NFS Beuty

NFS Beuty Amalkan gaya hidup SIHAT
Kehidupan yg baik ialah CARA hidup yg SIHAT
MENCEGAH lebih baik dari MERAWAT �

Kita sering mengikuti majlis bacaan yaasin samada di masjid atau surau. Ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sewak...
22/04/2022

Kita sering mengikuti majlis bacaan yaasin samada di masjid atau surau. Ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu kita membaca sendiri di rumah kerana ada ayat yang dibaca berulang kali sedangkan di rumah kita hanya baca sekali. Mungkin disebabkan kita sendiri tidak mengetahui tentang rahsia ayat 58 dalam surah yaasin.

Kepada sesiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik.

Insyaa-Allah dengan izinnya Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua atau sebahagian hajat kita akan dikabulkan.

Baca dan bunyinya begini:

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
‘SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM’

Rahsia Surah Yaasin

Membaca Surah Yaasin
Anda bolehlah niatkan seperti berikut:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku, dosa saudara-maraku dan dosa kaum muslimin yang lain.

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan kepadaku isteri atau suami serta anak-anak yang soleh / solehah dan mencintai agamaMu Ya Allah.

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yang baik serta kejayaan didunia dan akhirat.

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan segala hajatku dan juga pemberi maklumat yang aku perolehi ini.

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat hasad dengki, khianat dan munafiq.

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin.

7. YA-ALLAH YA-ZALJALAA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Rahsia Surah Yaasin ayat 58
Surah Yaasin boleh dibaca beramai-ramai atau sendirian

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan ilmu atau pengetahuan dakwah ini kepada keluarga, saudara mara, sahabat anda dan sesiapa sahaja seramai yang boleh dengan apa cara sekalipun. Zaman serba moden ini, kita mampu menyampaikan apa yang kita tahu hanya melalui hujung jari kita.

Allahumma Ya ALLAH, tanamkan di hati kami perasaan senantiasa rindu kepada-Mu, sentiasa ingatkan kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hambaMu tidak tertipu dengan nikmat dunia yang sementara ini.

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetap berada dijalan-Mu hingga ke akhir hayat kami. Aamiin Ya Rabbal’alamin.

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami dan berikanlah kami hidayah-Mu supaya kami sentiasa dekat kepada-Mu hingga ke akhir hayat.

Aamiin Ya Rabbal A’alamin.

Kata orang ....Xkan ada yg sama seperti AYAH n IBU KANDUNG SENDIRIWalau segarang manapun mereka,Garang mereka sebab SAYA...
31/07/2021

Kata orang ....

Xkan ada yg sama seperti AYAH n IBU KANDUNG SENDIRI
Walau segarang manapun mereka,
Garang mereka sebab SAYANG ANAK.

Xkan ada sesiapa pun dapat menggantikan atau sekelumit cara yg sama KASIH SAYANG mereka 🥲

Rindu pd yg hidup msh dpt mengar kata,Rindu pd yg xde bernyawa?Hanya mampu linangan sendu airmata
31/07/2021

Rindu pd yg hidup msh dpt mengar kata,
Rindu pd yg xde bernyawa?
Hanya mampu linangan sendu airmata


20 Nama-nama hari kiamat menurut Al Quran1. Yaumul Ba'ats (Hari Kebangkitan)2. Yaumul Hisab (Hari Perhitungan)3. Yaumud ...
31/07/2021

