28/05/2026
โ๐ป ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐๐ช๐ & ๐จ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ค๐จ๐ฅ๐๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ / ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ๐
(๐ฃ๐๐ฅ๐ง ๐ญ)
Part 2:
https://www.facebook.com/share/p/1AzEGp6UX4/
Part 3:
https://www.facebook.com/share/p/18X2f8aY3t/
๐ฎ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ - Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, rahmat dan izin-Nya, Program Ibadah Qurban Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz 1447H telah berjaya dilaksanakan dengan semangat ukhuwah, kerjasama serta kebersamaan ummah.
Sesungguhnya program yang penuh keberkatan ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan, pengorbanan dan keikhlasan daripada pelbagai pihak yang bersama-sama menjayakannya. Setiap tenaga yang dicurahkan, setiap masa yang dikorbankan serta setiap sumbangan yang diberikan amat besar maknanya dalam memastikan segala urusan berjalan dengan sempurna.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan khas buat seluruh peserta qurban yang telah memilih untuk melaksanakan ibadah qurban bersama MJSAA pada tahun ini. Semoga segala ibadah, niat dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh yang diberkati serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
Ucapan penghargaan turut dizahirkan kepada para penyumbang, penaja serta semua individu yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, peralatan mahupun sokongan secara langsung dan tidak langsung. Keprihatinan dan kemurahan hati yang ditunjukkan amatlah dihargai dan menjadi asbab kelancaran program yang penuh bermakna ini.. ๐๐ฒ๐ฒ ๐บ๐ผ๐ฟ๐ฒ