Persatuan Anak Muda Ahli Sunnah - PAMAS

Persatuan Anak Muda Ahli Sunnah - PAMAS Berpegang teguh dengan
Akidah : Asyairah & Maturidiah
Mazhab : Syafie
Tasawwuf : Imam Ghazali

Biodata serba ringkas sahabat Rasulullah Khulafa Ar Rashidin. 1. Abu Bakar As-Siddiq2. Umar bin al khattab 3. Uthman bin...
18/08/2024

Biodata serba ringkas sahabat Rasulullah Khulafa Ar Rashidin.

1. Abu Bakar As-Siddiq
2. Umar bin al khattab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Talib

09/07/2024

"Jangan mengawasi orang lain, jangan mengintai gerakannya, jangan membuka aib nya, Jangan menyelidikinya. Sibuklah dengan diri kalian. Perbaiki aibmu, kerana kamu akan ditanya Allah tentang dirimu, bukan tentang orang lain."

(Ali bin Abi Thalib)

25/04/2024

MENUNTUT ILMU UNTUK BERAMAL

Malik bin Dinar rahimahullah berkata:

إِنَّكَ إِذَا طَلَبْتَ الْعِلْمَ لِتَعْمَلَ بِهِ سَرَّكَ الْعِلمُ وَإِذَا طَلَبْتَهُ لِغَيْرِ الْعَمَلِ بِهِ لَمْ يَزِدْكَ إِلَّا فَخْرًا

“Sesungguhnya jika kamu menuntut ilmu untuk kamu amalkan, ilmu akan membahagiakanmu, tetapi jika kamu mencari ilmu tidak untuk kamu amalkan, ia hanya akan menambah sombongmu” {Az-Zuhd}

ــہ واللـــــــــہ اعـــــلم بالصـــوابــــــ

04/04/2024

Andainya kita menikmati lailatul qadar, lakukanlah

1) Berdoa kepada Allah setiap 10 terakhir Ramadhan dengan doa ini,
((اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي))
2) Berterusanlah membaca Al Quran disetiap malam malam terakhir ini.
3) Usahlah terlepas peluang berterawih setiap malam
4) Beriktikaflah di rumah Allah
5) Bersedeqahlah dan berinfaqlah terutama pada malam hari
6) Berdoalah dalam keaadan tunduk dan rasa kerdil dihadapanNya
7) Duduklah dengan para alim ulamak agar kita dapat mendengar kalam yang bermanfaat dari mereka

Usahlah. dibazirkan masa dan waktu di meja makan dan padang permainan, bahkan zikirlah dibibir walau kita bersendirian.

Allahuakbar. Kecewa atas berita Hari Jumaat Yang mulia ini. Dukacita Umat Islam Seluruh Malaysia Berkaitan Mahkamah Pers...
09/02/2024

Allahuakbar. Kecewa atas berita Hari Jumaat Yang mulia ini. Dukacita Umat Islam Seluruh Malaysia Berkaitan Mahkamah Persekutuan Membatalkan 16 peruntukan Enakman Syariah Kelantan.

09/02/2024

28 Rejab 1445. Sejarah hitam buat umat islam Malaysia terpahat di Istana Kehakiman, Putrajaya. Tahniah bagi mereka yang bergembira meraikannnya.

Kamu akan dipersoal di mahkamah Allah swt . Ingat !

08/02/2024

صحيح ابن حبان
Sahih Ibnu Hibban

Terjemahan Hadith Dan Sedikit Keterangan

NIKMAT SYURGA

Berkata Imam Ibnu Hibban r.a. :

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ وَمِصْدَاقُ ذَلِكَ فِي كِتَابِ اللَّهِ: {فَلا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}

Artinya : “Telah berfirman oleh Allah Taala : Aku telah sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang solihin akan nikmat yang tiada pernah mata melihat dan tiada pernah telinga mendengar dan tiada pernah terlintas atas hati manusia yaitu membenarkan oleh yang demikian itu barang yang di dalam kitab Allah : Maka tiada mengetahui oleh seorang jua pun akan nikmat yang telah Kami simpan bagi mereka dari yang sangat indah dipandang sebagai balasan dengan barang yang adalah mereka itu telah amalkan.”

Hadith ini ada diriwayatkan juga oleh Bukhari dan Muslim dan lainnya.

KETERANGAN

NIKMAT DALAM SYURGA

Sungguhnya kehidupan yang ada di dunia sangatlah indah tiada seorang pun yang menafikannya akan tetapi jika hendak dibandingkan dengan kehidupan di akhirat nanti dan apa yang telah disediakan bagi sekian orang beriman jauh lebih indah tiada dapat dibandingkan dengan apa yang telah ada di dunia ini.

