Wahabi Perlu Hidayah

Directions

Wahabi Perlu Hidayah "wahabi tak perlu dalil, wahabi perlu hidayah"

18/10/2024

Fatwa Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia Berkenaan Ajaran dan Fahaman Wahhabi dan Fatwa-Fatwa Berkaitan Dengannya:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (2014):

*Ancaman Aliran Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah Terhadap Perpaduan Umat Islam Di Malaysia*

>

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah membincangkan Ancaman Aliran Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah Terhadap Perpaduan Umat Islam di Malaysia. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan oleh Kumpulan Penyelidik.

2. Berdasarkan dapatan penyelidikan tersebut Muzakarah mendapati bahawa:

i. Bagi sesetangah golongan Salafiyyah, al-Quran dan al-Sunnah hanya perlu difahami berdasarkan makna zahir dan inilah sahaja pandangan yang betul dan tepat. Sebaliknya pandangan yang cuba memahami teks secara kontekstual dan mengharuskan pentakwilan sebahagian nas-nas al-Quran berdasarkan kaedah-kaedah pentakwilan yang ketat tidak diterima oleh mereka. Konsep dan fahaman ini antara punca yang dapat dikenalpasti sebagai landasan munculnya aliran pembid’ahan dalam masyarakat.

ii. Mana-mana amalan umat Islam yang tidak dinyatakan secara jelas berdasarkan tafsiran literal dalam al-Quran dan al-Sunnah dianggap sebagai bid’ah yang sesat dan pengamal bid’ah perlu ditentang.

iii. Dapatan kajian yang dianalisis mendapati bahawa *aliran Salafi Wahabi adalah tidak selari dengan arus perdana atau jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah* yang diamalkan di Malaysia.

iv. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa* Salafi Wahabi menggunakan sejumlah laluan untuk menyebarkan fahaman mereka* melalui media massa, elektronik dan laman sesawang, melalui kelas pengajian yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh Salafi Wahabi dalam dan luar Negara, penyebaran melalui buku-buku akademik dan artikel serta penyebaran melalui platform pendidikan sama ada di peringkat KBSR, KSSR, KBSM serta IPT.

v. *Pegangan kepada Tauhid Tiga iaitu Rububiyyah, Uluhiyyah dan al- Asma’ wa al-Sifat yang dibawa oleh golongan Salafi Wahabi cukup membimbangkan kerana konsep Tauhid Tiga jelas tidak mewakili konsep tauhid Ahli Sunnah wal Jamaah* yang di amalkan di *Malaysia yang berteraskan ajaran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah* dan ia sudah terdedah secara meluas dalam masyarakat Islam di Malaysia melalui penerimaannya dalam silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah dan universiti.

vi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ajaran Syiah adalah bertentangan secara diametrikal dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam pelbagai aspek kehidupan beragama. Perkara yang melibatkan persoalan usul dalam agama dan amalan harian kedua-dua mazhab ini jelas tidak dapat dikompromi sama sekali.

vii. Dapatan kajian yang dianalisis menunjukkan bahawa golongan Syiah tidak menganggap golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai saudara seagama dengan mereka dan gerakan Syiah di Malaysia sudah meluas dan tersusun. Bilangan pengikut Syiah sedang berkembang dan mereka sudah berani menzahirkan kewujudan mereka.

3. Muzakarah bersetuju memperakukan rumusan penyelidikan bahawa dari segi perundangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mazhab rasmi Negara Malaysia dan *aliran Syiah serta Salafi Wahabi pada masa kini sedang memberi ancaman serius kepada survival Ahli Sunnah Wal Jamaah.*

Kedua-dua aliran pemikiran ini boleh mendatangkan perbalahan dan perpecahan kepada masyarakat Islam di Malaysia.

>

KLUSTER PENYELIDIKAN AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH

18/10/2024
18/10/2024

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

AL-AFKAR #149: AKIDAH AHLU SUNNAH WAL JAMAAH (AL-ASHA’IRAH DAN AL-MATURIDIAH’) PEGANGAN MAJORITI UMMAT
Tarikh: 17 Oktober 2024

Sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/6007-al-afkar-149-akidah-ahlu-sunnah-wal-jamaah-al-ashairah-dan-al-maturidiah-pegangan-majoriti-ummat-2 (Tarikh akses: 17 Oktober 2024)

>

SOALAN:

Assalamualaikum SS Mufti. Boleh saya dapat pencerahan bagaimanakah dikatakan akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah (al-Ashairah dan al-Maturidiyyah) disebutkan sebagai pegangan majoriti umat Islam, sedangkan istilah al-Ashairah dan al Maturidiyyah itu ramai orang awam yang tidak mengetahuinya?

