Masjid Tahfiz Al-Ayubi

Masjid Tahfiz Al-Ayubi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Tahfiz Al-Ayubi, Mosque, Pulau Buih, Kangkong, Pasir Mas.

Kami masih lagi memerlukan dana bagi menyiapkan Masjid Tahfiz Al Ayubi ini
Untuk pertanyaan:
Pengerusi: HAJI ZULTA- 012 9519426
Setiausaha: USTAZAH HAJJAH SU’AD- 014 8066550
Admin Page: Wan Mohd Afendi - 019-3831240

KOMPLEKS MASJID TAHFIZ AL-AYUBI PERKASA ISLAMPASIR MAS – Kompleks Masjid Tahfiz Al-Ayubi di Kota Siti Mariam, Pulau Buih...
31/07/2026

KOMPLEKS MASJID TAHFIZ AL-AYUBI PERKASA ISLAM
PASIR MAS – Kompleks Masjid Tahfiz Al-Ayubi di Kota Siti Mariam, Pulau Buih, di sini, dijangka menjadi mercu tanda baharu pendidikan Islam apabila siap sepenuhnya kelak.

Pengerusi Tahfiz Al-Ayubi, Zulta Ayub Daud berkata, pembinaan kompleks itu bertujuan menyediakan ruang ibadah lebih selesa dan berperanan sebagai pusat pengajian al-Quran serta aktiviti keagamaan masyarakat setempat.

Menurutnya, projek mula dirancang sejak 6 Jun 2006 akhirnya memasuki fasa pembinaan fizikal pada 3 Mac 2023 dan kini mencapai kira-kira 50 peratus kemajuan.

"Kompleks ini merupakan masjid tahfiz pertama dibangunkan di Pulau Buih dan mampu menampung kira-kira 600 jemaah pada satu masa.

"Selain menjadi tempat ibadah, ia juga akan menempatkan program pengajian tahfiz serta pelbagai aktiviti keagamaan melibatkan masyarakat sekitar," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, pembinaan kompleks tersebut dianggarkan menelan kos keseluruhan RM13.7 juta dan setakat ini, pihak pengurusan menerima sumbangan infak berjumlah RM2.55 juta daripada orang ramai.

"Pembangunan ini diharap dapat memperkasakan pendidikan agama dalam kalangan generasi muda selain mengimarahkan fungsi masjid sebagai pusat penyatuan masyarakat," katanya.

Bagi yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank RHB Masjid Tahfiz Al-Ayubi:
Nama Bank: RHB Bank

Nama Akaun: MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN LAWYER AL-AYUBI

No. Akaun: 25302500016578

atau menghubungi Zulta di talian:

012-951 9426

untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

HARI JUMAAT ADALAH PENGHULU SEGALA HARIRasulullah ﷺ bersabda:"Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari J...
31/07/2026

HARI JUMAAT ADALAH PENGHULU SEGALA HARI

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat..."
(Hadis Riwayat Muslim, no. 854)

Oleh itu, para ulama menggalakkan memperbanyakkan amal soleh pada hari Jumaat termasuk sedekah, membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan berdoa.
Terus infaq untuk pembinaan Masjid Tahfiz di https://m.me/106755235170950

Hari ini Ustaz nak berkongsi kewajipan menjaga lidah dan kemaluan. عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى ا...
22/07/2026

Hari ini Ustaz nak berkongsi kewajipan menjaga lidah dan kemaluan.

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ
Daripada Sahl bin Sa'd RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.”(HR Bukhari No: 6474) Status: Hadis Sahih

🤲 Setiap huruf al-Quran yang dibaca oleh para pelajar, insya-Allah menjadi saham pahala yang berterusan buat mereka yang...
14/07/2026

🤲 Setiap huruf al-Quran yang dibaca oleh para pelajar, insya-Allah menjadi saham pahala yang berterusan buat mereka yang membantu perjuangan ini. 🌿

Kami dengan rendah hati merayu kepada para dermawan untuk menghulurkan sumbangan bagi menyokong pembangunan dan keperluan Maahad Tahfiz Al-Quran agar para huffaz dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa dan sempurna.

Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya."
(Hadis Riwayat Muslim)

✨ Walau sebesar mana pun sumbangan anda, ia amat bermakna.
✨ Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi sedekah jariah yang terus mengalir pahalanya.

📌 Salurkan sumbangan anda di:
[https://mtaqlaa.onpay.my/order/form/3](https://mtaqlaa.onpay.my/order/form/3)

Jom sama-sama kita bina generasi pencinta al-Quran. Semoga Allah SWT menerima amal kebajikan kita semua, melimpahkan rezeki yang halal lagi berkat serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda. Amin Ya Rabbal 'Alamin. 🤲

Address

Pulau Buih, Kangkong
Pasir Mas
17040

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Tahfiz Al-Ayubi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Tahfiz Al-Ayubi:

Shortcuts

Share

Category