Surau Kampung Bentan

Surau Kampung Bentan Halaman bertujuan kongsikan program-program surau.

PROGRAM IBADAH KORBAN SURAU KAMPUNG BENTAN 1447H/2026MHARI: RABU, 27 MEI 2026 (HARI RAYA PERTAMA)MASA: 10.00 PAGITEMPAT:...
27/05/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN SURAU KAMPUNG BENTAN 1447H/2026M

HARI: RABU, 27 MEI 2026 (HARI RAYA PERTAMA)
MASA: 10.00 PAGI
TEMPAT: SURAU KAMPUNG BENTAN

Alhamdulillah, Program Ibadah Korban 1447H selesai dengan jayanya dan dipermudah program daripada awal hingga tamat.

Tahniah dan terima kasih kepada pengurusan surau, urus setia, peserta, petugas, keluarga, ahli kariah Kampung Bentan dan muslimin muslimat yang hadir membantu bergotong-royong, menjayakan dan memeriahkan program ini.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati, memberkati dan menerima segala ibadah dan amal baik kita semua. Amin.

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK, SURAU KAMPUNG BENTANAHAD, 1 MAC 2026 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1447HAlhamdulillah, ramai warga ka...
01/03/2026

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK, SURAU KAMPUNG BENTAN

AHAD, 1 MAC 2026 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1447H

Alhamdulillah, ramai warga kariah Surau Kampung Bentan hadir bersama-sama memeriahkan program gotong-royong memasak Bubur Lambuk untuk tahun ini.

Program kali ini amat bermakna kerana ia turut dihadiri guru-guru kami; Ustaz Haji Mohd Shukor, Ustaz Haji Khahirul Anuar dan Ustazah Rahidaton yang sudah tentulah menambah keberkatan program pada bulan yang mulia ini.

Program ini turut dihadiri Encik Wan Ahmad Shamrul Wan Sulong, Tok Empat kami dan Haji Rujhan Zakaria, pengerusi surau.

Terima kasih kepada semua yang melopori, bekerjasama dan hadir memeriahkan program kali ini.

Address

Kampung Bentan
Pekan
26600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Kampung Bentan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share