03/06/2023
IBADAH QURBAN 1444H MADRASATUL ISLAMIAH
Madrasatul Islamiah akan menganjurkan Ibadah Qurban bagi tahun hijrah 1444H. Sehubungan itu AJK Madrasatul Islamiah telah memutuskan ibadah qurban pada tahun ini adalah seperti kenyataan berikut:
1. Jumlah lembu qurban terhad kepada 3 ekor sahaja. Namun, sekiranya ada banyak permintaan untuk penyertaan, pihak MI akan mempertimbangkan jumlah yang difikirkan wajar dan berpadanan dengan tenaga kerja yang kita ada.
2. Harga bagi SATU BAHAGIAN QURBAN pada tahun ini ialah RM900. Ia meliputi segala kos termasuk penghantaran, pengurusan dan penjagaan lembu dari hari penerimaan lembu qurban sehingga selesai acara qurban.
3. Pada tahun ini Madrasatul Islamiah akan bekerjasama dengan Madrasah Persaudaraan Islam SS4B bagi pelaksanaan acara sembelihan lembu qurban. Justeru semua peserta ibadah qurban amat digalakan untuk sama-sama hadir pada acara penyembelihan lembu qurban di tempat berkenaan. Penyembelihan lembu qurban akan diadakan selepas Solat Sunat Eidul Adha.
4. Bagi jemaah dan ahli kariah yang berminat untuk menyertai ibadah qurban pada tahun ini, tuan-tuan/puan-puan boleh menulis nama dan butiran yang diperlukan pada ruangan yang disediakan di papan kenyataan Madrasatul Islamiah atau terus berhubung dengan pegawai MI berikut:
i. En Mohd Zulfiqar Talsis - 012-2736525
ii. En Suzairi Zainal Abidin - 012-2158075
iii. En Jeffri Awaluddin - 019-2065844
5. Pihak Madrasatul Islamiah akan sentiasa mengemaskini senarai penyertaan dari masa ke semasa sehingga penyertaan yang terakhir. Pihak MI juga akan memaklumkan sebarang makluman berkaitan ibadah qurban dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Yang Menjalankan Amanah
AMIR AFFENDY BIN MOHD
Pengerusi Madrasatul Islamiah