Hal Ehwal Wanita Kelab Rakan Muda Masjid

Hal Ehwal Wanita Kelab Rakan Muda Masjid Unit Hal Ehwal Wanita yang menjaga kebajikan Muslimat di kalangan Mahasiswi Politeknik Ibrahim Sultan

Kelas Mujahidah Discussion 🤍Assalamualaikum sahabat semua,Untuk slot MD kali ini akan membincangkan Kebersihan Wanita ya...
01/09/2022

Kelas Mujahidah Discussion 🤍

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk slot MD kali ini akan membincangkan Kebersihan Wanita yang akan dikupas oleh Ustazah Rohamiah. Di mana? Menariknya kali ini kami bawakan secara bersemuka!

📅 Tarikh: 2/9/2022 (Jumaat )
⌚ Masa: 9:00 pagi
🧕🏻 Penyampai: Ustazah Rohamiah
📖 Tajuk: Kebersihan Wanita
🕌 Bertempat : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

Tunggu apa lagi? Jom semua!

"Peneraju Aspirasi Biah Solehah"

HAL EHWAL WANITA,
KELAB RAKAN MUKA MASJID,
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

1 SEPTEMBER 2022 | 4 SAFAR 1444AH



[SEMBANG HELWA: Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan]Alhamdulillah, Pada 1 April 2022 Jumaat semalam,Unit Hal Ehwal Wanita (HELWA)...
02/04/2022

[SEMBANG HELWA: Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan]

Alhamdulillah, Pada 1 April 2022 Jumaat semalam,Unit Hal Ehwal Wanita (HELWA) Kelab Rakan Muda Masjid dengan kerjasama MT Kerohanian HI-10 telah mengadakan Sembang Ramadhan.Banyak betul kupasan yang disentuh oleh penyampai jemputan kita berkaitan ramadhan.

Kami dari Unit Helwa mengharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai salah satu langkah persedian buat seluruh umat islam yang bakal menyambuat bulan ramadhan yang penuh barakah ini.

"Semoga bulan Ramadan yang mulia ini menjadi bulan yang penuh keberkatan. Semoga dilimpahi kedamaian, kegembiraan dan kesejahteraan. Salam Ramadan."

"Peneraju aspirasi Biah Solehah"

HAL EHWAL WANITA,
KELAB RAKAN MUDA MASJID,
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

2 APRIL 2022 / 30 SYAABAN 1443H




SEMBANG SANTAI: Ahlan Wasahlan Ya Ramadhanالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته🌸Semperna bulan Ramadhan bakal menjelang tiba !...
01/04/2022

SEMBANG SANTAI: Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته🌸
Semperna bulan Ramadhan bakal menjelang tiba !

Helwa KRMM dengan kerjasama MT Kerohanian HI-10 membawakan kupasan menarik dalam perkongsian Sembang Ramadhan seperti ketetapan berikut :

🌼Masa: 9.15 Mlm
🌼Hari: Jumaat (1 April 2022)
🌼Pengisian: Sembang Ramadhan
🌼Jemputan: Ustazah Ummul Hafizah
(Pensyarah Jabatan Pengajian Am P*S)

💫SEMUA MUSLIMAT DAN MUSLIMIN DIJEMPUT HADIR💫

"Peneraju Aspirasi Biah Solehah"

HAL EHWAL WANITA,
KELAB RAKAN MUDA MASJID,
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

1 APRIL 2022/ 29 SYAABAN 1443H




[HELWA MEMORABILLIA]Pada 23 Mac 2022 Rabu yang lepas Hal Ehwal Wanita (HELWA) Kelab Rakan Muda Masjid telah mengadakan H...
27/03/2022

[HELWA MEMORABILLIA]

Pada 23 Mac 2022 Rabu yang lepas Hal Ehwal Wanita (HELWA) Kelab Rakan Muda Masjid telah mengadakan Helwa Memorabillia hasil kerjasama bersama semua ahli muslimat HELWA.Alhamdulillah program dapat berlangsung dengan jayanya.

Untuk pengetahuan semua memorabillia bermaksud kenangan.
Di kesempatan itu program ini bertujuan untuk mengamit sebuah kenangan dan turun menjalinkan ukhuwah fillah dikalangan semua muslimat.

Disamping berkongsi kasih sayang sesama kita. Tidak lupa juga kami untuk memantapkan lagi ilmu kefahaman islam dalam slot game " Pick a question " yang terdiri daripada soalan yang berunsurkan asas-asas agama, perkongsian diri dan banyak lagi.

Program ini secara tidak langsung melakarkan wajah-wajah ceria ketika bertemu dalam mewujudkan ikatan ukhuwah sesama muslimat.

