Masjid BATU UBAN

Masjid BATU UBAN Qaryah Masjid Batu Uban berperanan menjalankan aktiviti Dakwah Islamiyah, berlandaskan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sumber rujukan

Sohaimi Abdul Aziz (ed).

Dibina pada 1734, yang asalnya sebuah surau yang kemudiannya menjadi masjid yang dapat memuatkan lebih kurang 1500 jemaah. Mempunyai keunikan tersendiri dari segi sejarah dan merupakan masjid yang tertua di Pulau Pinang. Dari segi rekabentuk masjid, Masjid Batu Uban merupakan masjid yang terletak berhampiran dengan laut. Terdapat tembok berbentuk segi empat menyerong yang dibina di tepi masjid dan

disebelah tembok p**a terdapat pohon Asam Jawa. Di bahagian tengah tembok, terdapat satu telaga yang di gunakan untuk para jemaah mengambil wuduk. Asal-usul telaga ini adalah disebabkan Haji Mohammad Saleh (Nakhoda Nan Intan) yang ketika itu ingin mencari air. Beliau kemudiannya telah menggali lubang ditepi pantai dan mendapati air yang keluar dari lubang itu jernih. Dikatakan telaga ini mempunyai keistimewaan kerana airnya tawar dan jernih walaupun terletak di tepi laut. Walaupun ombak merempuh tembok tersebut, namun tembok itu masih kukuh. Akibat daripada itu, beliau mahu tinggal di kawasan tersebut. Beliau bersama anak kapalnya telah menebang pokok di Pulau Jerjak untuk membina masjid dan seterusnya membina penempatan di situ. Di bahagian tengah masjid terdapat empat tiang utama yang dikatakan adalah dari pohon cendana. Oleh yang demikian, teori yang mengatakan Francis Light yang membuka Pulau Pinang pada 1786 dapat diragukan kerana terdapat bukti menunjukkan bahawa Haji Muhammad Salleh yang merupakan orang pertama yang membuka Pulau Pinang dengan pembinaan masjid ini. Jeti kayu yang di bina berhampiran menjadi tempat persinggahan kepada pedagang-pedagang, pengembara dan mubaligh Islam yang datang dari India, Pakistan dan Timur Tengah pada ketika itu. Pedagang-pedagang dan mubaligh Islam mengambil kesempatan untuk berniaga dan berdakwah di situ. Di atas masjid iaitu bersebelahan masjid, terdapat tanah perkuburan iaitu kubur Sheikh Ahmad dan keturunannya. Di sekitar kawasan telaga itu juga dijadikan tempat untuk bercukur. Terdapat kolam berhampiran masjid tersebut, namun setelah pembinaan semula masjid , kolam tersebut terletak di bawah masjid. (2007) Dari Tanjung Penaga ke George Town : Membongkar Sejarah Pulau Pinang : Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก ๐—ค๐—”๐—ฅ๐—ฌ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—จ๐—•๐—”๐—กโ€Žุฅู†ู‘ูŽุง ูู„ู„ู‡ู ูˆุฅู†ู‘ูŽุง ุฅู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต :20 Ogos 2026, Khamis๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฎ :Isma bin Romli...
20/08/2026

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก ๐—ค๐—”๐—ฅ๐—ฌ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—จ๐—•๐—”๐—ก

โ€Žุฅู†ู‘ูŽุง ูู„ู„ู‡ู ูˆุฅู†ู‘ูŽุง ุฅู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต :
20 Ogos 2026, Khamis

๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฎ :
Isma bin Romli

๐—ฆ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ต :
20 Ogos, Khamis
Selepas Solat Isya'
Masjid Batu Uban

๐‘บ๐’†๐’Ž๐’๐’ˆ๐’‚ ๐’“๐’๐’‰๐’๐’š๐’‚ ๐’…๐’Š๐’„๐’–๐’„๐’–๐’“๐’Š ๐’“๐’‚๐’‰๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚ ๐’…๐’Š๐’•๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’Œ๐’‚๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’‰๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’‚-๐‘ต๐’š๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’‚๐’Ž๐’‚๐’ ๐’”๐’๐’๐’†๐’‰.