Maka kerana itu Nabi sollallahu alaihi wasallam menceritakan firman Allah Taala tentang nikmat syurga dengan firman-Nya :

أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ و

Artinya : “Aku telah sediakan bagi hamba-hambaKu yang solihin akan nikmat yang tiada pernah mata melihat dan tiada pernah telinga mendengar dan tiada pernah terlintas atas hati manusia.”

Yang dimaksudkan dengan nikmat pada hadith ini ialah nikmat di dalam syurga di akhirat nanti.

Berkata Imam Al-Iraqi :

مَعْنَاهُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى ادَّخَرَ فِي الْجَنَّةِ مِنْ النَّعِيمِ، وَالْخَيْرَاتِ، وَاللَّذَّاتِ مَا لَمْ يَطَّلِعْ عَلَيْهِ أَحَدُ مِنْ الْخَلْقِ بِطَرِيقٍ مِنْ الطُّرُقِ فَذَكَرَ الرُّؤْيَةَ، وَالسَّمْعَ لِأَنَّهُ يُدْرَكُ بِهِمَا أَكْثَرُ الْمَحْسُوسَاتِ، وَالْإِدْرَاكُ بِالذَّوْقِ، وَالشَّمِّ، وَاللَّمْسِ أَقَلُّ مِنْ ذَلِكَ، ثُمَّ زَادَ عَلَى ذَلِكَ أَنَّهُ لَمْ يَجْعَلْ لِأَحَدٍ طَرِيقًا إلَّا تَوَهَّمَهَا بِفِكْرٍ وَخُطُورٍ عَلَى قَلْبٍ

Artinya : “Bermula maknanya yaitu sungguhnya Allah Taala telah menyimpan di dalam syurga akan segala nikmat dan segala kebaikkan dan segala kelazatan barang yang belum pernah melihatnya oleh seorang jua pun atas apa jalan jua pun. Maka disebut dengan melihat dan mendengar di sini kerana keduanya adalah paling banyak yang mencapai akan segala yang ada manakala di dapat dengan jalan rasa dan cium dan sentuh lebih sedikit dari apa yang didapat dengan dilihat dan didengar. Kemudian lebih lagi dari yang demikian itu tidak dijadikan bagi seorang jua pun satu jalan dapat melihat dan mendengarnya kecuali dengan memikirkan di dalam hati.” (KItab Tharhu At-Tasrib)

Maka ini membenarkan akan apa yang telah firmankan oleh Allah Taala :

فَلا تَعْلَمُ نَفْسٌ ما أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ، جَزاءً بِما كانُوا يَعْمَلُونَ

Artinya : “Maka tiada mengetahui oleh seorang jua pun akan nikmat yang telah Kami sembunyikan bagi mereka dari yang sangat indah dipandang sebagai balasan dengan barang yang adalah mereka itu telah amalkan.” (As-Sajadah : 17)

Dan adalah sebab Allah sembunyikan segala nikmat syurga bagi sekelian para solihin itu ialah kerana mereka ketika di dunia menyembunyikan amal soleh mereka itu dari pandangan manusia.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

أي فلا يعلم أحد على الإطلاق من الملائكة والرسل عظمة ما أخفى الله لهم في الجنات من النعيم المقيم واللذات التي لم يطلع على مثلها أحد، جزاء عدلا مقابلا لصالح أعمالهم التي أخفوها فلم يراءوا بها الناس، فأخفى الله ثوابهم

Artinya : “Maka tiada mengetahui seorang jua pun samada malaikat dan para Rasul apa yang Allah telah sembunyikan bagi mereka di dalam segala syurga dari segala bagai nikmat yang berkekalan dan segala bagai kelazatan yang tidak pernah melihatnya oleh siapa jua pun sebagai balasan yang adil yang setimpal dengan segala amal baik mereka itu yang telah mereka sembunyikan dari dilihat oleh sekelian manusia maka Allah pun menyembunyikan akan segala ganjaran pahala mereka itu.” (Kitab Tafsir Al-Munir)

Dan berkata Imam Ibnu Kathir :

