Jaringan Masjid Kariah Daerah Timur Laut

Jaringan Masjid Kariah Daerah Timur Laut Ditubuhkan sejak tahun 2017, jaringan ini bergerak aktif di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Untuk menyumbang bolehlah masukkan ke akaun Jaringan Masjid Kariah Daerah Timur Laut (No Akaun 07040001309713 - Bank Muamalat)

23/04/25 (Rabu). Rombongan dari Pertubuhan Jaringan Al Jannah telah mengadakan lawatan ziarah prihatin ke kediaman Puan ...
24/04/2025

23/04/25 (Rabu). Rombongan dari Pertubuhan Jaringan Al Jannah telah mengadakan lawatan ziarah prihatin ke kediaman Puan Khirum Osman di Kampung Pisang Air Itam yang rosak berikutan angin kencang baru-baru ini. Tuan Syed Abdul Kadir, Pengerusi Pertubuhan telah bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kebajikan RM300.00 kepada beliau. Turut hadir Tuan Hj Baharudin, Pengerusi Kariah Masjid Bandar Baru Air Itam dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pertubuhan. Semoga dengan sumbangan yang tak seberapa ini dapat meringankan tanggungan beliau.

(20/04/25) Sekitar  Majlis Aidil Fitri bersama Pertubuhan Jaringan Al Jannah & Peluncuran Dana Wakaf Pembangunan Komplek...
24/04/2025

(20/04/25) Sekitar Majlis Aidil Fitri bersama Pertubuhan Jaringan Al Jannah & Peluncuran Dana Wakaf Pembangunan Kompleks Islam Masjid Al Bukhary.

23/09/24 (Isnin). Perwakilan dari Pertubuhan  Jaringan Al Jannah yang diketuai oleh Pengerusinya tn Hj. Syed Abdul Kadir...
23/09/2024

23/09/24 (Isnin). Perwakilan dari Pertubuhan Jaringan Al Jannah yang diketuai oleh Pengerusinya tn Hj. Syed Abdul Kadir, telah mengadakan kunjung hormat ke atas Ust. Ajwad bin Abdul Aziz, Pegawai Agama Daerah Timur Laut di pejabat beliau di Komtar pagi tadi. Bersama pada perbincangan ialah Ust Benjamin dan Ust Zikri dari Pejabat Agama Daerah. Berbagai perkara telah dibincangkan antaranya ialah penglibatan lebih aktif Pertubuhan di dalam program anjuran Pejabat Agama Daerah, aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh Pertubuhan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 dan pengiktirafan Pertubuhan yang bernaung di bawah Jab. Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Perbincangan selama satu jam itu berlangsung dalam suasana harmoni dan positif.

22/09/24 (Ahad).Mesyuarat Tim Al Jannah bagi kali ke 40 telah berlangsung Masjid Jamek Kg Rawa pagi ini. Tn Hj Syed Abdu...
22/09/2024

22/09/24 (Ahad).
Mesyuarat Tim Al Jannah bagi kali ke 40 telah berlangsung Masjid Jamek Kg Rawa pagi ini. Tn Hj Syed Abdul Kadir, telah mempengerusikan mesyuarat.Wakil² dari 13 buah masjid kariah telah menghadiri mesyuarat tersebut. Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk kewangan, mesyuarat agung dan pentadbiran pertubuhan.

21/09/24 (Sabtu). Tn Hj Syed Abdul Kadir, Pengerusi & Ahli² J/k Pertubuhan Jaringan Al Jannah  telah menyantuni mangsa r...
22/09/2024

21/09/24 (Sabtu). Tn Hj Syed Abdul Kadir, Pengerusi & Ahli² J/k Pertubuhan Jaringan Al Jannah telah menyantuni mangsa ribut di Bukit Bendera. Tn Hj Abdul Kadir telah bertanya khabar dan merakamkan ucapan takziah serta penyampaian sumbangan kepada enc. Arman, Tok Siak masjid dan adalah penghuni rumah tersebut. Tn Pengerusi bersama Ajk telah dibawa melihat kerosakan pada bumbung rumah beliau. Turut hadir, sdr Md Fauzi Md Latip, Timb. Pengerusi Masjid Bukit Bendera. Pertubuhan Jaringan Al Jannah adalah sebuah pertubuhan berdaftar yang menjalankan kerja- kerja kebajikan dan dakwah sejak tahun 2016.