20 Nama-nama hari kiamat menurut Al Quran

1. Yaumul Ba'ats (Hari Kebangkitan)
2. Yaumul Hisab (Hari Perhitungan)
3. Yaumud Din (Hari Pembalasan)
4. Yaumul Hasrah (Hari Penyesalan)
5. Yaumu As-Sa'ah (Hari yang Menentukan)
6. Yaumut Tanad (Hari Saling Memanggil)
7. Yaumul Fash (Hari Pemisahan atau Keputusan)
8. Yaumul Jama' (Hari Berkumpul)
9. Yaumul Wa'id (Hari yang Dijanjikan)
10. Yaumul Khulud (Hari yang Kekal)
11. Yaumul Khuruj (Hari Dikeluarkan dari Kubur)
12. Yaumul 'Asir (Hari yang Sulit)
13. Al-Qari'ah (Ketukan Keras)
14. Al-Azifah (Suatu yang Dekat)
15. Ash-Shakhkhah (Teriakan)
16. Al Haqqah (yang Pasti)
17. Ath Thammatul Kubra (Bencana Besar)
18. Al-Waqi'ah (Hari Kiamat)
19. Darul Qarar (Tempat Kembali)
20. Ad Darul Akhirah (Negeri Akhirat)

Semoga Urusan Kita dipermudahkan di Hari Kiamat kelak

Aamiin 🤲

ASSALAMUALAIKUMTAZKIRAH HATI UNTUK HATIAIR KELAPA PENAWAR SIHIRSekali minum 3 biji sekaligusTuang air kelapa 3 biji dala...
30/07/2021

ASSALAMUALAIKUM

TAZKIRAH HATI UNTUK HATI

AIR KELAPA PENAWAR SIHIR

Sekali minum 3 biji sekaligus

Tuang air kelapa 3 biji dalam jug
Bancuh dgn 1 sudu teh garam

Baca Al-Faithah 1x,
ayat Kursi 1x,
3 Qul,
salawat 11x,
niat "Ya Allah dgn kuasaMu Ya Allah bersihkanlah semua barang kotor zahir dan batin dalam badanku ini Ya Allah asbab air kelapa ini, Amin YRA"

Amal 3 hari berturut, jam 6 ptg

Kalau muntah masa minum petanda bagus. Kalau tak muntah, nnt cirit birit atau keluar dgn kencing.

Maksud KELUAR ialah keluar barang kotor dalam bentuk muntah dan najis.

Selamat beramal kpd saudara seIslamku.

Bersama kita mencegah sihir dan bebas sihir!

(TINTA JIHAD)
(MAC KEL)

TUJUH ZIKIR PEMBUKA REZEKI AMALAN RASULULLAHApa saja yang ALLAH anugerahkan pada manusia berupa rahmat, maka tidak ada s...
30/07/2021

TUJUH ZIKIR PEMBUKA REZEKI
AMALAN RASULULLAH

Apa saja yang ALLAH anugerahkan pada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun boleh menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh ALLAH, maka tidak seorang pun sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana
QS Fathir:2

Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan zikir ini:

1.Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

"Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah". (HR. At-Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin
Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

"Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur." (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim
Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

"Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas

"Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi'ah
"Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi
Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat."

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan beristighfar
"Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Juga, amalkan membaca doa murah rezeki ini:

Ya ALLAH,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami

Ya ALLAH,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.

Ya ALLAH,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Semoga ALLAH memakbulkan doa kita semua. Semoga bermanfaat Insyaallah

Aamiin...🌹

5 ZIKIR HARIAN YANG PALING DICINTAI ALLAH● Pertama, berzikir dengan kalimah “Laa Ilaaha Illallahu Wahdahu La Syarikalah ...
07/05/2021

5 ZIKIR HARIAN YANG PALING DICINTAI ALLAH

● Pertama, berzikir dengan kalimah “Laa Ilaaha Illallahu Wahdahu La Syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Wa Huwa Alaa Kulli Syaiin Qadir,” sebanyak seratus kali dalam sehari.

مَنْ قَالَ لا إلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ ؛ وَلَهُ الحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، عَشْرَ مَرَّاتٍ . كَانَ كَمَنْ أعْتَقَ أرْبَعَةَ أنْفُسٍ منْ وَلَدِ إسْمَاعِيلَ

“Sesiapa mengucapkan LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR (tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya) sebanyak sepuluh kali, maka ia seperti orang yang telah memerdekakan empat jiwa dari anak keturunan Isma’il.” (Hadis Bukhari, no. 6404 dan Muslim, no. 2693)

● Kedua, membaca subhanallah wa bihamdihi setiap hari sebanyak 100 kali.