ﺃﻱ ﻓﻼ ﻳﻌﻠﻢ ﺃﺣﺪ ﻋﻈﻤﺔ ﻣﺎ ﺃﺧﻔﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻬﻢ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﺎﺕ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﻌﻴﻢ ﺍﻟﻤﻘﻴﻢ ﻭﺍﻟﻠﺬﺍﺕ ﺍﻟﺘﻲ ﻟﻢ ﻳﻄﻠﻊ ﻋﻠﻰ ﻣﺜﻠﻬﺎ ﺃﺣﺪ، ﻟﻤﺎ ﺃﺧﻔﻮﺍ ﺃﻋﻤﺎﻟﻬﻢ، ﻛﺬﻟﻚ ﺃﺧﻔﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻬﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺜﻮﺍﺏ جزاءً وفاقًا، ﻓﺈﻥ ﺍﻟﺠﺰﺍﺀ ﻣﻦ ﺟﻨﺲ ﺍﻟﻌﻤﻞ

Artinya : “Artinya maka seorang pun tidak mengetahui betapa eloknya barang yang telah Allah sembunyikan bagi mereka di dalam segala syurga dari segala nikmat yang berkekalan dan segala yang lazat-lazat yang tiada seorang jua pun pernah memandang kepadanya kerana mereka telah menyembunyikan sekelian amal mereka itu maka seperti itulah Allah menyembunyikan bagi mereka segala ganjaran sebagai balasan yang setimpal kerana sungguhnya segala balasan itu adalah sesuai dengan amalan.” (Kitab Tafsir Ibnu Kathir)

Sungguhnya telah diriwayatkan daripada Abu Ubaidah daripada Abdullah r.a. beliau telah berkata :

أَنَّهُ مَكْتُوبٌ فِي التَّوْرَاةِ: لَقَدْ أَعَدَّ اللَّهُ لِلَّذِينَ تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ مَا لَمْ تَرَ عَيْنٌ وَلَمْ تَسْمَعْ أُذُنٌ وَلَمْ يَخْطِرْ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ، وَلَا يَعْلَمُهُ نَبِيٌّ مُرْسَلٌ وَلَا مَلَكٌ مُقَرَّبٌ " قَالَ: نَحْنُ نَقْرَؤُهَا {فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}

Artinya : “Bahawasanya telah tertulis di dalam kitab Taurah : Sungguhnya Allah telah menyediakan bagi sekelian orang-orang yang bangun beribadah pada waktu malam akan nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata dan belum pernah didengar oleh telinga dan tiada dapat terlintas pada hati manusia dan tiada mengetahuinya oleh seorang Nabi jua pun dan tiada juga Rasul dan tiada juga malaikat yang muqarrabun. Beliau berkata : Kami telah membacanya : Maka tiada mengetahui oleh seorang jua pun akan nikmat yang telah Kami simpan bagi mereka dari yang sangat indah dipandang sebagai balasan dengan barang yang adalah mereka itu telah amalkan.” (Hadith riwayat Al-Hakim)

Berkata Al-Hasan Al-Basri :

أخفى قوم عملهم فأخفى اللّه لهم ما لم تر عين ولم يخطر على قلب بشر

Artinya : “Satu kaum telah menyembunyikan amalan mereka (dari manusia) maka Allah pun menyembunyikan bagi mereka nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah terlintas atas hati manusia.” (Kitab Tafsir Ibnu Kathir)

Dari kerana itulah barang siapa yang dimasukkan ke dalam syurga di akhirat nanti maka sungguhnya dia telah mendapat akan kemenangan yang sangat besar dan kehidupan yang paling bermakna.

Firman Allah Taala :

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ جَنَّٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةً فِى جَنَّٰتِ عَدْنٍۢ ۚ وَرِضْوَٰنٌ مِّنَ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ

Artinya : “Dan Allah telah menjanjikan akan sekelian orang beriman lelaki dan perempuan akan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai adalah mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal yang sangat elok di dalam syurga ‘Adn. Dan keredhaan daripada Allah itu terlebih besar. Yang demikian itu adalah kemenangan yang sangat besar.” (At-Taubah : 72)

PELBAGAI NIKMAT DI DALAM SYURGA

Sabit dalam hadith-hadith Nabi sollallahu alaihi wasallam menceritakan tentang nikmat syurga yang sangat indah yang akan mendapatkan nikmat tersebut oleh sekelian orang mukmin di akhirat nanti.

Diriwayatkan daripada Sahal bin Saad r.a. berkata : Aku telah mendengar akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

مَوْضِعُ سَوْطٍ فِي الجَنَّةِ، خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Artinya : Tempat letak tongkat di dalam syurga lebih elok daripada dunia dan segala isinya.” (Hadith riwayat Bukhari)

Maksudnya tempat letak tongkat ahli syurga di akhirat nanti lebih cantik daripada benda yang paling cantik di dalam dunia ini.

