28/05/2023
Alhamdulillah.. Program Lawatan Siri 1 ke Cameron Highlands Anjuran Masjid 'Ibadurrahman berjln lancar.Singgahan pertama awal pagi rombongan di Masjid Lojing Highlands, Kelantan .
Seterusnya bergerak ke Agro Park Mardi.Di situ kesempatan menghayati persekitaran dan hidupan tumbuhan pelbagai jenis.Masa berlalu tanpa disedari.Bergerak ke destinasi ke dua iaitu Cameron Valley Tea.Pemandangan cukup memukau mata.Suasana persekitaran memberi gambaran alam adalah elemen penting mempengaruhi jiwa dan minda.
Selepas makan tengahari destinasi berikut singgah Pusat Jualan Cactus.Pelbagai jenis spesis cactus sekecilnya hingga sebesarnya dijual.lokasi terakhir lawatan membeli belah di KEA Farm.Tumpuan pelawat seluruh negara menjadi lokasi amat sibuk.Kenderaan tidak putus-putus keluar masuk.Laluan jalan utama sesak dan bas rombongan mengambil masa untuk sampai ke lokasi-lokasi yang dipilih.
Rombongan bertolak balik jam 7.00 malam.Alhamdulillah selamat sampai di Kokbah jam 1.30 pagi.Terima kasih atas kerjasama yang cukup baik drp semua ahli rombongan.Lepas ni boleh ke destinasi berikut..Cadangan dibuka...