Surau Ar-Rahman Parit Rasipan

Surau Ar-Rahman Parit Rasipan Ilmu, Iman & Amal

10/06/2022

GEL LUTUS V2 VIRAL

Gel Lutus V2 ini diformulasi secara berakali dengan sistem TEKNOLOGI NANO yang meresap dengan pantas ke dalam kulit.

Gel ini menggunakan ramuan campuran dari HABBATUS SAUDA, ALOE VERA, HALIA, BAWANG PUTIH, CENGKIH, VITAMIN C, VITAMIN E tanpa bahan kimia.

Dengan izin Allah Gel Lutus V2 ini boleh membantu menyelesaikan masalah SAKIT LUTUT, SAKIT TUMIT, KEBAS, SAKIT SENDI, SLIP DISK, MIGRAIN, SENGGUGUT & lainยฒ Inshallah.

Dapatkan Gel Lutus V2
๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://bit.ly/3Hdemre

31/07/2021

โฐ Jadual Waktu Solat Hari Ini โฐ
๐Ÿ“ Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas Johor (Johor)
๐Ÿ—“ Ahad, 01/08/2021
๐ŸŒŸ 22 Zulhijjah 1442H

๐ŸŒฅ Imsak : 05:48AM
โ›…๏ธ Subuh : 05:58AM
๐ŸŒค Syuruk : 07:09AM
๐ŸŒž Zohor : 01:18PM
โ˜€๏ธ Asar : 04:39PM
๐ŸŒ™ Maghrib : 07:23PM
โญ๏ธ Isyak : 08:36PM

Selamat menunaikan solat fardhu! ๐Ÿ˜„

๐ŸŒป Assalamualaikum dan Selamat Pagi ๐ŸŒปBismillahirrahmanirrahim...ูŠูŽุง ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุฃูŽุนู’ุชูŽุฑูŽูู’ู†ูŽุง ุจูุฃูŽู†ู‘ูŽู†ูŽุง ุฃูŽู‚ู’ุชูŽุฑูŽูู’ู†ูŽุงWahai ...
30/07/2021

๐ŸŒป Assalamualaikum dan Selamat Pagi ๐ŸŒป

Bismillahirrahmanirrahim...

ูŠูŽุง ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุฃูŽุนู’ุชูŽุฑูŽูู’ู†ูŽุง ุจูุฃูŽู†ู‘ูŽู†ูŽุง ุฃูŽู‚ู’ุชูŽุฑูŽูู’ู†ูŽุง
Wahai Tuhan Kami, Kami Mengaku Bahawa Sesungguhnya Kami Telah Melakukan Dosa

ูˆูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู†ูŽุง ุฃูŽุณู’ุฑูŽูู’ู†ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ู„ูŽุธูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู’ู†ูŽุง
Dan Bahawa Kami Telah Melampaui Batas Mendekati Ke Neraka

ููŽุชูุจู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ุชูŽูˆู’ุจูŽุฉู‹ ุชูŽุบู’ุณูู„ู ู„ููƒูู„ู‘ู ุญูŽูˆู’ุจูŽุฉู‹
Maka Terimalah Taubat Kami Yang Membersihkan Segala Dosa

ูˆูŽ ุณู’ุชูุฑู’ ู„ูŽู†ูŽุง ุงู„ู’ุนูŽูˆู’ุฑูŽุงุชู ูˆูŽ ุขู…ูู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽูˆู’ุนูŽุงุชู
Dan Lindungilah Bagi Kami Segala Keaiban Dan Tenangkanlah Kami Dari Segala Kerisauan

ูˆูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููˆูŽุงู„ูุฏููŠู’ู†ูŽุง ุฑูŽุจู‘ู ูˆูŽ ู…ูŽูˆู’ู„ููˆู’ุฏููŠู’ู†ูŽุง
Dan Ampunilah Kedua Ibu-Bapa Kami Dan Juga Anak-Anak Kami

ูˆูŽ ุงู„ู’ุขู„ู ูˆูŽ ุงู„ู’ุฃ ูุฎู’ูˆุงูŽู†ู ูˆูŽ ุณูŽุงุฆูุฑู ุงู„ู’ุฎูู„ู‘ูŽุงู†ู
Dan Semua Sanak Saudara Kami
Dan Sahabat Handai Kami

Semoga video ini bermanfaat kepada kita semua dan semoga Allah SWT merahmati kehidupan kita dunia akhirat.

Aamiin Ya Rabbal A'laamiin๐ŸŒท

Tazkirah Pagi
JOIN: t.me/JohorCovid19


31 JULAI 2021

PERKEMBANGAN COVID-19 NEGERI JOHOR Bersama Membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani Wabak COVID-19 khususnya di Negeri Johor. One Stop Information Centre For COVID-19 in Johor. Channel By t.me/Covid19Johor

29/07/2021

*โ˜†ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูโ˜†*
*PEDOMAN*
Abu Hurairah menyebutkan bahawa Nabi ๏ทบ bersabda:

