12/05/2026
Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya berwaspada terhadap sebarang tawaran pakej ziarah oleh pihak luar, khususnya yang melibatkan pergerakan keluar dari Tanah Haram seperti ke Jeddah dan Taif ketika masih berada dalam tempoh ibadah haji.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, berkata terdapat segelintir individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej ziarah secara persendirian kepada jemaah, termasuk dengan janji perjalanan singkat dan kos menarik.
Menurut beliau, jemaah perlu memahami bahawa pergerakan keluar dari Tanah Haram ketika berada dalam keadaan berniat haji bukan perkara remeh kerana mempunyai tatacara tertentu serta implikasi serius dari sudut hukum dan keselamatan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/th-ingatkan-jemaah-waspada-tawaran-ziarah-luar-tanah-haram