25/05/2026
πππππππ πππππππππππ ππππ ππππ
ππ πππππππ
Sempena kedatangan Hari Arafah yang penuh keberkatan, Masjid Jamek Sultan Muhammad III Bandar Pasir Mas menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir bersama-sama mengimarahkan βProgram Penghayatan Hari Arafahβ yang akan berlangsung pada 26 Mei 2026 (Selasa), bersamaan 9 Zulhijjah 1447H bermula seawal 5.30 pagi hingga 7.30 malam bertempat di Dewan Solat Utama MJSMIII.
Program ini akan diisi dengan pelbagai pengisian rohani antaranya Kuliah Subuh Khas, Takbir dan Solat Dhuha, Zikir dan Doa Arafah serta Tahlil dan Iftar Puasa Arafah.
Marilah kita bersama merebut peluang pada hari yang mulia ini untuk memperbanyakkan doa, zikir dan amal ibadah kerana sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.
Jemput hadir beramai-ramai bersama ahli keluarga dan sahabat handai.