مَن قال: سبحانَ اللهِ وبِحَمدِهِ، في يَومٍ مِئةَ مَرَّةٍ، حُطَّتْ خطاياه، وإنْ كانتْ مِثلَ زَبَدِ البَحرِ

“Dan, sesiapa yang membaca subhanallah wabihamdihi setiap hari sebanyak 100 kali, maka baginya akan dihapuskan segala dosa walaupun dosanya bagaikan buih di lautan.'' (Muttafaq alaih).

● Ketiga, ucapkan laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

ألَا أدُلُّكَ علَى كَلِمَةٍ هي كَنْزٌ مِن كُنُوزِ الجَنَّةِ؟ لا حَوْلَ ولَا قُوَّةَ إلَّا باللَّهِ

"Tidakkah kamu mahu aku tunjuki salah satu harta simpanan di syurga? Laa haula wa laa quwwata illaa billaah.” (Hadis Al-Bukhari dan Muslim).

● Keempat, beristighfar.

إنَّهُ ليُغانُ على قَلبي، وإنِّي لأستغفِرُ اللَّهَ في كلِّ يومٍ مائةَ مَرَّةٍ

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya benar-benar terhalang atas hatiku dan sungguh aku benar-benar beristighfar kepada Allah di dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Hadis Muslim).

● Kelima, berdzikir dengan Kalimah, subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar.

أَنْ أَقُولَ سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، أَحَبُّ إِلَيَّ ممَّا طَلَعَتْ عليه الشَّمْسُ

Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah saw bersabda, 'Sesungguhnya membaca subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari.” (Hadis Muslim).

Sumber : Dato Dr Hasan bin Mohamed Ali

Hakikat hidup adakalanya menuntut untuk bersusah payah dahulu untuk mendapatkan bahagia.Itulah lumrah kehidupan ..Kerana...
07/05/2021

Hakikat hidup adakalanya menuntut untuk bersusah payah dahulu untuk mendapatkan bahagia.

Itulah lumrah kehidupan ..
Kerana, untuk mendapatkan syurga Allah bukanlah mudah.

Sabarlah hati, tenanglah jiwa.

Andai lemah kerana manusia, Bangkitlah kerana Allah.

Tahukah kamu?

Biarpun pedih, sabar itu penyembuhnya.
Walaupun pahit, redha adalah penawarnya.

Moga kamu sentiasa tenang mengharungi setiap ujian yang menimpa.

Anggap saja ni adalah satu jalan untuk kamu lebih faham erti kehidupan.

Anggap saja ini adalah satu jalan untuk kamu mengambil pengajaran.

Anggap saja ini adalah satu jalan untuk Tuhan mengurniakan kamu kekuatan.

Allah beri kamu kecewa supaya satu hari nanti kamu mampu bantu orang yang dikecewa.

Allah beri kamu kecewa supaya kamu belajar p**a untuk tidak mengecewakan orang lain.

Kadangkala kecewa itu perlu ada untuk menyedarkan diri bahawa ada yang perlu diubah.

Kadangkala kecewa itu perlu ada untuk perbaiki diri.

Hidup ini adalah tentang menerima hakikat sesuatu keadaan itu tidak akan kekal selamanya.

Saat manusia membuat kamu terluka, sedarlah ada Allah yang sentiasa memberimu bahagia.

Berdoalah kepada-Nya ..

Mohonlah hati yang kuat dan tabah.
Semoga sengsara menjadi mudah.
Semoga lelah menjadi hikmah.

"..Ya Allah, jika hari ini aku kecewa tolong sedarkanku bahawa aturanMu lebih indah dari impian ku"

Biarlah orang lain tidak tahu kesusahan hidupmu.

Bila ujian sangat sukar datang menguji diri.

Ingatlah bahawa Allah sedang mendidik kita tentang erti sabar dan bersangka baik pada setiap aturan-Nya.