Terima kasih.

RINGKASAN JAWAPAN:

Semata-mata sesuatu istilah itu tidak diketahui oleh orang awam ia tidak menafikan hakikat sesuatu istilah. Orang awam tidak diwajibkan dan tidak dituntut untuk mengetahui perincian akidah dengan dalil terperinci (tafsili), bahkan mereka hanya diwajibkan untuk mengetahui dengan dalil ringkas (ijmali) sahaja. Justeru itu, ketidakfahaman orang tidak memberi kesan kepada kesepakatan para ulama terhadap akidah ini. Apa yang diambil kira dalam penentuan majoriti ini ialah daripada kalangan para mujtahid dan ulama yang muktabar. Fakta secara jelas menunjukkan bahawa majoriti ulaama ummah berpegang dengan akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah (al-Ashairah dan al-Maturidiyyah).

HURAIAN JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Hal yang disepakati oleh semua adalah majoriti umat Islam di sepanjang zaman berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljama’ah (ASWJ). Dalam hal ini, ramai para ulama menyatakan bahawa apabila disebut akidah Ahli Sunnah Waljama’ah, maka ia merujuk kepada akidah al-Ashaʽirah dan al-Maturidiah, antaranya; al-Qusyairi (w. 465H), ʽIzz al-Dīn Abd al-Salām (w. 660H), Burhān al-Dīn al-Nasafi (w. 687H), al-Zaylaʽi (w. 756H), Tāj al-Dīn al-Subki (w. 771H), al-Khayālī (w. 861H), al-Kustallī (w. 901H), Shams al-Dīn al-Ramli (w. 1004H), Murtaḍā al-Zabīdī (w. 1205H), Shaykh al-Azhar Prof. Dr. Ahmad Ṭayyib dan lain-lain.

Sebagai contoh, petikan daripada para ulama yang menunjukkan kepada perkara tersebut dengan jelas, antaranya daripada Murtaḍa al-Zabidi (w. 1205H) yang menyatakan:

إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُنَّةِ فَالمُرَادُ بِهِ الأَشَاعِرَةُ وَالمَاتُرِيْدِيَّةُ

Maksudnya: Apabila disebut Ahli Sunnah (Waljamaah), maka yang dimaksudkan dengannya ialah aliran akidah al-Ashairah dan al-Maturidiah. (Rujuk Ittihaf Sadah al-Muttaqin, 2:263)

Selain daripada itu, terdapat banyak pernyataan para ulama yang menunjukkan bahawa majoriti besar mereka berada di atas akidah al-Asha’irah. Antaranya yang disebutkan oleh Imam Tāj al-Dīn al-Subki dalam kitabnya, Muʽid al-Ni’am wa Mubid al-Niqam bahawa semua mazhab daripada Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali berada di atas akidah Abu al-Hasan al-Ash’ari. Kata beliau:

وهؤلاء الحنفية والشافعية والمالكية و فضلاء الحنابلة - والله الحمد - في العقائد يد واحدة كلهم على رأى أهل السنة والجماعة ، يدينون الله تعالى بطريق شيخ السنة أبي الحسن الأشعرى رحمه الله، لا يحيد عنها إلا رعاع من الحنفية والشافعية الحقوا بأهل الاعتزال، ورعاع من الحنابلة الحقوا بأهل التجسيم، وبرأ الله المالكية فلم تر مالكيا إلا أشعريا عقيدة.