16/09/24 (Ahad). Tn Hj Syed Abdul Kadir, Pengerusi & Ahli² J/k Pertubuhan Jaringan Al Jannah  telah menyantuni mangsa ri...
16/09/2024

16/09/24 (Ahad). Tn Hj Syed Abdul Kadir, Pengerusi & Ahli² J/k Pertubuhan Jaringan Al Jannah telah menyantuni mangsa ribut di Kg. Batu Uban. Tn Hj Abdul Kadir telah bertanya khabar dan merakamkan ucapan takziah serta penyampaian sumbangan kepada tn hj Affendy mangsa / penghuni rumah tersebut. Tn Pengerusi bersama Ajk telah dibawa melihat kerosakan pada bumbung rumah beliau. Turut hadir, tn hj Sheikh Abdul Aziz, Pengerusi Masjid Batu Uban

9/07/24 (Selasa). Jaringan Al Jannah telah menyantuni mangsa kejadian kebakaran rumah di Kampung Batu Feringgi pagi ini....
10/07/2024

9/07/24 (Selasa). Jaringan Al Jannah telah menyantuni mangsa kejadian kebakaran rumah di Kampung Batu Feringgi pagi ini. Tn Haji Syed Abdul Kadir, Timbalan Pengerusi Jaringan Al Jannah bersama rombongan telah dibawa melawat rumah yang terbakar. Beliau telah menzahirkan ucapan takziah dan simpati serta menyampaikan sumbangan Jaringan Al Jannah kepada mangsa-mangsa. Tuan Hj Ismail Din dan Pn Ros turut menyampaikan sumbangan dari Masjid Ar Rahman dan Biro Muslimat masjid. Kejadian kebakaran pada 5/07/24 jam 1.00 tengah hari itu telah memusnahkan sepenuhnya 3 buah rumah dan sebuah rumah yang terkesan akibat kebakaran tersebut.

Dukacita dimaklumkan Tuan Haji Mohd Ali Yusuf, Pengerusi Jaringan Al-Jannah Masjid Daerah Timur Laut telah kembali ke ra...
18/06/2024

Dukacita dimaklumkan Tuan Haji Mohd Ali Yusuf, Pengerusi Jaringan Al-Jannah Masjid Daerah Timur Laut telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan diletakkan bersama-sama para anbiya dan solihin.

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗝𝗞 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 (𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧) 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚𝗚𝗘𝗢𝗥𝗚...
20/02/2024

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗝𝗞 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 (𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧) 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

𝗚𝗘𝗢𝗥𝗚𝗘 𝗧𝗢𝗪𝗡, 19 Februari 2024 - YDH DCP Datuk Mohamed Usuf bin Jan Mohamad, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang menerima kunjungan hormat daripada YBhg. En. Mohd Ali Mohd Yusoff, Pengerusi Khariah Masjid bersama delegasi di Bilik Tetamu Seri Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan pelbagai isu semasa dan juga isu berkaitan keselamatan serta membincangkan mengenai kolaborasi bersama masyarakat yang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid, ahli kariah dan para jemaah untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah, dadah dan jenayah siber kepada pihak polis disamping mengeratkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.

Turut hadir ialah YDH ACP Muhamad Halim bin Yatim, Ketua Jabatan Pengurusan Pulau Pinang, DSP Emmi Shah bin Fadhil, Timbalan KJIPS (2) (Integriti), dan Ustaz Mohammad Hafiz bin Abdul Wahab, Ketua Cawangan BAKA.






27/01/24 (Ahad). Pertubuhan Jaringan Jawatankuasa Kariah Masjid Daerah Timur Laut Pulau Pinang (Pertubuhan Jaringan Al-J...
28/01/2024

27/01/24 (Ahad). Pertubuhan Jaringan Jawatankuasa Kariah Masjid Daerah Timur Laut Pulau Pinang (Pertubuhan Jaringan Al-Jannah), telah menyantuni kanak-kanak sekolah dikalangan keluarga B40 dalam program Kembali Ke Sekolah yang telah berlangsung di Mydin Hypermarket, Kompleks Bukit Jambul pagi ini.

Program ini melibatkan seramai 190 orang kanak kanak yang dipilih dari 26 buah qaryah masjid di daerah Timur Laut. Dengan kos sara hidup yang tinggi masa kini, program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Jaringan Al-Jannah, sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan bagi permulaan sesi persekolahan baru 2024.

Bagi tujuan ini, pihak Pertubuhan Al-Jannah telah membelanjakan sebanyak RM19,000.00. Program ini turut mendapat sokongan korporat dari syarikat Mydin Hypermarket.

Perasmian program telah sempurnakan oleh YBrs. ust. Mohamad Faris bin Mohd Fadhil, Pegawai Khas (Agama) kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang. Hadir sama dalam program ini ialah, Tuan Haji Syed Abdul Kadir bin Syed Abdullah Idid, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Jaringan Al-Jannah; Haji Tuan Wan Ismail, Pegawai Agama Daerah Barat Daya dan Ust. Aziz Firus, Penyelaras Masjid & Surau, Pejabat Agama Daerah Timur Laut.

Address

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
Penang Island

Telephone

+60134087001

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jaringan Masjid Kariah Daerah Timur Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Jaringan Masjid Kariah Daerah Timur Laut:

Share

Category