Pusat Islam UniMAP

Directions Website Contact the place of worship

Pusat Islam UniMAP Jabatan yang menguruskan aktiviti keagamaan dan menjaga kebajikan staf/pelajar khususnya yang beraga

TAHFIZ TVET | PIMPINPusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) membawa 7 orang pelajar Huffaz Profesional bagi menduduki p...
02/10/2026

TAHFIZ TVET | PIMPIN

Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) membawa 7 orang pelajar Huffaz Profesional bagi menduduki peperiksaan SPHB Siri 2/2026 yang diadakan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Peperiksaan SPHB merupakan platform bagi memastikan hafazan pelajar diiktiraf secara bertahap dan mengekalkan kualiti hafazan.

Penglibatan diiring oleh Ustz Muhammad Adzrall Adznan selaku penyelaras program dan Ustazah Nurhanisah selaku Ketua Bahagian Akademik & Peperiksaan Program Huffaz Profesional.



MESYUARAT BULANAN 2026 | PIMPINTelah diadakan mesyuarat bulanan PIMPIN seperti ketetapan berikut :Tarikh : 1 Oktober 202...
01/10/2026

MESYUARAT BULANAN 2026 | PIMPIN

Telah diadakan mesyuarat bulanan PIMPIN seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Oktober 2026 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PIMPIN

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah PIMPIN, Ustaz Muhammad Adib bin Haji Hassan.




Syabas & Tahniah | PIMPINSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn Mazmin Mat Akhir atas pelantikan semula Ketua Pusta...
01/10/2026

Syabas & Tahniah | PIMPIN

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn Mazmin Mat Akhir atas pelantikan semula Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Perlis.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan cemerlang dan penuh amanah.



TAKZIAH | PIMPINPusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga atas pemergian T...
28/09/2026

TAKZIAH | PIMPIN

Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh.


TAHFIZ TVET | PIMPINPusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dijemput bagi memberikan perkongsian kepada pelajar SMK AGA...
27/09/2026

TAHFIZ TVET | PIMPIN

Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dijemput bagi memberikan perkongsian kepada pelajar SMK AGAMA ARAU berkaitan Program Pensijilan Tahfiz TVET sempena Program STEM MOSTI 2026 bertempat di Dewan Al Faizin SMKA Arau pada 26 September 2026 (Sabtu) bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang.




MAKANAN PERCUMA SEMPENA PENDAFTARAN SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2026/202726 September 2026 (Sabtu)PIMPIN UniMAP telah m...
26/09/2026

MAKANAN PERCUMA SEMPENA PENDAFTARAN SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2026/2027

26 September 2026 (Sabtu)

PIMPIN UniMAP telah menyediakan makanan percuma kepada ibu bapa, waris dan pelajar yang datang mendaftar hari ini. Agihan telah diadakan seperti ketetapan berikut :

1- Kampus Pauh Putra
2- Kampus Uniciti Alam
3- Kampus Wang Ulu
4- Kampus Simpang Empat

Selamat Datang dan selamat menimba ilmu di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Jadikan peluang berada di UniMAP sebagai ruang untuk menuntut ilmu, membina sahsiah, mengembangkan potensi diri dan mencipta masa depan yang lebih baik.

Walau jauh daripada keluarga, jangan pernah lupa asal-usul dan jasa ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Jagalah solat, akhlak dan pergaulan, serta manfaatkan masa sebagai mahasiswa dengan sebaik-baiknya.

Teruskan melangkah.
Kejayaan menanti anda yang rajin berusaha dan tidak mudah putus asa.





PRA-MSK | SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2026/2027Telah berlangsung penerangan Tahfiz TVET secara Online oleh PIMPIN UniMA...
23/09/2026

PRA-MSK | SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2026/2027

Telah berlangsung penerangan Tahfiz TVET secara Online oleh PIMPIN UniMAP. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Muhammad Adzrall Adznan, Penyelaras Tahfiz TVET UniMAP.

PIMPIN mempelawa para pelajar baharu yang telah menghafal 1-15 juzuk untuk menyertai program Tahfiz TVET ini.





KHAIRAT KEMATIAN | PIMPIN17 September 2026 | Khamis PIMPIN telah menguruskan jenazah Allahyarham En. Shahrizan bin Musa,...
18/09/2026

KHAIRAT KEMATIAN | PIMPIN
17 September 2026 | Khamis

PIMPIN telah menguruskan jenazah Allahyarham En. Shahrizan bin Musa, staf UniMAP yang telah kembali ke Rahmatullah pada 17 September 2026 sekitar jam 5:43 petang di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.

Solat Jenazah dan urusan pengkebumian telah selesai pada 17 September 2026 sekitar jam 11.00 malam di Felda Rimba Mas, Padang Besar, Perlis.

Marilah sama-sama kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman, Ameen.




17/09/2026

PENGURUSAN JENAZAH | PIMPIN
14 Sept 2026 | Isnin

PIMPIN telah menguruskan jenazah ahli keluarga staf UniMAP yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Sept 2026 jam 3.30 petang.




KHAIRAT KEMATIAN | PIMPIN14 Sept 2026 | IsninPIMPIN telah menguruskan jenazah Allahyarhamah Che Su binti Mohamad Ali, Ah...
17/09/2026

KHAIRAT KEMATIAN | PIMPIN
14 Sept 2026 | Isnin

PIMPIN telah menguruskan jenazah Allahyarhamah Che Su binti Mohamad Ali, Ahli keluarga staf UniMAP yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Sept 2026 jam 3.30 petang.

Solat Jenazah dan urusan pengkebumian telah selesai pada hari yang sama selepas Isya'.

Marilah sama-sama kita doakan semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang beriman, Ameen.




Address

Universiti Malaysia Perlis, Kampus Pauh Putra
Pauh
02600

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:15
Tuesday 08:15 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:15
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:15 - 17:15

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Islam UniMAP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pusat Islam UniMAP:

Shortcuts

Share