03/09/2026
📚 JADUAL KULIAH BULANAN | SEPTEMBER 2026
Alhamdulillah, Masjid Jamek Kampung Rawa terus mengimarahkan rumah Allah dengan pelbagai majlis ilmu dan pengajian sepanjang bulan September 2026.
Rasulullah SAW bersabda:
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
“Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(Riwayat Muslim)
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bersama keluarga untuk mengambil manfaat daripada kuliah dan program yang telah disusun. Semoga setiap langkah kita menuju masjid, setiap ilmu yang dipelajari dan setiap masa yang diluangkan dalam majlis ilmu menjadi bekalan amal yang diberkati Allah SWT.
Jom imarahkan masjid, hidupkan majlis ilmu dan suburkan ukhuwah.