Maksudnya: Mazhab-mazhab yang ada daripada mazhab Hanafi, Shafi’i, Maliki dan Fudhala al-Hanabilah, alhamdulillah, semuanya di atas akidah yang satu iaitu akidah Ahli Sunnah Waljama’ah, dan dipegang dalam beragama kepada Allah SWT di atas jalan Abu al-Hasan al-Ash’ari rahimahullah. Tidak menyimpang daripadanya kecuali sekumpulan kecil daripada Hanafiyyah dan Shafi’iyyah yang tergolong daripada golongan Muktazilah dan sekumpulan kecil daripada Hanabilah yang tergolong daripada golongan Mujassimah. Manakala Allah SWT membersihkan mazhab Malikiah (daripada penyelewengan) dengan kamu tidak melihat seorang pun ulama Maliki kecuali dia bermazhab Asha’irah bagi akidahnya. (Rujuk Mu’id al-Ni’am wa Mubid al-Niqam, 75)

Berdasarkan pernyataan dan penyaksian para ulama di atas, jelaslah hakikat bahawa majoriti para ulama berada di atas akidah Ahli Sunnah Waljama’ah yang diwakili oleh al-Asha’irah dan al-Maturidiah. Walau bagaimanapun, timbul persoalan adakah ketidakfahaman ramai orang awam terhadap akidah ini boleh menjejaskan dan menggugat kesepakatan ulama berkaitan perkara tersebut?

Bagi menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan ini, maka ia boleh dijawab dengan beberapa sudut seperti berikut:

Pertama: Ia kembali kepada perbahasan berkaitan adakah pandangan orang awam diambil kira sama ada persetujuan dan ketidaksetujuan mereka dalam sesuatu perbahasan yang telah menjadi ijmak para ulama. Pandangan yang muktamad berkaitan hal ini, pandangan orang awam tidak diambil kira langsung sama ada dari sudut persetujuan atau ketidaksetujuan mereka. Hal ini sepertimana yang dinyatakan oleh ‘Alauddin al-Mardawi bahawa:

(لا يعتبر قول العامة( في الإجماع عند العلماء، وهذا هو الصحيح المعتمد عليه، سواء كانت مسائله مشهورة، أو خفية، فلا اعتبار لمخالفتهم، ولا بموافقتهم، وإنما يعتبر قول المجتهدين فقط.

Maksudnya: Tidak diambil kira pandangan orang awam pada ijma’ di sisi ulama. Pandangan ini merupakan pandangan yang sahih dan muktamad. Tidak kira sama ada perbahasan tersebut daripada perbahasan yang masyhur atau rumit, tidak diambil kira semua pendirian mereka sama ada persetujuan dan ketidaksetujuan mereka. Hanya yang diambil kira ialah pandangan ulama yang bertaraf mujtahid. (Rujuk al-Tahbir Syarh al-Tahrir, 4:1551)

Oleh yang demikian, pandangan orang awam walaupun dengan banyaknya jumlah mereka, tidak akan diambil kira dan tidak boleh dijadikan pemberat hujah kerana mereka bukanlah dalam kalangan ahlinya. Adapun pandangan yang diambil kira ialah pandangan para ulama mujtahid dalam bidang tersebut. Oleh itu, tidak boleh dijadikan ketidakfahaman, bahkan ketidaksetujuan orang awam kepada akidah ini sebagai hujah untuk menafikan majoriti umat Islam berada di atas akidah al-Asha’irah dan al-Maturidiah, kerana yang dikira dalam majoriti ialah para ulama mujtahid.

Kedua: Para ulama mujtahid dikira sebagai ‘ummah’ walaupun hanya seorang. Ini sepertimana yang diterangkan oleh al-Mulla Ali al-Qari dalam menjelaskan kata-kata Sufyan RA bahawa:

لو أنَّ فقيهًا واحدًا على رأس جبل لكان هو الجماعة، ومعناه أنَّه حيث قام بما قام به الجماعة فكأنه إجماع.

Maksudnya: (Kata Sufyan RA): “Jika seorang faqih yang berada di puncak bukit, maka dia dikira sebagai al-jama’ah. Maknanya di mana dia berdiri maka di situ terdapat al-jama’ah maka seolah-olahnya telah berlaku ijma’. (Rujuk Syarh al-Fiqh al-Akbar: 8)

Hal ini juga sepertimana Allah SWT sifatkan Nabi Ibrahim sebagai ummat walaupun baginda AS hanya seorang. Firman Allah SWT:

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan ‘satu umat’ (walaupun dia seorang diri).

(Surah al-Nahl: 120)

Oleh yang demikian, pandangan para mujtahid dan ulama muktabar dalam bidang ilmu tertentu dikira sebagai mewakili umat keseluruhannya. Pandangan mereka inilah yang diambil dikira dalam penentuan majoriti bagi umat Islam dan bukannya ditentukan dengan pandangan orang awam, yang bukan dalam kalangan mujtahid dan ulama, secara individu walaupun seramai mana bilangannya.

