19/07/2026
KELAS BIMBINGAN AKADEMIK TINGKATAN 4 & 5 – PROGRAM DHARMA MADANI - 13.7.2026
Pertubuhan Penganut Arulmigu Jaya Durgai Amman Thirukovil Pedas Negeri Sembilan, di bawah Program Dharma MADANI dengan sokongan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), telah menganjurkan Kelas Bimbingan Akademik Tingkatan 4 dan 5 khususnya untuk pelajar yang akan meduduki peperiksaan SPM di Daerah Rembau.
Program ini diadakan setiap minggu, bermula 8.00 malam hingga 10.00 malam, bertempat di Kuil Arulmigu Jaya Durgai Amman, Taman KSNS, Pedas. Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik, memperkukuhkan pemahaman dalam mata pelajaran serta memberikan motivasi kepada mereka dalam menghadapi peperiksaan SPM.
Sehingga kini, lebih 20 orang pelajar telah menyertai kelas bimbingan ini dengan penuh komitmen dan semangat. Kehadiran yang memberangsangkan ini membuktikan bahawa program ini memberi manfaat kepada para pelajar dalam usaha membina masa depan yang lebih cemerlang melalui pendidikan.
Pihak penganjur berharap program ini akan terus menjadi platform pembangunan ilmu yang berterusan serta melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya, berilmu dan mampu menyumbang kepada masyarakat serta negara pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Suthershen Kalaselvan PJK
0166600104