Jabatan Agama Islam Pahang

Call Directions Website Contact the place of worship

Jabatan Agama Islam Pahang Ini adalah laman facebook rasmi JAIP. Sila layari portal kami http://jaip.pahang.gov.my dan Follow Tiktok Official Jabatan Agama Islam Pahang.

Penafian: Jabatan Agama Islam Pahang adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman Facebook ini. Laman ini digunakan sebagai salah satu media penyampaian maklumat dan sebarang maklumbalas yang dinyatakan di laman ini mungkin tidak menggambarkan pendirian sebenar Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.

ππŽπ“πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mempelawa kontraktor yang beralam...
05/10/2026

ππŽπ“πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mempelawa kontraktor yang beralamat di Pahang dan berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah kod bidang Kod Bidang 221001 & 221002 dibenarkan menyertai pelawaan Sebutharga JAIP bagi kerja-kerja seperti berikut:

1) No. Sebutharga: JAIP/SH/KP/CB/29/2026

Tempat: Masjid Muadzam Shah

Perkhidmatan: Mencuci dan Membersih
Kawasan dan Bangunan

Tarikh Lawatan Tapak / Taklimat : 6 Oktober 2026 (Selasa)

Masa : 10.00 pagi

Tempat Taklimat: Masjid Muadzam Shah

Tarikh Tutup Sebutharga : 12 Oktober 2026
(Isnin) 12.00 Tengahari

2) No. Sebutharga: JAIP/SH/KP/CB/31/2026

Tempat: Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser, Raub

Perkhidmatan: Mencuci dan Membersih
Kawasan dan Bangunan

Tarikh Lawatan Tapak / Taklimat : 7 Oktober 2026 (Rabu)

Masa : 10.00 pagi

Tempat Taklimat: Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser, Raub

3) No. Sebutharga: JAIP/SH/KP/CB/30/2026

Tempat: Masjid Bandar Benta, Lipis

Perkhidmatan: Mencuci dan Membersih
Kawasan dan Bangunan

Tarikh Lawatan Tapak / Taklimat : 7 Oktober 2026 (Rabu)

Masa : 1.30 petang

Tempat Taklimat: Masjid Bandar Benta, Lipis

Tarikh Tutup Sebutharga : 13 Oktober 2026
(Selasa) 12.00 Tengahari

Harga Borang : RM10.00

Nota Penting:
βœ… Bawa Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, Sijil Pendaftaran Syarikat (asal & salinan) yang belum tamat tempoh.

Maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Khidmat Pengurusan JAIP.


π„π“πˆπŠπ€ ππ€πŠπ€πˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ€πŒππˆπ‹π€π ππ„π†π€π–π€πˆ π€π–π€πŒPenampilan yang kemas, sopan dan bersesuaian mencerminkan disiplin, integriti s...
05/10/2026

π„π“πˆπŠπ€ ππ€πŠπ€πˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ€πŒππˆπ‹π€π ππ„π†π€π–π€πˆ π€π–π€πŒ

Penampilan yang kemas, sopan dan bersesuaian mencerminkan disiplin, integriti serta profesionalisme seseorang penjawat awam.

Justeru, marilah kita bersama-sama mematuhi etika pemakaian dan penampilan yang telah ditetapkan bagi memastikan imej perkhidmatan awam sentiasa dipelihara.

β€œDisiplin Pakaian, Mencerminkan Integriti Diri, Menjana Imej Organisasi.”

______________________________________________

Ikuti media sosial rasmi Jabatan Agama Islam Pahang :

Facebook : https://tinyurl.com/Jabatanagamaislampahang

Instagram : https://tinyurl.com/Instagramjaip

Tiktok : https://tinyurl.com/TikTokJAIP

Laman Sesawang : jaip.pahang.gov.my

𝐇𝐀𝐋𝐀𝐐𝐀𝐇 π”π’π‘π€π“πˆ: β€˜ KONSEP SAKINAH, MAWADDAH & RAHMAH DALAM KELUARGA’Halaqah Usrati kali ini akan memfokuskan berkenaan 'P...
05/10/2026

𝐇𝐀𝐋𝐀𝐐𝐀𝐇 π”π’π‘π€π“πˆ: β€˜ KONSEP SAKINAH, MAWADDAH & RAHMAH DALAM KELUARGA’

Halaqah Usrati kali ini akan memfokuskan berkenaan 'Peranan Suami Isteri' dengan membincangkan tajuk 'Konsep Sakinah Dan Rahmah Dalam Keluarga’

Tetamu jemputan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP, Tuan Mohd Rasmawi Bin Harun, akan berkongsi pandangan dan ilmu berkaitan topik ini.