Ketiga: Orang awam tidak dituntut untuk mengetahui dalil secara terperinci (tafsili) bagi keimanan mereka, bahkan memadai dengan mengetahui secara ringkas (ijmali) sahaja mengikut kemampuan mereka. Justeru itu, tiada keperluan untuk bertanya berkaitan perincian dalam ilmu Akidah kepada orang awam secara individu kerana ia tidak menjadi kewajipan dan keperluan bagi mereka untuk mengetahuinya. Bagi orang awam, kewajipan keimanan mereka adalah mengikut kadar keupayaan akal mereka.

Keempat: Asas kepada pernyataan tersebut ialah hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa umatnya tidak akan berhimpun dalam kesesatan dan seruan untuk bersama golongan terbesar dalam kalangan umat Islam atau al-sawād al-a’zham. Antara sabda Rasulullah SAW:

لا يجمع اللهُ هذه الأمةَ على الضَّلالةِ أبدًا، وقال: يدُ اللهِ على الجماعةِ ، فاتَّبِعوا السوادَ الأعظمَ ، فإنه من شذَّ شذَّ في النَّارِ

Maksudnya: Allah SWT tidak akan menghimpunkan umat ini dalam kesesatan selama-lamanya. Ikutilah kalian semua kepada al-sawad al-a‘zham. Yadd (pertolongan) Allah SWT bersama-sama dengan al-Jama‘ah. Sesiapa yang mengasingkan diri, dia mengasingkan diri ke neraka. ”

(Riwayat al-Hakim)

Oleh itu, kita dapat perhatikan bahawa umat Islam berada di atas akidah al-Asha’irah dan al-Maturidiah sepanjang zaman yang merupakan kelompok terbesar (al-sawad al-a’zham) berbanding kelompok-kelompok manoriti yang lain daripada Mushabbihah, Mujassimah, Muktazilah, Jabariah, Qadariah dan seumpamanya.

Kesimpulan

i. Berdasarkan dalil dan pernyataan di atas, jelaslah bahawa ketidakfahaman orang awam tentang istilah al-Asha’irah’ dan al-Maturidiyyah tidak menafikan fakta majoriti umat Islam berada di atas akidah tersebut. Bahkan, ketidakfahaman mereka terhadap perincian akidah al-Ashā'irah tidak memberi apa-apa kesan kerana mereka tidak diwajibkan dan dituntut untuk mengetahuinya.

ii. Apa yang diambil kira dalam perbahasan ini ialah pandangan para mujtahid dan ulama muktabar dan majoriti mereka berada di atas akidah Ahli Sunnah Waljama’ah yang diwakili oleh al-Asha’irah dan al-Maturidiah. Inilah maksud majoriti umat Islam berada di atas akidah Ahli Sunnah wa al-Jamā'ah yang diwakili al-Ashā'irah dan al-Maturidiah sepertimana yang telah diterangkan

WaAllahu a’lam.

Rujukan:

-Muhammad Ayman al-Akiti, Terjemahan al-Muqaddimat dan al-Aqidah al-Wusṭa al-Imam al-Sanusi, (Kuala Lumpur: Penerbit IKIM, 2023), hlm. 4-5.
-Murtaḍa al-Zabīdī, Ittiḥāf al-Sādah al-Muttaqīn, (Beirut: Mu’assasah al-Tārikh al-‘Arabī, 1994), 2:5.
-Tāj al-Dīn al-Subki, Mu’id al-Ni’am wa Mubid al-Niqam, (Kaherah: Dar al-Kutub al-Arabi, 1948), hlm. 75.
-Alauddin al-Mardawi, al-Tahbir Syarh al-Tahrir fi Usul al-Fiqh, (Riyadh: Maktabah al-Rusyd, 2000), 4:1551.
-Al-Mulla Ali al-Qari, Syarh al-Fiqh al-Akbar, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah, 2019), hlm. 8. وينبغي أن يُعلم أنّ الشرع لم يشترط على المكلف أن يعرف الله تعالى بالنظر التفصيلي في الدلائل والمسائل، بل أوجب النظر الإجمالي فقط، وهو ما لا يخلو عنه عوام الناس من المكلفين، فكلهم يستدلّ في نفسه - وإن لم يتلفظ بلسانه- على وجود الله بحسب مستواه وقدرته.
-Rujuk Jabatan Fatwa Jordan: https://tinyurl.com/2seu6pht.
-Al-Hakim Abu ‘Abd Allah Muhammad b. ‘Abd Allah al-Naysaburi, al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihayn (Halab: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, t.th), 1:114.

