Masjid Al Solihin, Bawah Bukit Perlis

Masjid Al Solihin, Bawah Bukit Perlis Page Rasmi Masjid As-Solihin, Bawah Bukit Perlis

SUMBANGAN DAGING KORBAN CSR CIMA PERLIS Alhamdulillah, pada Jumaat, 29 Mei 2026, Masjid As Solihin telah menerima sumban...
02/06/2026

SUMBANGAN DAGING KORBAN CSR CIMA PERLIS

Alhamdulillah, pada Jumaat, 29 Mei 2026, Masjid As Solihin telah menerima sumbangan daging korban daripada CIMA untuk diagihkan kepada ahli kariah dan golongan yang memerlukan.

Pihak Masjid As Solihin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak CIMA atas sumbangan yang diberikan. Semoga segala amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat semua.

Ikhlas daripada AJK Masjid As Solihin ๐Ÿ•Œ

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŒKhamis 28 Mei 2026, Bawah Bukit โ€“ Alhamdulillah, Program Ibadah Korban Masjid As Solihi...
30/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

Khamis 28 Mei 2026, Bawah Bukit โ€“ Alhamdulillah, Program Ibadah Korban Masjid As Solihin telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli kariah, peserta korban dan anak muda masjid.

Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan dan diuruskan secara gotong-royong sebelum diagihkan kepada para peserta serta golongan yang berhak menerimanya.

Pihak Masjid As Solihin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat semua.

AJK Masjid As Solihin ๐Ÿ•Œ๐Ÿ„

๐ŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™AJK Masjid As Solihin mengucapkanSelamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli kariah serta u...
26/05/2026

๐ŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™

AJK Masjid As Solihin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli kariah serta umat Islam yang menyambutnya.

Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang diraikan pada tahun ini membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.

โœจ Semoga segala amal ibadah diterima Allah SWT.
โœจ Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada,
AJK Masjid As Solihin ๐Ÿ•Œ๐Ÿ„

๐Ÿ“ข *MAKLUMAN KEPADA SEMUA JEMAAH*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Selamat Hari Raya Aidiladha ๐ŸŒ™โœจDimaklumkan kep...
26/05/2026

๐Ÿ“ข *MAKLUMAN KEPADA SEMUA JEMAAH*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat Hari Raya Aidiladha ๐ŸŒ™โœจ

Dimaklumkan kepada seluruh jemaah bahawa Solat Sunat Hari Raya Aidiladha akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H
โฐ Masa: 8:15 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Masjid As Solihin Bawah Bukit

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan pagi Aidiladha dengan penuh kesyukuran, keinsafan dan semangat pengorbanan demi meraih keberkatan Allah SWT.

โœจ Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha di masjid kita.

Sekian, terima kasih.

25/05/2026

Jom ajak seisi keluarga kita Puasa Sunnah Hari Arafah !

17/05/2026

Daulat Tuanku

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Sembah takzim daripada :
Pengarah dan Seluruh Warga JAIPs

HEBAHAN HALAQAH AL-QURAN KHAS MUSLIMINAssalamualaikum WBT.Dimaklumkan bahawa Halaqah Al-Quran Khas Muslimin Masjid As So...
17/05/2026

HEBAHAN HALAQAH AL-QURAN KHAS MUSLIMIN

Assalamualaikum WBT.

Dimaklumkan bahawa Halaqah Al-Quran Khas Muslimin Masjid As Solihin yang diadakan pada setiap hari Sabtu selepas solat Maghrib kini kembali diteruskan.

Bagi sementara waktu, sesi bimbingan bersama Saudara Kamal Razi (Bilal 2 Masjid As Solihin) bagi menggantikan Ustaz Rahim sehingga beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya oleh Allah SWT.

Justeru, para muslimin dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis ilmu serta memperkukuhkan bacaan dan penghayatan Al-Quran.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Rahim dan memberkati setiap huruf dalam mengajar Al-Quran.

LAWATAN AMIL MENINJAU BANTUAN RUMAH ANAK KARIAHRabu | 13 Mei 2026 - Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah ...
15/05/2026

LAWATAN AMIL MENINJAU BANTUAN RUMAH ANAK KARIAH

Rabu | 13 Mei 2026 - Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah selesai lawatan pegawai MAIPs ke kariah Masjid As Solihin Bawah Bukit bagi meninjau keperluan bantuan rumah penduduk setempat.

Hasil lawatan tersebut, insya-Allah sebanyak 2 buah rumah akan menerima bantuan pembinaan rumah baharu serta 2 buah rumah lagi akan menerima bantuan baik pulih yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat serta meringankan beban penerima. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha kebajikan ini.

HEBAHAN PENYERTAAN IBADAH QURBAN 1447H / 2026MAlhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan Ibadah Qurban anjura...
10/05/2026

HEBAHAN PENYERTAAN IBADAH QURBAN 1447H / 2026M

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan Ibadah Qurban anjuran Masjid As Solihin bagi tahun 1447H / 2026M telah ditutup sepenuhnya.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli yang menyertai qurban masjid as solihin serta memberikan kepercayaan sokongan dalam menjayakan ibadah qurban pada tahun ini.

Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan, rahmat dan ganjaran yang berlipat ganda.

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูƒุซูŠุฑุง
โ€œSemoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik balasan.โ€

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN KEMATIAN MANTAN SIAK MASJIDAssalamualaikum dan salam sejahtera,ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†Salam Takziahkepada selu...
06/05/2026

MAKLUMAN KEMATIAN MANTAN SIAK MASJID

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†

Salam Takziah
kepada seluruh keluarga daripada Pihak Masjid.

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Roslan Bin Abu Seman telah kembali ke rahmatullah pada 3 Mei 2026 bersamaan 15 Zulkaedah 1447H.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kariah Masjid As Solihin setelah Zohor.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡ุŒ ูˆุฃูƒุฑู… ู†ุฒู„ู‡ุŒ ูˆูˆุณุน ู…ุฏุฎู„ู‡ุŒ ูˆุงุบุณู„ู‡ ุจุงู„ู…ุงุก ูˆุงู„ุซู„ุฌ ูˆุงู„ุจุฑุฏุŒ ูˆู†ู‚ู‡ ู…ู† ุงู„ุฎุทุงูŠุง ูƒู…ุง ูŠู†ู‚ู‰ ุงู„ุซูˆุจ ุงู„ุฃุจูŠุถ ู…ู† ุงู„ุฏู†ุณ. ุงู„ู„ู‡ู… ุฃุจุฏู„ู‡ ุฏุงุฑุงู‹ ุฎูŠุฑุงู‹ ู…ู† ุฏุงุฑู‡ุŒ ูˆุฃู‡ู„ุงู‹ ุฎูŠุฑุงู‹ ู…ู† ุฃู‡ู„ู‡ุŒ ูˆุฃุฏุฎู„ู‡ ุงู„ุฌู†ุฉุŒ ูˆุฃุนุฐู‡ ู…ู† ุนุฐุงุจ ุงู„ู‚ุจุฑ ูˆุนุฐุงุจ ุงู„ู†ุงุฑ

Address

Jalan Masjid
Perlis
02500

Telephone

+60102578281

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Solihin, Bawah Bukit Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share