Masjid Mukim Sri Aman Pasir Puteh Kelantan

Masjid Mukim Sri Aman Pasir Puteh Kelantan Laman Rasmi Masjid Mukim Sri Aman Pasir Puteh Kelantan. Dibina di atas tanah Lot PT2500 Mukim Padang Pak Amat Pasir Puteh yang berkeluasan 36,156 kaki persegi.

Masjid Mukim Sri Aman terletak di kawasan perumahan Taman Sri Aman 2, kira-kira 2km jaraknya dari bandar Pasir Puteh. Masjid Mukim Sri Aman adalah bangunan masjid dua tingkat yang berkeluasan 8,400 kaki persegi yang boleh menampung 1000 jemaah. Masjid ini mula dibina pada Bulan September 2003 dan siap pada Jun 2005. Menelan belanja sebanyak RM600,000.00 hasil dari sumbangan derma orang ramai, juga

mendapat bantuan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Mula digunakan untuk Solat Jumaat pada 29 April 2005.

Penarafan Masjid Mukim Sri Aman Tahun 2025
21/07/2025

Penarafan Masjid Mukim Sri Aman Tahun 2025

Assalamualaikum. "TAFSIR SURAH AL-FATIHAH DAN JUZUK 'AMMA" Ke arah Membaca, Menghafaz, Memahami, Mentadabbur dan Menghay...
02/03/2023

Assalamualaikum. "TAFSIR SURAH AL-FATIHAH DAN JUZUK 'AMMA" Ke arah Membaca, Menghafaz, Memahami, Mentadabbur dan Menghayati Al-Quran dalam kehidupan. Buku keluaran terbaru oleh penyusun Ustaz Hj Abdul Razak Mat Saat (Pengerusi Koperasi Masjid Sri Aman). Boleh dibeli di koperasi masjid.

19/02/2023

Assalamualaikum semua. Pada 20/2/23 pihak Masjid akan mengadakan ceramah israk dan mikraj selepas sembahyang magrib yang akan disampaikan oleh Ustaz Aziz penceramah dari Radio Kelantan FM tuan puan dijemput hadir bagi meriahkan lagi majlis ini.

Terima kasih.

Bayakkan selawat di hari jumaat.
04/11/2022

Bayakkan selawat di hari jumaat.

BEKALAN HARIAN (KE ARAH MENCARI KEREDAAN ILAHI)Buku ini adalah terbitan ketiga Koperasi Qariah Masjid Mukim Sri Aman sel...
18/06/2022

BEKALAN HARIAN (KE ARAH MENCARI KEREDAAN ILAHI)

Buku ini adalah terbitan ketiga Koperasi Qariah Masjid Mukim Sri Aman selepas Buku Tafsir Juz Amma dan Buku Tafsir Surah-Surah Pilihan

Buku BEKALAN HARIAN ini sarat dengan ilmu untuk amalan harian yang merupakan modul hidup harian seorang Muslim berdasarkan pengagihan waktu:
1. Waktu awal pagi hingga terbit matahari
2. Waktu Dhuha hingga gelincir matahari
3. Waktu gelincir matahari hingga terbenam matahari
4. Waktu maghrib hingga tengah malam (waktu tidur)
5. Waktu sepertiga malam

Dalam buku ini dimuatkan contoh doa, zikir, wirid dan munajat untuk dibaca serta diamalkan dalam memanfaatkan masa 24 jam dengan amalan kerohanian.

Dapatkan sekarang di Koperasi Masjid

Projek pembesaran ruangan solat jemaah lelaki demi keselesaan para jemaah untuk menampung jumlah jemaah yang semakin ram...
11/06/2022

Projek pembesaran ruangan solat jemaah lelaki demi keselesaan para jemaah untuk menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Sebarang sumbangan untuk tabung pembangunan masjid boleh berhubung terus dengan pihak masjid. Sumbangan anda sangat diperlukan.

Solat berjemaah dan solat terawih di masjid dibenarkan tanpa penjarakan fizikal. Tetapi jemaah wajib memakai pelitup muk...
25/03/2022

Solat berjemaah dan solat terawih di masjid dibenarkan tanpa penjarakan fizikal. Tetapi jemaah wajib memakai pelitup muka semasa solat dan bawa sejadah dari rumah. Sama-sama kita mengimarahkan masjid di bulan Ramadhan ini.

Forum Perdana, sempena Israk Mikraj oleh panel pegawai agama jajahan Pasir Puteh. Tajaan Pejabat Agama Jajahan Pasir Put...
26/02/2022

Forum Perdana, sempena Israk Mikraj oleh panel pegawai agama jajahan Pasir Puteh. Tajaan Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh, Kelantan.

25/02/2022

FORUM PERDANA JELAJAH MASJID
Sempena Isra' Mikraj (Solat dan Tuntutannya)

Tempat: Masjid Mukim Sri Aman

Tarikh: 25 Februari 2022

Jam: 7 Malam (Selepas Solat Maghrib)

Semua dijemput hadir.

Assalamualaikum. Pihak Masjid menyediakan perkhidmatan sewa dewan untuk majlis perkahwinan atau sebarang majlis bersama ...
05/02/2022

Assalamualaikum. Pihak Masjid menyediakan perkhidmatan sewa dewan untuk majlis perkahwinan atau sebarang majlis bersama pakej yang istimewa untuk sesiapa sahaja yang berminat. Sekiranya anda berminat boleh mesej kami. Terima kasih.

05/01/2022

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐁𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

Kebenaran Pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat, Solat Fardhu Lima (5) Waktu Serta
Aktiviti Di Masjid Negeri, Bandar, Jajahan, Mukim, Surau Dan Musolla Di Seluruh
Negeri Kelantan Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my

Jangan lupa Follow, Like dan Share :
- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan
- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan


Berminat sila berkunjung ke koperasi Masjid Mukim Sri Aman
28/10/2021

Berminat sila berkunjung ke koperasi Masjid Mukim Sri Aman

Address

Taman Sri Aman 2
Pasir Puteh
16800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mukim Sri Aman Pasir Puteh Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category