Waktu Siaran :
05 Oktober 2026 (Isnin)
6:00 petang

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti siaran ini di PAHANGfm.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Pahang FM atau media sosial






02/10/2026

Khutbah pada hari ini bertajuk "Menghadapi Jenayah Kewangan dan Scammer"

Khatib: Ustaz Haji Muhammad 'Izzan bin Idris al-Hafiz
Imam: Ustaz Shaifuddin bin Ngah
Bilal: Ustaz Mohamad Izwanuddin bin Mohd Dahalan

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡Jabatan Agama Islam Pahang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Hormat Dato’ Haji Mohd Rizzal ...
01/10/2026

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡

Jabatan Agama Islam Pahang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Hormat Dato’ Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’.

Semoga pengurniaan ini menjadi penghargaan atas segala jasa dan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negeri.

Tahniah dan syabas diucapkan!

______________________________________________

Ikuti media sosial rasmi Jabatan Agama Islam Pahang :

Facebook : https://tinyurl.com/Jabatanagamaislampahang

Instagram : https://tinyurl.com/Instagramjaip

Tiktok : https://tinyurl.com/TikTokJAIP

Laman Sesawang : jaip.pahang.gov.my

πŸ•,πŸ‘πŸπŸ“ πŠπ† 𝐀𝐁𝐔 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πƒπˆπ‹π”ππ”π’πŠπ€π πŠπ„ 𝐋𝐀𝐔𝐓, π‰π€πˆπ 𝐃𝐀𝐍 π“π‹πƒπŒ ππ„π‹πˆπ‡π€π‘π€ πŠπ„π’π”π‚πˆπ€π πŠπ€π‹π€πŒ 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐖𝐓Kuantan, 1 Oktober 2026 / 19 Ra...
01/10/2026

πŸ•,πŸ‘πŸπŸ“ πŠπ† 𝐀𝐁𝐔 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πƒπˆπ‹π”ππ”π’πŠπ€π πŠπ„ 𝐋𝐀𝐔𝐓, π‰π€πˆπ 𝐃𝐀𝐍 π“π‹πƒπŒ ππ„π‹πˆπ‡π€π‘π€ πŠπ„π’π”π‚πˆπ€π πŠπ€π‹π€πŒ 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐖𝐓

Kuantan, 1 Oktober 2026 / 19 Rabiulakhir 1448 - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Program Pelupusan Abu al-Quran ke Laut di perairan Kuantan pada hari ini.

Sebanyak 7,325 kilogram abu teks dan bahan yang mengandungi ayat al-Quran rosak telah dilupuskan dengan tertib dan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh hukum syarak. Abu tersebut merupakan hasil daripada proses pembakaran 30,000 kilogram teks dan bahan al-Quran rosak yang telah dilaksanakan di Kompleks Pemuliaan al-Quran Negeri Pahang, Chenor dan Pusat Pemuliaan Al-Quran JAIP, Pekan.

Program ini melibatkan pegawai dan kakitangan JAIP, terdiri daripada Ketua-Ketua Penolong Pengarah JAIP, Al-Fadhil Qadhi Daerah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang serta Unit Penyelidikan Pejabat Agama Islam Daerah yang terlibat secara langsung dalam proses pelupusan berkenaan.

Proses pelupusan telah dilaksanakan kira-kira 1.5 batu nautika dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, dengan sokongan aset TLDM termasuk KD Terengganu serta bantuan staf daripada Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Pangkalan TLDM, Tanjung Gelang, Kuantan.

Majlis pelupusan tersebut telah dirasmikan oleh YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, dan turut dihadiri oleh YBhg. Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, Panglima Markas Wilayah Laut 1, YBhg. Laksama Pertama Gan Chin Keat, Timbalan Panglima Wilayah Laut 1, YBhg. Kapten Muhamad Zaki bin Abd Aziz, Pengarah Perancangan dan Kontigensi (MAWILLA 1), serta Tuan Noridzuan bin Abdul Manan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP.

Program ini dilaksanakan bagi memastikan pengurusan dan pelupusan bahan al-Quran yang rosak atau tidak lagi boleh digunakan dilakukan dengan cara yang teratur, penuh tertib serta memelihara kesucian kalam Allah SWT. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan JAIP dengan kerjasama TLDM dalam memartabatkan pengurusan bahan al-Quran secara beradab dan berlandaskan syariat.

Pihak JAIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TLDM atas kerjasama strategik serta komitmen tinggi dalam menjayakan program ini.

