Surau Kampung Belah Dua

Surau Kampung Belah Dua Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Kampung Belah Dua, Mosque, Permatang Pauh.

11/04/2025

Solat Hari Raya Aidilfitri 2025

Kenduri malam 27 Ramadhan
11/04/2025

Kenduri malam 27 Ramadhan

11/04/2025
Majlis Tahlil 13 March 2025 Bersamaan 12 Ramadhan 1446H
14/03/2025

Majlis Tahlil 13 March 2025 Bersamaan 12 Ramadhan 1446H

Tahlil 6-3-2025 Bersamaan 5 ramadhan
06/03/2025

Tahlil 6-3-2025 Bersamaan 5 ramadhan

Alhamdulillah..Malam ramadhan ke -4..
06/03/2025

Alhamdulillah..Malam ramadhan ke -4..

Bersyukur kita kepada Allah bilamana ramadhan menjelang menandakan doa kita dalam ramadhan yang lepas telah dimakbulkan ...
02/03/2025

Bersyukur kita kepada Allah bilamana ramadhan menjelang menandakan doa kita dalam ramadhan yang lepas telah dimakbulkan oleh Allah iaitu kita memohon untuk diberi umur bertemu ramadhan yang akan datang.

Ramadhan datang membawa segala keberkatan yang membuktikan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah swt kepada hamba-hambaNya. Amat rugilah jika kita tidak mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya.

Ramadhan datang mengajar kita suatu pengajaran yang besar iaitu berjihad dengan hawa nafsu bagi mencapai matlamat taqwa.
Apa yang pasti makan dan minum yang halal dibulan lain, tetapi diharamkan dibulan ramadhan. Islam tidak ‘menyeksa’ umatnya tetapi latihan berjihad amat penting demi mencapai kemenangan melawan hawa nafsu, kemenangan melawan syaitan, kemenangan melawan musuh Islam dari kalangan manusia dan mencapai kemenangan didunia dan akhirat.

Marilah kita jadikan ramadhan pada tahun ini untuk kita memperbaiki segala amalan kita dengan sama-sama bersolat berjemaah di Surau Kampung Belah Dua dan menjayakan semua program yang telah dirancang sepanjang bulan yang mulia ini.Manusia tak pernah luput dari salah dan dosa. Mohon maaf atas segala silap dan tutur kata dari kami.

*Saya wakil AJK Surau Kampung Belah Dua mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menghidupkan Ramadhan* 🌔🕌

*Khairil Anuar Bin Ahmad*
*Timbalan Pengerusi Surau Kampung Belah Dua*

Sekian Wassalam.

🕌 5 Hari Lagi Ramadhan Malam berganti siang. Sedar tak sedar 5 Hari Lagi Ramadhan. Jika hati seputih awan jangan biarkan...
24/02/2025

🕌 5 Hari Lagi Ramadhan

Malam berganti siang. Sedar tak sedar 5 Hari Lagi Ramadhan.

Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung, jika hati seindah bulan hiasi dengan penuh senyuman.

Pada hari yang hampir dengan Ramadhan ini marilah kita mempersiapkan diri kita untuk bulan Ramadhan ini. Hargai hari-hari yang bakal kita hadapi pada bulan Ramadhan tahun ini.

Kesempatan yang ada, baiki jadual kehidupan kita kepada yang lebih baik dan dekat dengan Allah. Susun aktiviti kehidupan kita kepada perkara yang bermanfaat.

Buat target harian seperti :

1. Target berapa juzuk untuk baca Al Quran
2. Berapa zikir untuk dibaca dengan penuh penghayatan
3. Tadabbur Al Quran
4. Infak sepanjang Ramadhan

🔈PENGUMUMAN🔊GOTONG ROYONG SURAU KAMPUNG BELAH DUA DAN PERASMIAN RUANG SOLAT BAHAGIAN BAWAH*السلام عليكم ورحمة الله وبركا...
23/02/2025

🔈PENGUMUMAN🔊
GOTONG ROYONG SURAU KAMPUNG BELAH DUA DAN PERASMIAN RUANG SOLAT BAHAGIAN BAWAH

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Sempena menyambut bulan ramadhan, Surau Kampung Belah Dua ingin menjemput semua ahli kariah menyertai GOTONG ROYONG seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 23 FEB 2025
Hari: AHAD
Masa: 8.30 PAGI
Tempat: SURAU KAMPUNG BELAH DUA

Agenda:
↗️ Mengecat/touch up dinding yang telah pudar
↗️ Membersih/cuci cermin, kipas, lampu
↗️ Menyusun/kemas sejadah,
al quran & rehal dan lain-lain

Jamuan disediakan.
🔈Semua ahli kariah MUSLIMIN & MUSLIMAT dijemput hadir!

Bacaan Yassin 3 kali malam Nisfu Syaaban
23/02/2025

Bacaan Yassin 3 kali malam Nisfu Syaaban

Address

Permatang Pauh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Kampung Belah Dua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category