19/08/2026

๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„ ๐ˆ๐๐“?

Keputusan UPU baru-baru ini pastinya membawa khabar gembira buat para pelajar yang berjaya menerima tawaran melanjutkan pengajian.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyediakan bantuan melalui ๐’๐ค๐ข๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐š๐ง ๐ค๐ž ๐ˆ๐๐“ bagi meringankan beban kewangan pelajar yang bakal memulakan pengajian.

Bantuan ini merangkumi pengajian bermula dari peringkat Tingkatan Enam atau sijil, diploma sehingga ijazah sarjana muda, tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.

Jangan lepaskan peluang ini. Semak syarat kelayakan dan kemukakan permohonan melalui saluran rasmi Zakat MAINPP.

Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut:
https://zakat.mainpp.gov.my/skim-permulaan-ipt/

Semoga bantuan ini dapat memudahkan langkah pertama anda dalam menuntut ilmu dan merealisasikan cita-cita.




๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENGOSONGAN KAWASAN PARKIR MASJID ๐Ÿ•ŒAssalamualaikum w.b.t.Dimaklumkan kepada semua jemaah dan pengguna kawasan...
19/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENGOSONGAN KAWASAN PARKIR MASJID ๐Ÿ•Œ

Assalamualaikum w.b.t.

Dimaklumkan kepada semua jemaah dan pengguna kawasan parkir masjid, mohon kerjasama untuk MENGALIHKAN KENDERAAN MASING-MASING bagi memberi laluan kepada pihak masjid membuat persiapan dan melaksanakan Program Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H.

๐Ÿ“… Tarikh Pengosongan:
๐Ÿ—“๏ธ Ahad, 23 Ogos 2026

๐Ÿš— Mohon semua kenderaan dialihkan sebelum tarikh tersebut bagi memastikan urusan persiapan program berjalan lancar.

Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amatlah dihargai.

Terima kasih atas kerjasama. ๐Ÿคฒ
Pihak Pengurusan Masjid Jamek Batu Uban ๐Ÿ•Œ

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก ๐—ค๐—”๐—ฅ๐—ฌ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—จ๐—•๐—”๐—กโ€Žุฅู†ู‘ูŽุง ูู„ู„ู‡ู ูˆุฅู†ู‘ูŽุง ุฅู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต :18 Ogos 2026, Selasa๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฎ :Mahani binti A...
18/08/2026

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก ๐—ค๐—”๐—ฅ๐—ฌ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—จ๐—•๐—”๐—ก

โ€Žุฅู†ู‘ูŽุง ูู„ู„ู‡ู ูˆุฅู†ู‘ูŽุง ุฅู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต :
18 Ogos 2026, Selasa

๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฎ :
Mahani binti Arifin

๐—ฆ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ต :
18 Ogos, Selasa
Selepas Solat Asar
Masjid Batu Uban

๐‘บ๐’†๐’Ž๐’๐’ˆ๐’‚ ๐’“๐’๐’‰๐’๐’š๐’‚ ๐’…๐’Š๐’„๐’–๐’„๐’–๐’“๐’Š ๐’“๐’‚๐’‰๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚ ๐’…๐’Š๐’•๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’Œ๐’‚๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’‰๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’‚-๐‘ต๐’š๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’‚๐’Ž๐’‚๐’ ๐’”๐’๐’๐’†๐’‰.

๐ŸŒ™โœจ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KARIAH BATU UBAN โœจ๐ŸŒ™Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan penuh sukacita, s...
13/08/2026

๐ŸŒ™โœจ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KARIAH BATU UBAN โœจ๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh sukacita, seluruh Muslimin dan Muslimat serta ahli kariah Batu Uban dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kariah Batu Uban.

