Surau Al Huda Apt Impian

Surau Al Huda Apt Impian Fan Page rasmi Surau Al-Huda Apartment Impian, Damansara Damai Petaling Jaya, Selangor.

Berfungsi untuk menyebarkan dan menyimpan maklumat berkenaan dengan kegiatan atau aktiviti Surau Al- Huda untuk rujukan semua umat didunia ini.

PROGRAM IBADAH KORBAN SURAU AL HUDA APT IMPIAN 1447H/2026MTarikh: 27 Mei 2026 (Rabu)Lokasi: Apartment Impian, Damansara ...
28/05/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN SURAU AL HUDA APT IMPIAN 1447H/2026M

Tarikh: 27 Mei 2026 (Rabu)
Lokasi: Apartment Impian, Damansara Damai

Setinggi-tinggi penghargaan & ucapan terima kasih buat semua Ahli Kariah Surau Al Huda dan AJK Muslimat serta semua petugas dan sukarelawan Ibadah Korban 1447H/2026M yang telah mencurahkan keringat & tenaga dalam menjayakan Program Ibadah Korban pada tahun ini.

Jutaan terima kasih juga buat para peserta yang telah mengambil bahagian Ibadah Korban sebanyak 56 bahagian (8 ekor lembu). Ini merupakan jumlah lembu yang tertinggi setakat ini sepanjang penganjuran Ibadah Korban oleh Surau Al Huda dan merupakan antara yang tertinggi di Damansara Damai.

Ucapan terima kasih juga buat MP Damansara yang telah menyumbangkan seekor kambing untuk kariah.

Semoga segala tenaga yang telah dicurahkan diterima sebagai amal Soleh kita semua.Juga segala Korban ini diterima Allah SWT.

"Ya Allah, terimalah daripada kami, sesungguhnya engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Semoga Doa Nabi Allah Ibrahim & Ismail A.S ini merupakan doa yang sama kita titipkan ke hadrat Allah SWT.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

Pengarah Ibadah Qurban 1447H/2026M
& Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir
06/05/2026

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Muslimat Dijemput Hadir
24/04/2026

Muslimat Dijemput Hadir

Kalendar Majlis Ilmu Surau Al Huda Apt Impian Bulan April 2026Muslimin dan Muslimat di Jemput Hadir
01/04/2026

Kalendar Majlis Ilmu Surau Al Huda Apt Impian Bulan April 2026
Muslimin dan Muslimat di Jemput Hadir

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SURAU AL HUDA, APT IMPIAN SEMPENA BULAN RAMADAN 1447H / 2026M📅 Tarikh: 14 Mac 2026 (Sabtu)🕘 Masa:...
15/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SURAU AL HUDA, APT IMPIAN SEMPENA BULAN RAMADAN 1447H / 2026M

📅 Tarikh: 14 Mac 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: Selepas Solat Sunat Tarawih
📍 Lokasi: Surau Al Huda, Apt Impian

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan di Surau Al Huda, Apt Impian.

Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama KRT Apt Impian dan Persatuan Penduduk Apt Impian (AIRA) sebagai salah satu usaha menyemarakkan penghayatan Al-Quran serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli kariah. Pengisian program:

- Bacaan Ayat Al-Quran dan doa Khatam Al-Quran
- Sumbangan Kebajikan kepada Asnaf, Anak Yatim dan Ibu Tunggal
- Sumbangan Duit Raya kepada Anak-anak Kariah
- Persembahan Kompang SRI IMPIAN
- Cenderahati kepada peserta Tadarus dan petugas Ramadan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma, penyumbang dan penaja yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada AJK-AJK surau, ahli jawatankuasa penganjur serta para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan diberkati Allah SWT serta menjadi amal jariah yang berterusan.

Mudah-mudahan majlis seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang demi memakmurkan surau dan mengeratkan ukhuwah sesama ahli kariah.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Syawal 🌙

Jadual Tazkirah Ramadan Surau Al Huda Apt Impian. Muslimin & Muslimat dijemput hadir..
10/03/2026

Jadual Tazkirah Ramadan Surau Al Huda Apt Impian. Muslimin & Muslimat dijemput hadir..

Suasana Malam 20 Ramadan di Surau Al Huda Apt Impian
09/03/2026

Suasana Malam 20 Ramadan di Surau Al Huda Apt Impian

Suasana Malam 16 Ramadan 1447H di Surau Al Huda Apt Impian
05/03/2026

Suasana Malam 16 Ramadan 1447H di Surau Al Huda Apt Impian

Jadual Tazkirah Ramadan Surau Al Huda Apt Impian.
05/03/2026

Jadual Tazkirah Ramadan Surau Al Huda Apt Impian.

Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Surau Al Huda 1447HTarikh: 1 Mac 2026 (Ahad)Masa: 9.00 pagi - 4.00 petangLoka...
02/03/2026

Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Surau Al Huda 1447H

Tarikh: 1 Mac 2026 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi: Surau Al Huda

Program kerjasama dengan KRT Apt Impian dan AIRA Impian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan penderma budiman atas sumbangan yang diberikan. Juga kepada sukarelawan yang menyumbangkan tenaga bagi menjayakan program. Semoga segala usaha dan sumbangan ini mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Address

A-G09, Blok A, Apt. Impian, Jalan PJU 10/1F, Damansara Damai
Petaling Jaya
47830

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Huda Apt Impian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al Huda Apt Impian:

Share