01/08/2026
๐ธ ALHAMDULILLAH, PROGRAM TELAH SELESAI DENGAN JAYANYA ๐ธ
Segala puji bagi Allah SWT, Majlis Al-Quran Di Hati: Bacaan Yasin & Tadabbur Muslimah yang telah berlangsung pada 31 Julai 2026 bersamaan 16 Safar 1448H di Masjid Mukim Temenggong Nibong Lemal (Masjid Mentee) dengan kerjasama Masjid Al Abrar, Mukim Pauh Sembilan, Bachok.(Masjid Mentor) telah selesai dengan penuh keberkatan dan berjalan dengan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua muslimah yang telah hadir memeriahkan majlis, para urus setia serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga setiap usaha, masa dan pengorbanan yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Semoga pengisian melalui bacaan Surah Yasin dan tadabbur Al-Quran pada hari ini menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita terhadap Al-Quran serta mendorong kita untuk terus membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian.
๐คฒ Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, memberkati usaha mengimarahkan masjid dan mengurniakan kekuatan untuk terus menganjurkan program-program yang memberi manfaat kepada ummah.
Terima kasih atas sokongan semua.