Masjid Nurul Muttaqin

Masjid Nurul Muttaqin Masjid Nurul Muttaqin,
Kg Belat Che Ok, Simpang Ampat,
Perlis Indera Kayangan.

Aktiviti semasa untuk jamuan daurah kitab. Kolaborasi KRT Kg. Che Ok bersama Masjid Nurul Muttaqin dan PAKDA FARM . Semp...
19/08/2026

Aktiviti semasa untuk jamuan daurah kitab. Kolaborasi KRT Kg. Che Ok bersama Masjid Nurul Muttaqin dan PAKDA FARM . Sempat buat kursus pendek trknik sembelihan ayam kepada beberapa anak muda.

Daurah Kitab Sirah Nabawiyyah. 19 Ogos 2026 | Rabu | 8.00mlm.Alhamdulillah. Selesai Sesi ke-2 Daurah Sirah Nabawiyyah ma...
19/08/2026

Daurah Kitab Sirah Nabawiyyah.
19 Ogos 2026 | Rabu | 8.00mlm.

Alhamdulillah. Selesai Sesi ke-2 Daurah Sirah Nabawiyyah malam ni.

Ada sedikit jamuan makan disediakan oleh pihak masjid selepas daurah. Semoga ini akan berterusan hingga selesai daurah. In syaa Allah.

📢 HEBAHAN MAKLUMAN(SILA RUJUK JUGA DI RUANGAN KOMEN)Assalamualaikum wbth.Dimaklumkan bahawa bermula Ogos 2026, semua per...
06/08/2026

📢 HEBAHAN MAKLUMAN
(SILA RUJUK JUGA DI RUANGAN KOMEN)

Assalamualaikum wbth.

Dimaklumkan bahawa bermula Ogos 2026, semua permohonan bantuan MAIPs akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian (online).

❌ Tiada lagi edaran atau penerimaan borang permohonan secara fizikal.

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi: 🌐 https://digital.maips.gov.my

Mohon jasa baik semua untuk menghebahkan makluman ini kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat yang ingin memohon bantuan MAIPs.

Terima kasih.

Alhamdulillah Tsumalhamdulillah.Selesai satu program gotong-royong Tanah Perkuburan Kg. Che Ok anjuran bersama Masjid Nu...
02/08/2026

Alhamdulillah Tsumalhamdulillah.

Selesai satu program gotong-royong Tanah Perkuburan Kg. Che Ok anjuran bersama Masjid Nurul Muttaqin & KRT Kg.Che Ok.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada anak-anak kariah dan ahli krt semua di atas kontribusi tenaga dan masa kalian. Semoga Allah membalas kebaikan tersebut berlipat kali ganda. In syaa Allah. Aaminn.

📖 Alhamdulillah, telah berlangsung Kelas Pengajian Al-Quran, Tajwid & Tadabbur bersama Al-Fadhil Ustaz Asyraf.🗓️ 19/07/2...
19/07/2026

📖 Alhamdulillah, telah berlangsung Kelas Pengajian Al-Quran, Tajwid & Tadabbur bersama Al-Fadhil Ustaz Asyraf.

🗓️ 19/07/2026 (Ahad)
🕋 Selepas Solat Fardhu Subuh

Kuliyyah Maghrib Dan Jamuan Makan 10.07.2026 Jumaat Al Fadhil Al Ustaz Muthi'ulhaq.- *Bab Perubatan/Jampi di dalam Islam...
12/07/2026

Kuliyyah Maghrib Dan Jamuan Makan
10.07.2026 Jumaat

Al Fadhil Al Ustaz Muthi'ulhaq.

- *Bab Perubatan/Jampi di dalam Islam.*

Bacaan 3 Qul untuk merawat bisa haiwan berbisa. Dengan kaedah meludah pada tempat terkena gigitan berbisa.

Ayat Al Quran menawarkan racun dengan niat yang betul.

Ayat Al Quran adalah sebagai doa dan wasilah. Yang menyembuhkan adalah Allah semata².

Niat di dalam Islam adalah suatu perkara yang halus dan perlu di perhalusi untuk setiap amalan.

- *Bab Solat pada Mengucapkan Aaminn.*

Hukum Aaminn adalah sunnah atas perkataan Rasulullah dari riwayat beberapa sahabat antaranya Abi Hurairah RA.

Cara bacaan "Aaminn" adalah pada 2 riwayat mutawaatir dengan memanjangkan 2 harakat pada huruf ( آ ) dan 2 harakat pada huruf ( ي ).

Pembacaan adalah mengikut hukum awal pembacaan, jika dibaca dengan 2 harakat maka semua menjadi 2 harakat. Jika 4 atau 6 maka di ikut dengan yg tersebut. Dan itu adalah hukum Mad Aridh Lissukun.

Riwayat pembacaan di Malaysia adalah kebanyakan adalah Riwayat Hafs 'An 'Aasim.

Perkataan Aamin bukan dari ayat Al Quran. Maka ikut bacaan imam adalah dianjurkan. Jika dibaca panjang maka di aaminn oleh makmum dengan panjang. Jika dibaca pendek maka bacaannya pendek.

Pandangan Jumhur Ulama adalah Aaminn dibaca oleh kedua² imam dan makmum.