>

PENUNTUT ILMU

17/10/2024
12/10/2024

RESOLUSI KONVENSYEN PERPADUAN UMAT ISLAM

1. Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berlandaskan mazhab Asyairah dan Maturidiah adalah tonggak utama dalam memelihara kesucian Islam daripada ancaman pemikiran yang sesat. Oleh itu, usaha mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini harus melampaui batasan sentimen politik kepartian, masalah peribadi di kalangan pendakwah, serta perbezaan pandangan dalam hal-hal cabang (furu’).

2. Perbezaan pandangan di kalangan asatizah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sama ada dalam cabang akidah, fiqh, atau tasawuf, mestilah diuruskan dengan penuh hikmah dan adab. Ini penting untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang boleh mencetuskan fitnah besar dan melemahkan ikatan persaudaraan sesama mereka.

3. Agensi-agensi agama Persekutuan seperti JAKIM, JAWI, TV Hijrah, IKIM, YADIM, dan lain-lain perlu berperanan dengan penuh komitmen dan menjiwai keputusan-keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang disahkan oleh Majlis Raja-Raja. Ini adalah penting untuk memastikan tiada perpecahan berlaku dalam kalangan umat Islam di Malaysia, kerana agensi-agensi agama ini memainkan peranan yang signifikan dalam memberikan penerangan mengenai agama Islam.

4. RUU Mufti Wilayah perlu diluluskan secepat mungkin di Parlimen memandangkan negeri Kedah telah lebih awal meluluskan Enakmen Mufti Dan Fatwa Negeri Kedah 2008. Bahkan, isi kandungan RUU Mufti tidak jauh beza dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, Warta Kerajaan Sabah 2017, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 2020 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka Pindaan 2022. Wilayah Persekutuan tidak harus ketinggalan dalam usaha memartabatkan Islam melalui RUU Mufti Wilayah Persekutuan.

5. RUU Mufti Wilayah tidaklah merendahkan kedudukan YDPA kerana fasal 4(1) menyebutkan "Mufti hendaklah membantu dan menasihati YDPA berkenaan semua perkara hukum syarak...". Keadaan ini sememangnya telah dipraktik di seluruh negeri dalam Malaysia sejak dahulu. Tambahan lagi, Kertas Cadangan RUU Mufti telah mendapat perkenan YDPA pada 12 Mac 2024, hal ini bermaksud RUU Mufti ini telah dipertimbang oleh YDPA sebelum diperkenankan. Dakwaan bahawa RUU Mufti jika diluluskan akan memberikan kuasa mutlak kepada Mufti adalah tidak berasas sama sekali.

6. RUU Mufti juga tidak menganggu-gugat urusan orang bukan Islam, jauh sekali untuk mengikat negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak. Bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Mufti Wilayah dalam RUU Mufti ini hanya terhad kepada urus tadbir fatwa, falak, penentuan arah dan lain-lain yang hanya berkait dengan amalan orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.

7. RUU Mufti bukanlah suatu perkara baharu dalam negara kita. Ia adalah penambahbaikkan kepada akta sedia ada. Pengamalan sedia ada sebelum ini telah terbukti tidak menganggu golongan bukan Islam atau hak negeri Sabah dan negeri Sarawak. Justeru, tiada yang perlu dirisaukan golongan bukan Islam atau orang Islam di negeri-negeri lain.

8. Agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri-negeri seperti JAKIM, JAIN, Jabatan Mufti mestilah dipelihara kesuciannya. Sebarang usaha untuk merendah dan memperolok-olokkan agenda agama mestilah diambil tindakan segera agar ia tidak merebak lebih parah.

9. Kerajaan perlu memandang serius perpecahan dalam kalangan ilmuan Islam yang sering menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat. Kerajaan perlu berpandukan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan MKI bagi memastikan tindakan para ilmuan Islam berlandaskan kebenaran.

Disediakan oleh:
Sekretariat Konvensyen Perpaduan Umat Islam

Dibacakan oleh:
Dr. Syed Shahridzan Ben Agil (SUA Islami Malaysia)

11/10/2024

Daulat Tuanku 🙏🏻

Address

Perlis

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wahabi Perlu Hidayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share