Masjid Al-Rahman, Mukim Telipot

Masjid Al-Rahman, Mukim Telipot Page ini diwujudkan bagi memberikan maklumat terkini berhubung dengan pembinaan masjid baru dan akti

Kuliah Maghrib malam ini.Jemput hadir
29/08/2026

Kuliah Maghrib malam ini.
Jemput hadir

Assalamualaikum WBT .Mewakili Jawatankuasa Masjid Al Rahman Mukim Telipot, ambo ucapkan jutaan terima kasih kepada semua...
28/08/2026

Assalamualaikum WBT .

Mewakili Jawatankuasa Masjid Al Rahman Mukim Telipot, ambo ucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemaah yang telah hadir ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus pada hari Khamis, 27 Ogos 2026 lalu. Terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk pembangunan masjid. Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam penganjuran kuliah.

Terima kasih semua.
"Masjid Kita, Tanggungjawab Bersama"

28/08/2026

JUMLAH KUTIPAN DERMA - 27/08/2026
TUNAI: RM 3,200.00
QR: RM 837.20 (sehari).
Terima kasih kepada semua. Semoga diberkati.

JANGAN LUPO MARI TERRRR PETANG NI SAMA-SAMA BERADA DALAM MAJLIS ILMU
26/08/2026

JANGAN LUPO MARI TERRRR PETANG NI
SAMA-SAMA BERADA DALAM MAJLIS ILMU

PEMASANGAN BANNER & BUNTING PROGRAM KULIAH MAGHRIB PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS DI SEKITAR PASIR PUTEH.
19/08/2026

PEMASANGAN BANNER & BUNTING PROGRAM KULIAH MAGHRIB PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS DI SEKITAR PASIR PUTEH.

Alhamdulillah ❤️ Selesai Taklimat Sistem Perekodan Masjid (SPM) oleh Tuan Haji Othman Zailani Hassan bertempat di UiTM K...
19/05/2026

Alhamdulillah ❤️

Selesai Taklimat Sistem Perekodan Masjid (SPM) oleh Tuan Haji Othman Zailani Hassan bertempat di UiTM Kelantan Kampus Machang.

Hadir dalam sesi taklimat ini ialah:

1. Pengerusi / Imam Tua
2. Timbalan Pengerusi / Imam Muda
3. Setiausaha
4. Bendahari
5. Bilal

Sistem ini membantu pihak masjid untuk menguruskan kewangan masjid dengan lebih teratur, efisien & kemas. Insyallah pihak masjid akan menggunakan sistem ini bagi menguruskan kewangan masjid. Harga pakej untuk 3 tahun berjumlah RM 850.00.

Mana-mana individu yang ingin membantu menyumbang untuk pembelian sistem ini amat dialu-alukan.

KULIAH MAGHRIB KEMBARA DAKWAH JELAJAH KELANTAN MUALLAF SHARING TOURS JAJAHAN PASIR PUTEH 2026Hari/ Tarikh: Khamis, 23 Ap...
23/04/2026

KULIAH MAGHRIB KEMBARA DAKWAH JELAJAH KELANTAN
MUALLAF SHARING TOURS JAJAHAN PASIR PUTEH 2026

Hari/ Tarikh: Khamis, 23 April 2026 bersamaan 05 Zulkaedah 1447H
Masa: Bermula Solat Maghrib Berjamaah
Penceramah Istimewa: Ustaz Khairul Ihsan @ Eh Sa
Tajuk ceramah: “Islam Anugerah Teragung”


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya*  فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُ...
20/03/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya*

فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .

_*Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu pada hari raya (Edul Fitri atau Edul Adha), sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain: “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).”*_ Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan.

قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.

_*Berkata Wathilah: Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima segala amalan daripada kami dan daripada kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka"*_ (HR Tobrani No: 17589)

*Pengajaran:*

1. Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu agar Allah menerima segala ibadah yang dilakukan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

2. Ucapan yang disunatkan ketika bertemu sesama muslim pada hari raya agar segala amal diterima Allah ialah

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
*(Semoga Allah menerima [amal ibadat di Ramadhan] dari kami dan kamu)*

Semoga ucapan ini akan mengeratkan hubungan sesama Muslim dan memberi semangat kepada kita.

3. Hari raya bukan sekadar hari kegembiraan, tetapi hari mengharapkan penerimaan amal oleh Allah setelah beribadah sepanjang Ramadan. Islam menggalakkan saling mendoakan dan mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.

4. Ucapan hari raya seharusnya mengandungi doa dan makna yang baik, bukan sekadar ucapan kosong.

5. Selain daripada itu kita juga digalakkan saling ziarah menziarahi agar dapat merapatkan ukhuwwah. Nabi SAW pernah bersabda :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

*Barang siapa yang s**a untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya.* (Sahih Bukhari No: 1961) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan meredai kita sepanjang masa. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.

*Rebut Pahala Bersihkan Jiwa*

30hb Ramadan 1447H
20hb Mac 2026

MAJLIS TADARUS AL QURAN & BERBUKA PUASA PERDANA Masjid Al Rahman Mukim TelipotHari/ Tarikh : Jumaat, 13 Mac 2026 / 23 Ra...
12/03/2026

MAJLIS TADARUS AL QURAN & BERBUKA PUASA PERDANA
Masjid Al Rahman Mukim Telipot

Hari/ Tarikh : Jumaat, 13 Mac 2026 / 23 Ramadan 1447H
Masa : 5.30 petang – 8.00 malam
Tempat : Masjid Al Rahman Mukim Telipot

ATURCARA MAJLIS

5.30 petang: Ketibaan Jemaah
6.00 petang: Tadarus Al Quran Surah Al Anfal, ayat 24-28 oleh Pegawai Agama Jajahan Pasir Puteh (Dewan Solat Utama Masjid)
7.00 petang: Tahlil & Berbuka Puasa (Dataran Masjid)

Pihak masjid ingin memohon sumbangan HIDANGAN JUADAH BERBUKA PUASA pada hari Jumaat ini. Mana-mana jemaah yang ingin menyumbang hidangan, mohon maklumkan kepada AJK masjid untuk memudahkan urusan.

Semua Dijemput Hadir beramai-ramai. Terima kasih.

Address

Kampung Banggol Telipot
Pasir Puteh
16800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Rahman, Mukim Telipot posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category