Tuntasnya, kata Iman Ghazali, "Ukhuwah bukan pada indahnya pertemuan, bukan p**a pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doa. Semoga kita sentiasa mendoakan sahabat-sahabat kita biarpun dalam berjauhan.Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjalankan program tersebut.

"Peneraju aspirasi Biah Solehah"

HAL EHWAL WANITA,
KELAB RAKAN MUDA MASJID,
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

27 MAC 2022 / 24 SYAABAN 1443H




[ HELWA KONGSI : AKHLAK MAHMUDAH VS MAZMUMAH ]Akhlak boleh diiertikan sebagai satu keadaan natural di mana kita menzahir...
24/03/2022

[ HELWA KONGSI : AKHLAK MAHMUDAH VS MAZMUMAH ]

Akhlak boleh diiertikan sebagai satu keadaan natural di mana kita menzahirkan tingkah laku dengan spontan tanpa berfikir.

Dalam Islam, akhlak terbahagi kepada dua kategori iaitu akhlak yang terpuji iaitu mahmudah dan mazmumah yang bermaksud sebaliknya.

Dukacita, masalah akhlak pada masa kini amat membimbangkan disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi. Kita perlu mengambil inisiatif untuk mengelakkan dari terjebak dengan peribadi yang tercela.

Bagi seorang muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad SAW kerana sifat-sifat yang ada pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswatun hasanah yakni contoh teladan yang terbaik bagi seluruh muslim yang perlu diteladani.

Allah SWT juga menyebut tentang akhlak Nabi Muhammad SAW di dalam Al Quran sebagaimana firman-Nya di dalam surah Al-Qalam: 4: “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung.”

"Peneraju Aspirasi Biah Solehah"

HAL EHWAL WANITA,
KELAB RAKAN MUDA MASJID,
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

23 MAC 2022 / 20 SYAABAN 1443H





[ HELWA MEMORABILIA🥳]📍 UNTUK MUSLIMAT SAHAJA📍Assalammualaikum,insyaAllah pada Rabu ini Helwa akan mengadakan jamuan maka...
22/03/2022

[ HELWA MEMORABILIA🥳]

📍 UNTUK MUSLIMAT SAHAJA📍
Assalammualaikum,insyaAllah pada Rabu ini Helwa akan mengadakan jamuan makan di rumah Hum untuk mengeratkan lagi hubungan muslimat sesama kita.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Mari bersama pautkan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

🌈🌈🌈🌈🌈

"Peneraju Aspirasi Biah Solehah"

Sebarang maklumat boleh bertanyakan kepada-
🧕🏻 Sufiah
https://wa.me/601139607969



سمارق جاوي✍ستياڤ حال يڠ باءيق ڤستي اکن ممبري کسن يڠ باءيق ڤد ديري کيت دان اورڠ سکليليڠ . ڤرتموان  برسام انسان انسان يڠ ڤ...
18/03/2022

سمارق جاوي✍

ستياڤ حال يڠ باءيق ڤستي اکن ممبري کسن يڠ باءيق ڤد ديري کيت دان اورڠ سکليليڠ .

ڤرتموان برسام انسان انسان يڠ ڤلباݢاي لاتر بلاکڠ جوݢ اداله سبهاݢين انوݢره يڠ تق ترجاڠکاو ديک اکل .

سمواڽ ڤستي ملاکر سبواه حکمه يڠ اينده .

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

خمعة، ٨١ مچ ٢ ٠ ٢ ٢
٥١ شعبان ١ ٤ ٤ ٣ h

#ماري مڽنتوني بهاس جاوي
#هاري جاوي

✨ SELAMAT HARI WANITA ✨🌹 Menjadi wanita itu satu ketetapan. Tetapi menjadi wanita yang solehah itu satu pilihan.  🌹 Yang...
08/03/2022

✨ SELAMAT HARI WANITA ✨

🌹 Menjadi wanita itu satu ketetapan. Tetapi menjadi wanita yang solehah itu satu pilihan.

🌹 Yang terpenting bagi seorang wanita itu adalah harga dirinya. Semakin terjaga dirinya, semakin mulia disisi Allah dan Rasulullah ﷺ.

"Peneraju Aspirasi Biah Solehah"

HAL EHWAL WANITA,
KELAB RAKAN MUDA MASJID,
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.



[HELWA KONGSI : HENTIKAN TREND TAYANG BABY BUMP KETIKA MENGANDUNG]Assalamualaikum wbt💫Wahai ibu mengandung, jagalah aura...
26/02/2022

[HELWA KONGSI : HENTIKAN TREND TAYANG BABY BUMP KETIKA MENGANDUNG]

Assalamualaikum wbt💫

Wahai ibu mengandung, jagalah auratmu. Jangankan kerana pop**ariti kamu menggadaikan maruah perutmu. Pahala buat ibu mengadung sangatlah besar, jangan p**a kamu menonjolkan sehingga hilang keberkahan itu.

