06/09/2026
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Anak Mukim Masjid Al-Jalil Mukim Kasar, Pasir Mas, Kelantan (MAJMuK).
*MASJID AL JALIL MUKIM KASAR, PASIR MAS, KELANTAN (MAJMuK) : PERKONGSIAN ILMU BIL. 10/2026*
"SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA MENJADI KAIN."
Hadis daripada Uthman bin Affan R.A. bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : "Sesiapa yang mendirikan solat Isyak secara berjemaah, maka seolah-olah dia mendirikan solat separuh malam dan sesiapa yang solat Subuh secara berjemaah, maka seolah-olah dia solat malam secara keseluruhannya."
[HR : Muslim (656) dan Ibn Hibban (2060)].
Sesungguhnya kelebihan solat berjemaah, apatah lagi di masjid atau surau adalah amat besar pahalanya sehingga digandakan 27 kali ganda sebagai mana di dalam hadis yang masyhur. Berdasarkan hadis di atas 2 waktu utama untuk kita bersungguh-sungguh melaksanakan solat berjemaah, iaitu solat Subuh dan juga solat Isyak. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan golongan yang mendirikannya.
*MEMASYARAKATKAN MASJID DAN MEMASJIDKAN MASYARAKAT.*
Daripada :
Pengurusan & AJK
MAJMuK
7/9/2026 | 25 Rabiulawal 1448H
Rujukan : BIRO DAKWAH
👍 Like, Follow & Share FB 🕌 Masjid Kasar Mukim Pasir Mas