Masjid Jamek Perai

Masjid Jamek Perai Sembahyanglah anda 5 waktu sehari semalam dan bacalah anda akan Al-Quran sebelum anda dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.

02/06/2026

Alhamdulillah, selesai sudah urusan pengurusan jenazah dan penggalian kubur Allahyarham Azami bin Taib yang telah dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab oleh Team Badan Khairat Kematian Masjid Jamek Perai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh petugas yang terlibat dalam menyempurnakan fardu kifayah ini. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati rohnya, meluaskan kuburnya serta menjadikannya taman daripada taman-taman syurga. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Buat seluruh ahli keluarga, semoga terus tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketenangan serta menggantikan kesedihan dengan rahmat dan ganjaran yang terbaik.

Al-Fatihah buat Allahyarham Azami bin Taib.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN*AlfatihahTarikh/Hari Kematian:*01 JUN 2026**ISNIN* *1...
01/06/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN*

Alfatihah

Tarikh/Hari Kematian:
*01 JUN 2026*
*ISNIN*
*16 ZULHIJJAH 1447H*

Makluman kematian :
*Kariah Masjid Jamek Perai.*

Allahyarhamah : *AZAMI BIN TAIB - Ahli Khairat Kematian*

Alamat Kediaman: *Pangsapuri Prima Perai, Perai, Pulau Pinang*

Alamat untuk ziarah : *Masjid Jamek Perai*
_jenazah akan dibawa ke Masjid selepas solat Fardhu Asar_

Tempat menguruskan jenazah : *MASJID JAMEK PERAI*

Mandi dan Kafan: *MASJID JAMEK PERAI / Selepas Solat Fardhu Asar*

Solat jenazah : *Masjid Jamek Perai*

Waktu solat jenazah : *Selepas Solat Fardhu Isyak*

Masa Kebumi : *Selepas Solat Fardhu Isyak*

Tempat Kebumi : *TPI Kariah Masjid Jamek Perai dan Kampung Setul*

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh solehah beriman. Aminn Ya Robbal 'Alamin.

_hebahkan.._
______________________


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat, keberkatan dan nikmatnya y...
28/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat, keberkatan dan nikmatnya yang mengizinkan ibadah korban pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan penuh kesempurnaan, keberkatan dan barakah.

Pihak Masjid Jamek Perai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Ir. Jauhar, Pengurus Jana Kuasa Perai, MALAKOF atas sumbangan seekor lembu korban yang telah diberikan bagi menjayakan ibadah korban tahun ini.

Alhamdulillah, sumbangan yang amat bermakna ini telah mendapat sambutan yang baik serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan kerjasama Masjid Jamek Perai, Persatuan Penduduk Islam Kampung Manis Perai (PPIKM), Surau Darul Hidayah serta seluruh anak kariah Perai.

Semoga jalinan kerjasama dan hubungan silaturrahim yang terjalin antara pihak MALAKOF Perai dan komuniti kariah Perai akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Diharapkan juga sumbangan murni seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang, khususnya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, demi manfaat masyarakat dan pengukuhan ukhuwah Islamiah.

Akhir kata, pihak Masjid Jamek Perai sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MALAKOF Perai atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha, mengurniakan kejayaan yang berterusan serta menjadikan MALAKOF sebuah organisasi yang sentiasa maju, cemerlang dan diberkati.

"Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain."



Jazakumullahu khairan kathira.

Alhamdulillah, pada hari ini 6 ZULHIJJAH 1447H Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Perai berkesempatan menziarahi Haji Ismail...
23/05/2026

Alhamdulillah, pada hari ini 6 ZULHIJJAH 1447H Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Perai berkesempatan menziarahi Haji Ismail Hussin yang terlibat dalam kemalangan terjatuh dari motor. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana keadaan beliau kini stabil dan semakin baik.

Bagi sahabat handai serta kenalan yang ingin menziarahi beliau, bekiau kini menerima rawatan di Hospital KPJ Perda, Tingkat 5 Wad 545.

Sama-sama kita mendoakan semoga Pak Mail diberikan kesembuhan yang cepat, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali sihat seperti sediakala.

Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung program sembelihan halal bersama Al-Fadil Ustaz Abdul Halim dengan jayany...
06/05/2026

Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung program sembelihan halal bersama Al-Fadil Ustaz Abdul Halim dengan jayanya serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para jemaah. Semoga segala ilmu yang dipelajari dan disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz menjadi manfaat dan panduan berguna buat kita semua.

Jazakumullahu khairan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat serta Al-Fadil Ustaz atas perkongsian ilmu yang sangat berharga.

[ JADUAL KULIAH BULAN MEI 2026 | MASJID JAMEK PERAI]🕌 Assalamualaikum WBT. Pihak pengurusan masjid menjemput semua ahli ...
02/05/2026

[ JADUAL KULIAH BULAN MEI 2026 | MASJID JAMEK PERAI]

🕌 Assalamualaikum WBT. Pihak pengurusan masjid menjemput semua ahli kariah bagi menghadiri kuliah agama yang disusun oleh peringkat masjid pada bulan Mei ini.

Jom imarahkan majlis ilmu! ✨ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ Ayuh kita menyumbang untuk pengimarahan masjid kita bersama!

Bank islam | Masjid Jamek Perai
No Akaun:07016010014657

Jadual adalah tertakluk kepada ketersediaan asatizah dan sebarang perubahan dari semasa ke semasa

[ Pengurusan Masjid Jamek Perai]

🔥 JOM REBUT PELUANG NIAGA! 🔥Sertai Kursus Sembelihan Korban & Kaedah Potongan Daging sambil buka jualan di lokasi progra...
27/04/2026

🔥 JOM REBUT PELUANG NIAGA! 🔥

Sertai Kursus Sembelihan Korban & Kaedah Potongan Daging sambil buka jualan di lokasi program yang dijangka meriah dengan kehadiran ramai pengunjung!

📍 Tapak Niaga Kering / Basah
📏 Saiz 10x10 kaki
💰 Hanya RM100 (termasuk yuran penyertaan)

✅ Sesuai untuk jualan makanan
✅ Produk tempatan
✅ Minuman
✅ Barangan ibadah
✅ Pakaian & aksesori
✅ Pelbagai jualan lain

📅 3 Mei 2026 (Ahad)
🕣 8.30 Pagi
📍 Masjid Jamek Prai

📞 Tempahan Tapak:
017-4296373 (Syairani)
017-4004605 (Akmal)

⚡ Tempat terhad! Siapa cepat dia dapat!

AlhamdulillahTerima kasih Imtech Solution di atas perkhidmatan yang diberikan. Perkhidmatan pun menarik dan kena dengan ...
23/04/2026

Alhamdulillah
Terima kasih Imtech Solution di atas perkhidmatan yang diberikan. Perkhidmatan pun menarik dan kena dengan permintaan pihak masjid.
Mintak halalkan semuanya ya.
Mohon maaf di atas kekhilafan dari pihak kami.

Cumaaaa.. Nak tanya. Yang dikatakan imam jemputan tu yang jadi imam dalam gambar tu ka? 🤭

Address

Jalan Besar, Taman Senangin
Perai
13600

Opening Hours

Monday 05:15 - 22:00
Tuesday 05:15 - 22:00
Wednesday 05:15 - 22:00
Thursday 05:15 - 22:00
Friday 05:15 - 22:00
Saturday 05:15 - 22:00
Sunday 05:15 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Perai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Perai:

Share

Category