09/04/2026
RABU 8 APRIL 2026;
Semalam Surau Pekan Baru -Surau Kampor telah mengadakan Sambutan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1447H buat kali pertamanya sejak surau ini didirikan. Kira-kira 500 jemaah surau, terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak serta penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam Al-Mukhtar hadir bagi meraikan sambutan hari yang mulia ini. Turut sama hadir bagi memeriahkan majlis semalam, ialah YB Dato' Mohamad Nizar Mohamad Najib, YB Dato' Haji Fakhruddin Mohd Ariff dan Ybhg' Dato' Ahmad Rahimi.
Yang Hormat Mulia Tok Muda Tengku Dato' Haji Rohanim, merangkap Pengerusi Surau Pekan Baru didalam ucapannya menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis sambutan ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada semua AJK yang terlibat. Beliau turut berharap sambutan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Majlis turut menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman kepada hadirin yang hadir.
Majlis diceriakan lagi, dengan pemberian sumbangan duit hari raya oleh YHM Tengku Dato Haji Rohanim kepada penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam AlMukhtar, dan kanak2 berusia bawah 12 tahun. Pertunjukan bunga api turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis semalam.
Turut dimaklumkan oleh pengacara majlis semalam bahawa, satu ekor lembu akan disumbangkan oleh Dato' Ahmad Rahimi kepada surau untuk dikorbankan pada Sambutan Hari Raya Aidil Adha nanti. Beliau selaku pengerusi Yayasan Al Madaniah Pekan ialah diantara yang selalu memberi sumbangan bagi menjayakan pelbagai aktiviti surau.
Kerjasama dan sumbangan tenaga semua ahli qariah surau ini sangat jitu dan sepakat sehingga dapat menjayakan pelbagai aktiviti dan sambutan yg cukup meriah. Turut menjayakan majlis semalam ialah Tuan Nizam dan rakan setugas drpd Jabatan Penerangan Daerah Pekan selaku penata audio dan pengacara majlis. Berikut ialah gambar yang berjaya dirakamkan sekitar majlis sambutan semalam;