Walau apapun, tahniah kerana kamu insan yang kuat mengandungkan seorang insan didalam kandungmu. Moga anakmu itu dilahirkan dalam rahmat Allah yang melimpah-ruah.

"Peneraju Aspirasi Biah Solehah"

HAL EHWAL WANITA,
KELAB RAKAN MUDA MASJID,
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.




*سمارق جاوي: ايمان*🌸سچارا ريڠكسڽ، ايمان ممباوا مقصود ڤرچاي دري سڬي بهاس. دالم كونتيك س لاين د كالڠن اومت اسلام، ايمان مم...
25/02/2022

*سمارق جاوي: ايمان*🌸

سچارا ريڠكسڽ، ايمان ممباوا مقصود ڤرچاي دري سڬي بهاس. دالم كونتيك س لاين د كالڠن اومت اسلام، ايمان ممباوا مقصود مڠاكو دڠن ليده، ممبنركن دڠن هاتي دان مڠمالكنڽ دڠن اڠڬوتا. اين جوڬ ممباوا مقصود سساورڠ يڠ مڠاكو دڠن ليدهڽ مڠناءي كاساان دان ككواسأن الله، مستيله ممبنركنڽ دڠن هاتي دان ملقساناكن سڬالا ڤرينته-ڽ سرتا منيڠڬلكن لارڠن-ڽ. د دالم اسلام، ترداڤت ٦ داسر اساس كڤرچايأن يڠ دكنلي سباڬاي روكون ايمان.

ڤرچاي كڤد الله
ڤرچاي كڤد ملائكة-ملائكة
ڤرچاي كڤد كتاب-كتاب
ڤرچاي كڤد نبي-نبي دان رسول-رسول
ڤرچاي كڤد هاري اخيرة
ڤرچاي كڤد قضاءء دان قدر

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
خمعة ٦٥ فيبرواري ٢ ٠ ٢ ٢
/ ٢٣ رجب ١ ٤ ٤ ٣ h

https://linktr.ee/helwakrmm

#ماري مڽنتوني بهاس جاوي
#هاري جاوي

22/02/2022

[EKSPLORASI SRIKANDI ISLAM: HAFSAH BINTI UMAR]

Assalamualaikum wbt🌹
Kali ini kita bersama serikandi Hafsah binti Umar?

Jom menelusuri kisah beliau yang merupakan puteri kepada Umar al-Khattab, sahabat Nabi yang terkemuka. Bondanya ialah Zainab binti Mazh’un

Tahu tau tak? Sejak kecil lagi, beliau sangatlah menekuni ilmu sastera. Tekun belajar membaca dan menulis. Kesungguhannya menjadikan dirinya antara wanita Quraisy yang paling fasih berbicara, bersenikan sastera indah.

Hebatkan beliau? Hah jom terus dengarkan perkongsian dari helwa untuk lebih lagi!

"Peneraju Aspirasi Biah Solehah"

HAL EHWAL WANITA,
KELAB RAKAN MUDA MASJID,
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.





سمارق جاوي: برسيهكن هاتيلومره ماءنسي دلاهيرکن دڠن سکڤيڠ هاتي ٫  يڠ نامڽ هاتي اين ڤستي کن ڤرنه مراساي ديري دساکيتي .  دان...
18/02/2022

سمارق جاوي: برسيهكن هاتي

لومره ماءنسي دلاهيرکن دڠن سکڤيڠ هاتي ٫ يڠ نامڽ هاتي اين ڤستي کن ڤرنه مراساي ديري دساکيتي . دان بيلا کيت بيارکن ٫ لاما کلاماءن هاتي يڠ ترهيريس اکن منجادي لبيه تروق انداي تيدق دراوت دان دچوچي دڠن برسيه .

ڤراساءن ايري هاتي ڤولا ساله ساتو ۏيروس يڠ اکن ملکت بيلامان هاتي ترلالو لاما تيدق دراوت .

يڠ نامڽ ڤميليق هاتي مستي ايڠينکن هاتي يڠ تينڠ دالم سݢالا حال . سوده تنتو ذكرالله سباءيق-باءيق ڤڠوبت هاتي يڠ حقيقي .

موݢ کيت منجادي انسان يڠ ڤوسيتيف ٫ برمنفعت اونتوق اورڠ لاءين .

🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂
خمعة ١ ٨ فيبرواري ٢ ٠ ٢ ٢
/ ١ ٦ رجب ١ ٤ ٤ ٣ h

#ماري مڽنتوني بهاس جاوي
#هاري جاوي

Address

Pasir Gudang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hal Ehwal Wanita Kelab Rakan Muda Masjid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Hal Ehwal Wanita Kelab Rakan Muda Masjid:

Share