Sungguhnya nikmat syurga yang paling kurang itu jauh lebih baik dari nikmat dunia yang paling indah bahkan sabit di dalam hadith yang sahih bahawa nikmat yang diberikan kepada ahli syurga yang paling rendah darjatnya ialah barang yang sebanyak sepuluh kali dunia.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. beliau berkata : Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

إنِّي لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا، وَآخِرَ أَهْلِ الجَنَّةِ دُخُولًا الجَنَّةَ. رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ حَبْوًا، فَيقُولُ اللهُ له: اذْهَبْ فادْخُلِ الجَنَّةَ، فَيَأتِيهَا، فَيُخَيَّلُ إلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى، فَيَرْجِعُ، فَيقُولُ: يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى! فَيَقُولُ اللهُ له: اذْهَبْ فَادْخُلِ الجَنَّةَ، فيأتِيهَا، فَيُخيَّلُ إليهِ أنَّها مَلأى، فيَرْجِعُ. فَيَقولُ: يا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأى، فيقُولُ اللهُ لَهُ: اذهبْ فَادخُلِ الجنَّةَ. فَإنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشرَةَ أَمْثَالِهَا؛ أوْ إنَّ لَكَ مِثْلَ عَشرَةِ أَمْثَالِ الدُّنْيَا، فَيقُولُ: أتَسْخَرُ بِي، أَوْ تَضْحَكُ بِي وَأنْتَ المَلِكُ. قال: فَلَقَدْ رَأَيْتُ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ فَكَانَ يقولُ: ذلِكَ أَدْنَى أهْلِ الجَنَّةِ مَنْزِلَةً

Artinya : “Sungguh aku lebih tahu tentang orang terakhir keluar daripada neraka dan yang terakhir masuk ke dalam syurga yaitu seorang lelaki yang keluar dalam keadaan merangkak. Maka Allah berfirman baginya : Pergi kamu masuk ke dalam syurga. Maka datang lelaki itu akan syurga lalu dia merasakan syurga telah penuh lalu dia kembali kemudian berkata : Wahai Tuhanku aku dapati syurga telah penuh. Maka berfiman Allah baginya : Pergi kamu dan masuk kamu ke dalam syurga. Lalu dia datang dan sekali lagi dia merasakan bahawa syurga telah penuh kemudian dia kembali semula lalu berkata : Wahai Tuhanku aku dapati syurga telah penuh. Maka berfiman Allah baginya : Pergi kamu dan masuk kamu ke dalam syurga. Maka sungguh bagi kamu nikmat di dalam syurga itu sepuluh kali ganda apa yang di dalam dunia. Lalu lelaki itu berkata : Apakah sungguh atau main-main sahaja? Atau Engkau ketawakan aku sedangkan Engkau adalah raja? Berkata Ibnu Mas’ud : Maka sungguhnya aku lihat Rasulullah sollallahu alaihi wasallam ketawa hingga nampak gigi gerahamnya. Kemudian Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda : Demikian itulah sekurang-kurang darjat ahli syurga.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إنَّ لِلمُؤْمِنِ فِي الجَنَّةِ لَخَيْمَةً مِنْ لُؤْلُؤَةٍ وَاحِدَةٍ مُجَوَّفَةٍ طُولُها في السَّمَاءِ سِتُّونَ مِيلًا

Artinya : “Sungguh bagi sekelian orang mukmin itu di dalam syurga nanti khemah yang diperbuat dari mutiara yang satu yang berlubang di tengahnya yang tingginya naik kelangit enam puluh batu.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan diriwayatkan daripada Sahal bin Saad r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إنَّ أهْلَ الجَنَّةِ لَيَتَراءونَ الغُرَفَ فِي الجَنَّةِ كَمَا تَتَرَاءونَ الكَوكَبَ فِي السَّمَاءِ

Artinya : “Bahawasanya ahli syurga saling melihat kepada bilik di dalam syurga sebagaimana kamu semua melihat segala bintang di langit.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan diriwayatkan daripada Abu Zarr r.a. ketika malam israk dan mikraj Nabi sollallahu alaihi wasallam bercerita :

ثُمَّ أُدْخِلْتُ الْجَنَّةَ، فَإِذَا فِيهَا جَنَابِذُ اللُّؤْلُؤَ، وَإِذَا تُرَابُهَا الْمِسْكُ

Artinya : “Kemudian aku dibawa masuk ke dalam syurga maka aku dapati kubah-kubahnya diperbuat daripada mutiara dan tanahnya daripada haruman kasturi.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata :

يَا رَسُولَ اللَّهِ، حَدِّثْنَا عَنِ الْجَنَّةِ، مَا بِنَاؤُهَا؟ قَالَ: "لَبِنَةُ ذَهَبٍ وَلَبِنَةُ فِضَّةٍ، وَمِلَاطُهَا الْمِسْكُ الْأَذْفَرُ، وَحَصْبَاؤُهَا اللُّؤْلُؤُ وَالْيَاقُوتُ، وَتُرَابُهَا الزَّعْفَرَانُ، مَنْ يَدْخُلُهَا يَنْعَمُ وَلَا يَبْأَسُ، وَيَخْلُدُ وَلَا يَمُوتُ، لَا تَبْلَى ثِيَابُهُ وَلَا يَفْنَى شَبَابُهُ

Artinya : “Wahai Rasulullah ceritakan akan kami tentang syurga daripada apakah binaannya? Sabdanya : Batu batanya ada daripada emas dan ada daripada perak dan tarnya daripada kasturi dan batu jalannya daripada mutiara dan permata yakut dan tanahnya daripada za’faran. Barangsiapa memasukinya maka sentiasa di dalam nikmat tiada lagi susah dan dia kekal tiada lagi akan mati dan pakaiannya tidak menjadi buruk dan mudanya tidak berubah lagi.” (Hadith riwayat Ahmad)

Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

مَا فِي الجَنَّةِ شَجَرَةٌ إِلَّا وَسَاقُهَا مِنْ ذَهَبٍ

Artinya : “Tiadalah pohon di dalam syurga itu melainkan segala dahannya diperbuat daripada emas.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam bercerita tentang perjalanan di malam mikraj dengan sabdanya :

دَخَلْتُ الجَنَّةَ فَإِذَا أَنَا بِقَصْرٍ مِنْ ذَهَبٍ

Artinya : “Aku dibawa melihat ke dalam syurga maka aku dapati istananya daripada emas.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Dan firman Allah Taala :

إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا، حَدَائِقَ وَأَعْنَابًا، وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا

Artinya : “Sungguhnya bagi sekelian orang yang bertaqwa itu mendapat kejayaan. Kebun-kebun serta buah anggur. Dan gadis yang sangat cantik yang sebaya usianya.” (An-Naba’ : 31-33)

Dan banyak lagi ayat Quran dan hadith yang menyebut tentang nikmat di dalam syurga yang Allah sediakan bagi sekelian orang mukmin yang segala nikmat tersebut belum pernah dilihat oleh seorang jua pun dan belum pernah didengar dan andainya dikhayalkan di dalam hati sekalipun maka tidak akan sama dengan apa yang ada di dalam syurga nanti.

Semoga Allah mengurniakan kita semua syurga di akhirat nanti dengan rahmat-Nya. Aamiin.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

01/01/2024

Kata Imam Syafi’i

من أراد الدنيا فعليه بالعلم، ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم

Siapa yang menginginkan dunia maka harus dengan ilmu, dan siapa menginginkan akherat maka harus dengan ilmu

31/12/2023

kata Saidina Umar

"Apa yang terlepas, bukan takdirku. Apa yang ditakdirkan untukku, tidak akan terlepas”

04/10/2023

BILA SOLAT...

perhatikan ketika kita sujud. Hakikat daripada sujud ialah sujudnya hati juga.

Berapa ramai orang yang kepalanya sujud.
tapi hatinya bongkak, riak, takabbur.

Ketika sujud. hati juga mesti sujud.

“Jangan anggap diri hebat berbanding orang lain, Sujudlah dengan dahi dan juga hati supaya kita mengetahui rahsia yang ada pada sujud"

- Habib Ali Zaenal Abidin -

Wallahua'lam.

03/08/2023

Mintak jaso baik semua like & share akaun FB & Tiktok Persatuan anak muda ahli sunnah deh.

Link FB: https://www.facebook.com/BerfokusUntukMenyebarknDakwahDanMembantuMasyarakat?mibextid=LQQJ4d

Link TikTok: https://www.tiktok.com/?_t=8eW9aC4cr0a&_r=1

Kami persatuan anak muda ahli sunnah sangat menghargai dan beribu berterima kasih jazakumullahu khairon kasiro kepada yang sudi follow like dan share.semoga Allah merahmati kita semua. aamiin ya Rabbal

Waallahua'lam

[Berpegang teguh dengan

Akidah : Asyairah & Maturidiah
Mazhab : Syafie
Tasawwuf : Imam Ghazali & Imam Junaid Al Baghdadi

Bersatu teguh dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah]



02/08/2023

BEKERJA KERAS ITU IBADAH*

Jangan engkau kira, ibadah itu hanya seperti sedeqah tapi bekerjapun juga Ibadah, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.” {Riwayat al-Baihaqi}

Waallahualam

Address

Pasir Mas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Anak Muda Ahli Sunnah - PAMAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share