๐Ÿ“… Tarikh: 25 Ogos 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 8.00 pagi
๐Ÿ•Œ Tempat: Masjid Batu Uban

๐ŸŒŸ Antara aktiviti yang disediakan:
๐Ÿ”น Perarakan Maulidur Rasul
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna
๐Ÿ“– Pertandingan Hafazan
๐ŸŽค Pertandingan Azan
๐ŸŽ™๏ธ Ceramah Khas

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW. โค๏ธ

๐Ÿคฒ SUMBANGAN DIALU-ALUKAN

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis ini, pihak penganjur amat mengalu-alukan dan menghargai setiap sumbangan yang diberikan.

Semoga segala sumbangan dan usaha kita mendapat keberkatan serta ganjaran pahala daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒโœจ

โ€œBersama Mengimarahkan Masjid, Menyemarakkan Cinta Kepada Rasulullah SAW.โ€

๐ŸŒ™ Semua Dijemput Hadir Beramai-ramai!
๐Ÿ•Œ Masjid Jamek Batu Uban

๐ŸŒฟ UCAPAN TERIMA KASIH & PENGHARGAAN ๐ŸŒฟAlhamdulillah, Program Gotong-Royong Masjid Batu Uban pada 8 Ogos 2026 telah berlan...
08/08/2026

๐ŸŒฟ UCAPAN TERIMA KASIH & PENGHARGAAN ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Masjid Batu Uban pada 8 Ogos 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat kebersamaan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, agensi, sukarelawan, anak-anak kariah serta seluruh warga kariah yang hadir dan berganding bahu menjayakan program ini. ๐Ÿ’š

Terima kasih buat Wanita Kariah yang telah bertungkus-lumus menyediakan masakan dan juadah untuk semua yang hadir. Semoga segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโค๏ธ

Jazakumullahu khairan kathira. Terima kasih semua!

๐Ÿ•Œ Bersama Kita Jaga Kebersihan, Bersama Kita Pelihara Kesucian Masjid. ๐ŸŒฟ

Assalamualaikum wbt.Jom sertai ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—š๐—ผ๐˜๐—ผ๐—ป๐—ด-๐—ฅ๐—ผ๐˜†๐—ผ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—•๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป bersama Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, MBPP dan D...
04/08/2026

Assalamualaikum wbt.

Jom sertai ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—š๐—ผ๐˜๐—ผ๐—ป๐—ด-๐—ฅ๐—ผ๐˜†๐—ผ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—•๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป bersama Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, MBPP dan Dewan Budaya USM.

๐Ÿ“… 8 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Masjid Jamek Batu Uban

Marilah bersama-sama membersihkan dan menceriakan kawasan masjid. Semoga usaha kecil ini menjadi amal jariah yang diberkati Allah SWT.

Semua dijemput hadir beramai-ramai. ๐Ÿ•Œ๐Ÿค

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada Imam Masjid...
03/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada Imam Masjid Jamek Batu Uban, Ustaz Romzi atas pemergian ayahanda tercinta.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, meluaskan kuburnya, serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Ustaz Romzi serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Khamis | 30 Julai 2026Majlis Anugerah Amil Zakat Fitrah 2026๐Ÿ“PICCA Convention Centre - Butterworth Pulau Pinang.
30/07/2026

Khamis | 30 Julai 2026
Majlis Anugerah Amil Zakat Fitrah 2026
๐Ÿ“PICCA Convention Centre - Butterworth Pulau Pinang.

Alhamdulillah, Kursus Pemantapan Pentadbiran dan Pengurusan Kariah Masjid-Masjid Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 telah be...
30/07/2026

Alhamdulillah, Kursus Pemantapan Pentadbiran dan Pengurusan Kariah Masjid-Masjid Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau atas penganjuran kursus yang amat bermanfaat ini.

Semoga segala ilmu, panduan dan perkongsian yang diperoleh oleh para Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Kariah dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh sistem pentadbiran, pengurusan serta tadbir urus masjid di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Address

Jalan Batu Uban, Kampung Batu Uban, Gelugor
Penang
11700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid BATU UBAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid BATU UBAN:

Shortcuts

Share

Category