Bacaan kuat dari kedua² imam dan makmum serentak. Ini di dalam mazhab Hanbali dan sebahagian Syafie.

Disunnahkan kepada makmum untuk mengangkat suara ketika Aaminn.

Wallahu'aalam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI MASJID NURUL MUTTAQIN KG.CHE OK.Alhamdulillah. Syukur dgn izinNya jua kita telah s...
27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI MASJID NURUL MUTTAQIN KG.CHE OK.

Alhamdulillah. Syukur dgn izinNya jua kita telah selesai melaksanakan aktiviti gotong royong sembelihan qurban masjid Nurul Muttaqin Kg Che Ok pd hari ini. Saya dan seluruh jawatankuasa masjid dan jawatankuasa KRT kg che ok merakamkan ucapan jutaan terima kasih kpd seluruh Ahli kariah dan pertugas yg memberi kerjasama dan bertungkus lumus bergotong royong dgn penuh semangat ukhuwah dan silaturrahim erat.

Terima kasih kpd peserta2 korban yg memberi amanah kpd pengelola utk mengagihkan daging korban masing2.

Pihak jawatankuasa masjid memohon kemaafan kpd semua pihak yg terlibat jika ada sebarang kekurangan dlm melaksanakan aktiviti kita hari ini

Insyaallah dgn izinNya jua kita berazam utk terus melaksanakan tuntutan ibadah korban ini pd masa depan dgn lebih baik dan sempurna.

Sekian terima kasih
Semoga Allah SWT menetima segala amal soleh kita. Amin

USTAZ ABDUL KADIF BIN LEBAI SHAFIAIE
PENGERUSI AJK MASJID NURUL MUTTAQIN.
27 MAY 2026
Dhuʻl-Hijjah 10, 1447 AH

# jika ada rumah dlm kariah kg.che ok yg belum menerima agihan daging korban, blh dptkan dari Amil Kariah.

Alhamdulillah, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyertai gotong-royong membersihkan Tanah Perkubur...
05/05/2026

Alhamdulillah, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyertai gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Nurul Muttaqin, Che Ok.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT. Kerjasama dan semangat yang ditunjukkan amat dihargai.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

22/04/2026

{ ٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِیبَةࣱ قَالُوۤا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 156]

Telah Berpulang Kerahmat Allah Azza Wa Jalla seorang anak kariah kami. Telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Nurul Muttaqin Kg. Che Ok. Orang baik selalu Allah sayang. Banyak jasa dan kebaikan arwah, terutama dalam menaja berbuka puasa dan aktiviti masjid. Semoga Allah membalas segala kebaikannya.

*Kuliah Maghrib Ustaz Muthi'ul Haqq.**10 APRIL 2026*📌Seperti mana ada pahala yang digandakan, seperti itu juga ada dosa ...
11/04/2026

*Kuliah Maghrib Ustaz Muthi'ul Haqq.*

*10 APRIL 2026*

📌Seperti mana ada pahala yang digandakan, seperti itu juga ada dosa yang tidak bertaubat yg akan digandakan.

📌Hati-hati dengan perkara bid'ah aqidah seperti pengamalan ilmu2 perubatan yg dikatakan 'perubatan islam'. Ia boleh menjerumuskan kita terus kedalam neraka Allah SWT dengan sebab syirik. Maka tuntutlah ilmu yg sebenar.

📌Jumhur ulama menyatakan adalah haram bagi seorang wanita bermusafir tanpa muhrimnya kecuali diberi keringanan pada amalan haji dan amalan tertentu yg difatwakan boleh.

📌'Taghlib' adalah istilah bagi membuat suatu perkara dengan mendapat 2 perkara. Contohnya, ada hadith menyatakan solat subuh secara berjemaah mendapat pahala qiyamullail.

📌Mengutamakan urusan berkaitan amanah lebih berbanding urusan lain walaupun dilihat urusan lain itu lebih penting. Ini dikeranakan amanah akan ditanya Allah di akhirat kelak.

📌Bagi orang yang selalu berbuat kebaikan dan Allah menjaganya, jika ada manusia lain menyakitinya maka ia telah berbuat dosa besar kerana menyakiti orang yg sedang dijaga oleh Allah.

📌Bagi yg diuji oleh Allah sedang/perlu menjaga orang2 tua(ibu/ayah) mereka memang akan dilanda stresa dan tekanan lain. Tapi jika benar dia menjaga kerana perintah Allah maka itu dikira sebagai suatu kebaikan selagi mana dijaga dengan baik. Kerana diakui menjaga orang2 tua itu lebih sulit dan rumit berbanding menjaga kanak-kanak.

📌Jika ingin Allah mengampunkan dosa kita maka kita perlu banyak memaafkan orang lain. Jika kita ingin Allah memudahkan urusan kita, maka kita perlu banyak memudahkan urusan orang lain.

📌Berikanlah kabar berita baik bagi orang yang selalu bersolat jemaah di masjid dengan diberikan cahaya oleh Allah di hari kiamat kelak.

wallahu'aalam.

Address

Jalan Tengku Budriah, Kg Belat Che Ok, Jalan Tambun Tulang, Simpang Ampat
Perlis
02700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nurul Muttaqin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share