sebagaimana yang disebutkan dalam firmanNya yang bermaksud: “Tunjukilah kami jalan yang lurus”. Kerana telah sedia ada berbagai jalan yang akan ditempuh, dan cara-cara melaluinya p**a banyak, berbilang-bilang, dan berlain-lain, disebabkan berlain-lainnya tabi’at, adat, dan hawa nafsu yang beranika ragam.

(7) Mengarahkan manusia kepada memerhati dan memikirkan kisah-kisah umat-umat manusia yang telah lalu dan hal ehwalnya, supaya ia memilih akan apa yang menyebabkan kebahagiaan mereka, dan berjaga-jaga serta menjauhkan diri dari apa yang menyebabkan kecelakaan mereka, sehingga dapatlah ia hidup di dunia ini dalam keadaan yang selamat, dan berjaya mendapat ni’mat yang kekal pada hari akhirat kelak dalam syurga ”Daru’s-Salaam”.

Surah ini juga dinamakan ”As-Sab’u’l-Mathaani” (Tujuh ayat yang diulang-ulang) bacaannya dalam sembahyang yang berbilang-bilang rak’at, atau (tujuh dasar yang diulang-ulang) huraiannya di dalam Al-Qur’an.

Rasulullah (s.a.w.) pernah menyatakan kelebihan surah ini dengan sabdanya yang berma’na: ”Tidak ada di dalam Kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah satu surah yang sama kelebihannya seperti Ummu’l-Qur’an”.

Demikianlah kelebihan surah Al-Faatihah yang diwajibkan kepada orang yang mengerjakan sembahyang membacanya. Sekurang-kurangnya tujuh belas kali sehari semalam jika ia tidak musafir.

THE MEANINGS OF SURAH AN-NARS - PART 110MUQADDIMAH SURAH AN-NASRSurah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 3 ayat. Din...
14/11/2019

THE MEANINGS OF SURAH AN-NARS - PART 110

MUQADDIMAH SURAH AN-NASR

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 3 ayat. Dinamakan surah 'An-Nasr" (Kemenangan), kerana dalam surah ini, Allah Ta'ala perintahkan Nabi Muhammad (s.a.w.) apabila Baginda berjaya mencapai kemenangan dan menguasai Tanah Suci Mekah serta melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, maka hendaklah Baginda bersyukur dengan mematuhi perintah Allah yang melimpahkan ni'matNya itu serta memohon ampun kepadaNya.

Intisari kandungan surah ini: Mengajar kita supaya apabila kita mendapat apa yang kita usahakan mendapatnya, janganlah kita lalai dan lupa daripada bersyukur dengan mengerjakan amal bakti kepada Allah (s.w.t.) yang mengurniakan apa yang kita hajati itu, serta meminta ampun kepadaNya akan salah silap kita, dalam usaha yang kita jalankan itu.

MUQADDIMAH SURAH AN-NASR Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 3 ayat. Dinamakan surah 'An-Nasr" (Kemenangan), kerana dalam surah ini, Allah Ta'ala pe...

CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI FITNAH DAJJAL - AMALAN 1 - 10 AYAT SURAH AL-KAHFI 10X
17/10/2019

CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI FITNAH DAJJAL - AMALAN 1 - 10 AYAT SURAH AL-KAHFI 10X

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ ا...

17/10/2019

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

Hadith riwayat Muslim: 1342

--->> Insya Allah, kami akan kongsikan video Surah Al-Kahfi ayat 1 - 10 tidak lama lagi

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Quran Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share