______________________________________________

Ikuti media sosial rasmi Jabatan Agama Islam Pahang :

Facebook : https://tinyurl.com/Jabatanagamaislampahang

Instagram : https://tinyurl.com/Instagramjaip

Tiktok : https://tinyurl.com/TikTokJAIP

Laman Sesawang : jaip.pahang.gov.my

πˆπŠπ‹π€π 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„πŠπ„π‘π‰π€ ππ„π‘π’πŽππ„π‹ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π’π‡πŽπ‘π“ π“π„π‘πŒ π„πŒππ‹πŽπ˜πŒπ„ππ“ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒπŒπ„ πŒπ˜π’π“π„π  𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
01/10/2026

πˆπŠπ‹π€π 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„πŠπ„π‘π‰π€ ππ„π‘π’πŽππ„π‹ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π’π‡πŽπ‘π“ π“π„π‘πŒ π„πŒππ‹πŽπ˜πŒπ„ππ“ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒπŒπ„ πŒπ˜π’π“π„π 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐇𝐀𝐔𝐋 πŒπ„πŒππ„π‘πˆππ†π€π“πˆ π“πŽπŠπŽπ‡ π”π‹π€πŒπ€ πŠπ€πŒππ”ππ† πŠπ”π€π‹π€ π“π„πŠπ€π‹ πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸπŸ–Temerloh, 30 September 2026 / ...
30/09/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐇𝐀𝐔𝐋 πŒπ„πŒππ„π‘πˆππ†π€π“πˆ π“πŽπŠπŽπ‡ π”π‹π€πŒπ€ πŠπ€πŒππ”ππ† πŠπ”π€π‹π€ π“π„πŠπ€π‹ πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸπŸ–

Temerloh, 30 September 2026 / 18 Rabiulakhir 1448 – Mesyuarat Penyelarasan Majlis Haul Memperingati Tokoh Ulama Kampung Kuala Tekal Kali Ke-28 Tahun 1448H/2026M telah diadakan di Dewan Hubabah, Bukit Seding, Kampung Dato’ Sharif Ahmad, Kerdau, Temerloh.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.

Turut hadir YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, serta ketua-ketua jabatan Daerah.

Mesyuarat membincangkan persiapan dan penyelarasan bagi memastikan Majlis Haul Memperingati Tokoh Ulama Kampung Kuala Tekal Kali Ke-28 dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar, di samping meneruskan usaha mengenang jasa serta sumbangan para ulama terdahulu kepada perkembangan ilmu dan masyarakat Islam.

______________________________________________

Ikuti media sosial rasmi Jabatan Agama Islam Pahang :

Facebook : https://tinyurl.com/Jabatanagamaislampahang

Instagram : https://tinyurl.com/Instagramjaip

Tiktok : https://tinyurl.com/TikTokJAIP

Laman Sesawang : jaip.pahang.gov.my

ππ„πŒπ”π‘ππˆπ€π πŽππ‰π„πŠπ“πˆπ… πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 π‰π€πˆπKuantan, 29 September 2026 / 17 Rabiulakhir 1448 – Jabatan Agama Islam...
30/09/2026

ππ„πŒπ”π‘ππˆπ€π πŽππ‰π„πŠπ“πˆπ… πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 π‰π€πˆπ

Kuantan, 29 September 2026 / 17 Rabiulakhir 1448 – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menganjurkan Bengkel Semakan dan Pemurnian Objektif Kualiti ISO 9001:2015 selama dua hari, pada 28 hingga 29 September 2026, bertempat di Dewan Shah Bandar, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Bengkel yang dibimbing oleh Tuan Syed Faddly bin Syed Bahrudin, Mantan Ketua Seksyen SIRIM QAS, itu disertai Ketua-ketua Penolong Pengarah Bahagian JAIP, Pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Al-Fadhil Qadhi-qadhi Daerah, serta wakil bahagian JAIP, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), SMAN dan masjid daerah kategori A.

Bengkel memberi tumpuan kepada semakan dan pemurnian objektif kualiti agar lebih jelas, relevan, serta selaras sepertimana yang dinyatakan dalam standard ISO 9001:2015 di bawah klausa 6.2.1(g). Perbincangan turut menilai hala tuju objektif berdasarkan fungsi setiap bahagian dan unit, selain memperkukuh perkongsian pandangan antara peserta.

Hasil bengkel dijangka membantu JAIP memperkemas objektif kualiti, meningkatkan keberkesanan pemantauan, memperkukuh budaya kerja berasaskan prestasi serta menyokong penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam di Negeri Pahang.

______________________________________________

Ikuti media sosial rasmi Jabatan Agama Islam Pahang :

Facebook : https://tinyurl.com/Jabatanagamaislampahang

Instagram : https://tinyurl.com/Instagramjaip

Tiktok : https://tinyurl.com/TikTokJAIP

Laman Sesawang : jaip.pahang.gov.my

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽDukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Mohd Al-Amin bin Mohamma...
29/09/2026

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Mohd Al-Amin bin Mohammad Nor, Pembantu Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, telah kembali ke rahmatullah.

Sehubungan itu, Pengarah serta seluruh warga kerja Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan yang disayangi.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, menerima segala amal kebajikan, melimpahkan rahmat serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.

Address

Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094271111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Agama Islam Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Jabatan Agama Islam Pahang:

Shortcuts

Share