17/01/2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
*Surau Lebai Mansor
27 Rejab 1447H
Aktiviti/Program:
👉Solat Maghrib Berjemaah
👉Ceramah Israk Mikraj disampaikan Oleh Ustaz Mansor bin Che Jaafar (Kisah Israk Mikraj perjalanan Rasulullah s.a.w.)
👉Solat Isyak Berjemaah
👉Jamuan Makan
Perjalanan malam Israk Mikraj, mukjizat besar bukti kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
PERISTIWA agung bagi umat Islam, Israk Mikraj merakamkan perjalanan Nabi Muhammad s.a.w menghadap Allah untuk menerima perintah ibadah solat fardu.
Peristiwa 27 Rejab tahun ke-12 kerasulan berlaku selepas Baginda kehilangan isteri Khadijah Khuwailid dan bapa saudara disegani ramai Abu Talib Abdul Mutalib.
Kematian dua kekasih hati Baginda itu digelar Tahun Kedukaan. Israk Mikraj mendatangkan kegembiraan
SURAH AL-ISRA’
Ayat 1 surah al-Isra’ merakamkan kisah Israk Mikraj (terjemahan):
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, bumi yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.