Surau Darussalam Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor

Surau Darussalam Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor SELAMAT DATANG ke halaman Rasmi SURAU DARUSSALAM,TAMAN SCIENTEX PASIR GUDANG. Moga ianya memberi manfaat dan memberi Infoterkini & aktiviti yg dijalankan.

Jom... Ramai-ramai Hadir ke Taman-Taman Syurga AllahMajlis  Sambutan Maulidur Rasul 1446H
07/12/2024

Jom... Ramai-ramai Hadir ke Taman-Taman Syurga Allah
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H

01/06/2023
KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI KINI KEMBALI LAGI..Jom... Semua Kariah Taman Scientex Pasir gudang...hadir ke Surau untuk m...
05/12/2022

KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI KINI KEMBALI LAGI..
Jom... Semua Kariah Taman Scientex Pasir gudang...hadir ke Surau untuk menyelesaikan urusan anda dengan pihak TABUNG HAJI..

09/11/2022

Penjelasan Isu Tular Produk Minuman Jenama Nutri Malt

Berdasarkan semakan pihak kami terhadap status halal produk minuman jenama Nutri Malt keluaran syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad yang tular di media sosial tersebut, ianya TIDAK MEMILIKI dan TIDAK LAYAK untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Hal ini bertepatan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 Klausa 6 (2):-

"Syarikat yang mengeluar dan/atau mengedar produk halal dan tidak halal (termasuklah perkhidmatan penghantaran makanan) TIDAK LAYAK untuk memohon pensijilan halal Malaysia."

Untuk maklum balas lanjut berkaitan hukum hakam, boleh rujuk pandangan Pejabat M***i Wilayah Persekutuan di:-

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3572-bayan-linnas-siri-ke-198-produk-minuman-yang-menyerupai-arak

Selaku pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia, kami menyarankan agar umat Islam memilih produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana ia bukan sahaja dijamin halal tetapi toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Bagi memudahkan pengguna membuat semakan status halal produk atau premis makanan di luar sana, berikut disertakan panduan penuh bagi tujuan berkenaan melalui pautan-pautan berikut:-

✳️ Portal Rasmi Halal Malaysia:-

https://tinyurl.com/yujuuxch

✳️ Aplikasi Telefon Pintar SmartHalal:-

https://tinyurl.com/2cyjz3jx

✳️ Aplikasi Telefon Pintar Verify Halal:-

https://tinyurl.com/wvu5tmdn

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:-

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.744506395708636&type=3

Terima kasih.

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

📧 [email protected]
☎ 03-8892 5000/1
13 Rabiulakhir 1444 H
08 November 2022 M



07/11/2022

🌖🌗 *PROGRAM SOLAT GERHANA BULAN & KHUTBAH GERHANA 1444H* 🌓🌔
*SURAU JUMAAT DARUSSALAM*

📆 *TARIKH : 13 RABIULAKHIR 1444H/ 08 NOVEMBER 2022*
🌎 *HARI : SELASA*
⏰ *MASA : 6.52 PETANG*

*ATURCARA MAJLIS*
👉 1️⃣ Solat Maghrib Berjemaah
👉 2️⃣ Solat Sunat Gerhana
👉 3️⃣ Khutbah Gerhana
👉 4️⃣ Solat Isyak Berjemaah
👉 5️⃣ Edaran Jamuan / Bersurai

*SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR*

Send a message to learn more

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH 2022M/1444HGerhana Bulan Penuh berlaku apabila orbit Bulan melintasi masuk ke dalam bayang-...
07/11/2022

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH 2022M/1444H

Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila orbit Bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang Bumi yang dipanggil umbra. Di dalam keadaan ini, Bumi akan berada di antara Bulan dan Matahari di dalam kedudukan tepat sebaris.

Allah SWT berfirman dalam surah Yaasin ayat 40 ;

لَا ٱلشَّمۡسُ یَنۢبَغِی لَهَاۤ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّیۡلُ سَابِقُ ٱلنَّهَارِۚ وَكُلࣱّ فِی فَلَكࣲ یَسۡبَحُونَ﴿ ٤٠ ﴾

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam p**a tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Pada waktu Maghrib, 8 Nov 2022M, di kawasan semenanjung Malaysia khususnya Negeri Johor kita akan dapat menyaksikan kemuncak fenomena Gerhana Bulan Penuh.

Kejadian ini akan berlaku ketika Bulan sedang terbit di ufuk timur pada waktu Maghrib dan tamat selepas waktu Isya’.

Umat islam disyariatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan.

Seluruh masjid dan surau dalam Negeri Johor akan menunaikan solat sunat gerhana bulan secara berjamaah dan diikuti dengan 2 khutbah pada waktu antara maghrib dan isyak.

Muslimin dan muslimat dipersilakan hadir di masjid / surau berdekatan tempat masing-masing.

Assalamualaikum semua...Jom Ramai-ramai hadir... 50 orang terawal yg buka akaun baharu utk diri sendiri atau anak-anak t...
05/09/2022

Assalamualaikum semua...
Jom Ramai-ramai hadir... 50 orang terawal yg buka akaun baharu utk diri sendiri atau anak-anak tidak akan dikenakan apa2 byrn...

Program MingguanYasin &  TahlilAlhamdulillah...  Program ini telah berjaya dijalankan...  Kehadiran anak-anak dalam turu...
11/08/2022

Program Mingguan
Yasin & Tahlil

Alhamdulillah... Program ini telah berjaya dijalankan... Kehadiran anak-anak dalam turut serta bg mengimarahkan lagi program ini amat-amat membanggakan.. Mereka telah disusun atur untuk duduk dengan tertib di bahagian tengah saf.. Mereka jugalah yang memeriahkan suasana... Terima kasih juga kepada Jemaah-jemaah yang hadir...

Jom penuhkan Saf
JOM ANAK-ANAK SOLAT BERJEMAAH DISURAU

Address

Jalan KENARI UTAMA, TAMAN SCIENTEX
Pasir Gudang
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Darussalam Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Darussalam Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor:

Share

Category