03/04/2023
As salamualaikum semoga Allah golongkan kita dalam golongan yang menyebarkan Dakwah ..untuk makluman Pusat Tarbiyah Pohon Buloh mempunyai beberapa komponen pembangunan iaitu :-
1- Bangunan Utama 2 tingkat yg mempunyai Dewan Muktamar/Solat berhawa dingin yang dapat menampung sehingga 700 peserta dengan kemudahan pentas utama, sistem Pembesar suara, kerusi banquet , setor dll kemudahan
Tingkat atas kemudahan bilik kuliah berhawa dingin utk 25 orang , dewan terbuka serta ruang pejabat dan bilik mesyuarat..
2- Dewan terbuka dengan kemudahan lampu, kipas besar dan Ruangan Dapur Asnaf dgn peralatan memasak, freezer, chiller dll .Dewan ini boleh menampung sehingga 400 orang dgn meja dan kerusi plastik
3- Pusat Pendidikan Anak anak pra Sekolah premier 2 tingkat dgn kemudahan 4 bilik pembelajaran serta tandas dlm kelas, bilik guru, bilik penyediaan makanan, bilik bacaan n setor
4- Tandas Umun utk muslimin dan muslimat sebanyak 5 unit tiap satu dgn kemudahan tandas dan mandi serta sinki yang bersih
6- Ruang Parking kenderaan yg luas sehingga 100 biji kenderaan serta kawasan berpagar konkrit dan pintu pagar
7- 10 unit rumah orang tua dimana tiap satu ada kemudahan bilik air, dapur dan tempat tidur
Antara aktiviti yang di tawarkan kpd masyarakat umum secara PERCUMA adalah :-
1- Kelas Tajweed Al Quran dan Bahasa Arab pada setiap hari jumaat dan sabtu daripada jam 3-4:30 ptg dan 5:30 - 6:45
2- Kuliah Pagi Jumaat bermula jam 9:15-11 pg tiap Jumaat
3- Kelas Tuisen Rakyat akan di lancarkan selepas Raya Eidil Fitri
Kami amat mengalukan sebarang bentuk sumbangan dalam bentuk mengajar apa jua subjek , kewangan, barangan utk masakan serta lain lain sumbangan boleh di buat ke akaun Bank Islam No akaun 03027010003631 atas nama Madrasah Nasrullah