Alhamdulillah ♥️

23/04/2021

12 KUNCI AWET MUDA⁣

1. TIDAK MEMBENCI⁣
Jangan sekali-kali membenci seseorang walaupun dia berbuat kesalahan kepadamu tetapi doakan dia untuk berubah dan menjadi baik⁣

2. TIDAK BERKELUH KESAH⁣
Jangan berkeluh kesah karena apa yang kita alami sebuah proses untuk kita menjadi lebih dewasa dalam banyak hal ,sebaliknya perbanyaklah berdoa kepada Tuhan.⁣

3. HIDUP SEDERHANA⁣
Hidup sederhana walaupun punya kedudukan tinggi & harta melimpah karena apa yang kita terima semuanya titipan ⁣

4. BERPRASANGKA BAIK⁣
Senantiasa berfikir positif meskipun kerap ditimpa musibah karena dari setiap persoalan kita dapat merasakan bahwa Tuhan tidak pernah memberi cobaan melebihi kekuatan kita⁣

5. SELALU TERSENYUM⁣
Senyumlah walaupun hati terluka karena hinaan orang dengan satu pemahaman vkita mengampuni dia karena dia tidak tau apa yang dia perkatakan kepada kita .⁣

6. SELALU MEMBERI⁣
Gemar memberi dan berbagi walaupun kita tidak berlebih karena kita sesungguhnya bendahara Tuhan didunia ini .⁣

7. BERDOA TANPA SEPENGETAHUAN MEREKA⁣
Jangan lelah dan jemu jemu selalu mendoakan sahabat-sahabat kita untuk kebaikan mereka tanpa sepengetahuannya.⁣

8. TIDAK DENGKI & IRI HATI⁣
Jangan iri & dengki dengan kejayaan dan kesuksesan teman-teman anda, karena setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih dalam hidup ini , sehingga kita tidak perlu iri⁣

9. MUDAH MEMAAFKAN⁣
Jangan merasa malas dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain, karena terdapat kelegaan dan ketenangan dalam kita memaafkan⁣

10. HINDARI PERMUSUHAN⁣
Jangan menganggap orang yang berbeda pendapat sebagai lawan, karena sesungguhnya dia tetap saudara kita yang kita kasih dan sayangi⁣

11. BANYAK MEMBACA AL-QUR'AN⁣
Sebaik baik bacaan adalah Al-Qur'an. Beribu-ribu keutamaan dalam membaca Al-Qur'an. Setiap satu huruf ada 10 pahala dan disaksikan oleh malaikat. Rumah yang dibacakan Al-Qur'an akan terhindar dari syetan⁣

12. BANYAK MEMBACA SELAWAT⁣
Selawat itu lebih ampuh dari pada segala mantra yang kita miliki. Tidak ada yang bisa mengalahkan keampuhannya daripada sholawat. Semakin banyak dibaca, semakin banyak kebaikannya.⁣

Amalkan
In shaa Allah.

Aamiin...🌹

Nabi sallalLahu 'alayhi wa sallam bersabda: ‎إِنَّ لِلَّهِ عِنْدَ كُلِّ فِطْرٍ عُتَقَاءَ ، وَذَلِكَ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ"S...
23/04/2021

Nabi sallalLahu 'alayhi wa sallam bersabda:

‎إِنَّ لِلَّهِ عِنْدَ كُلِّ فِطْرٍ عُتَقَاءَ ، وَذَلِكَ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ

"Sesungguhnya ada hamba-hamba Allah yang dibebaskan dari api neraka pada setiap kali waktu berbuka, dan begitu juga pada setiap malam."

Riwayat Ahmad & Ibn Majah (Sahih)

Justeru itu, mari perbanyakkan do'a:

اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ عُتَقَائِكَ مِنَ النَّار

Allahummaj'alna min 'utaqaaika minan nar

"Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan mereka yang Engkau bebaskan dari api neraka."

اللَّهُمَّ أَعْتِقْ رِقَابَنَا مِنَ النَّار

Allahumma a'tiq riqobana minan nar

"Ya Allah, bebaskanlah kami daripada belenggu api neraka."

Aamiin...🌹

Address

Parit Raja

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NFS Beuty posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to NFS Beuty:

Share