ูŠูŽุนู’ู‚ูุฏู ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู‚ูŽุงูููŠูŽุฉู ุฑูŽุฃู’ุณู ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุซูŽู„ูŽุงุซูŽ ุนูู‚ูŽุฏู ุฅูุฐูŽุง ู†ูŽุงู…ูŽ ุจููƒูู„ู‘ู ุนูู‚ู’ุฏูŽุฉู ูŠูŽุถู’ุฑูุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ู„ูŽูŠู’ู„ู‹ุง ุทูŽูˆููŠู„ู‹ุง ููŽุฅูุฐูŽุง ุงุณู’ุชูŽูŠู’ู‚ูŽุธูŽ ููŽุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุงู†ู’ุญูŽู„ู‘ูŽุชู’ ุนูู‚ู’ุฏูŽุฉูŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃูŽ ุงู†ู’ุญูŽู„ู‘ูŽุชู’ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูู‚ู’ุฏูŽุชูŽุงู†ู ููŽุฅูุฐูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู†ู’ุญูŽู„ู‘ูŽุชู’ ุงู„ู’ุนูู‚ูŽุฏู ููŽุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽ ู†ูŽุดููŠุทู‹ุง ุทูŽูŠู‘ูุจูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽูู’ุณู ูˆูŽุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽ ุฎูŽุจููŠุซูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽูู’ุณู ูƒูŽุณู’ู„ูŽุงู†ูŽ.

_"Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang dari kalian saat ia tidur dengan tiga ikatan. Dengan setiap ikatan ia akan membisikkan padamu bahawa malam masih panjang. Jika ia terbangun lalu berzikir kepada Allah, lepaslah satu ikatan, jika ia berwudhu' maka lepaslah dua ikatan. Dan jika ia melanjutkan dengan solat, maka lepaslah seluruh ikatan itu, sehingga pada pagi harinya ia mulai dengan penuh semangat dan jiwanya pun sihat. Namun jika tidak, maka dia akan memasuki waktu pagi dengan jiwa yang keji dan penuh kemalasan"._
*_(Riwayat Muslim)_*

MUTIARA KATA
ยฐยฐ
Sabar, ceritamu telah ditulis oleh penulis terbaik.

26/07/2021

*โ˜†ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูโ˜†*
*PEDOMAN*
Terkadang seseorang enggan untuk bersedekah dengan memberi alasan bahawa mereka sendiri pun sedang memerlukan sehingga tidak dapat bersedekah. Ada juga yang merasa dirinya belum berkewajiban sedekah kerana merasa harta yang dimilikinya masih sedikit. Asma' R.ha menyebutkan bahawa Nabi ๏ทบ memberitahu kepadanya:

ู„ูŽุง ุชููˆูƒููŠ ููŽูŠููˆูƒูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒู.

_"Janganlah kamu tahan tanganmu dari berinfaq kerana takut miskin, sebab nanti Allah menyempitkan rezeki bagimu."_
*_(Riwayat Muslim)_*

Banyak sekali alasan yang dilontarkan oleh orang-orang untuk membenarkan perbuatannya. Hal ini tentunya tak luput dari tipu daya syaitan. Mereka mempengaruhi manusia agar menahan diri dari bersedekah dan meyakinkan manusia bahawa dengan bersedekah dapat mendatangkan kemiskinan.

MUTIARA KATA
ยฐยฐ
Teruslah menghukum, jika kau merasa kau yang paling mulia.

25/07/2021

*โ˜†ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูโ˜†*
*PEDOMAN*
Seperti mana waktu berubah sangat cepat, begitu juga dengan hati boleh berubah dalam jangka waktu tidak sampai sehari. Rasulullah ๏ทบ bersabda:

ุจูŽุงุฏูุฑููˆุง ุจูุงู„ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ููุชูŽู†ู‹ุง ูƒูŽู‚ูุทูŽุนู ุงู„ู„ูŽู‘ูŠู’ู„ู ุงู„ู’ู…ูุธู’ู„ูู…ู ูŠูุตู’ุจูุญู ุงู„ุฑูŽู‘ุฌูู„ู ู…ูุคู’ู…ูู†ู‹ุง ูˆูŽูŠูู…ู’ุณูู‰ ูƒูŽุงููุฑู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ูŠูู…ู’ุณูู‰ ู…ูุคู’ู…ูู†ู‹ุง ูˆูŽูŠูุตู’ุจูุญู ูƒูŽุงููุฑู‹ุง ูŠูŽุจููŠุนู ุฏููŠู†ูŽู‡ู ุจูุนูŽุฑูŽุถู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง

_"Bersegeralah melakukan amalan soleh sebelum datang fitnah (musibah) seperti potongan malam yang gelap. Iaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan di petang hari dalam keadaan kafir. Ada p**a yang petang hari dalam keadaan beriman dan di pagi hari dalam keadaan kafir. Ia menjual agamanya kerana sedikit dari keuntungan dunia"._
*_(Riwayat Muslim)_*

Hadith ini memotivasi kita agar bersegera untuk beramal sebelum datang waktu di mana kita tidak mampu beramal lagi dalam keadaan berbagai musibah melanda.

MUTIARA KATA
ยฐยฐ
Dunia akan kelihatan semakin kecil dari jendela hati yang sudah semakin dekat dengan Allah. Yang menghalang kebesaran Allah masuk ke dalam hati adalah kebesaran dunia yang sudah bertapak di dalamnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/12656/KHAS/Pendapat/duit-masjid
20/07/2021

https://www.sinarharian.com.my/article/12656/KHAS/Pendapat/duit-masjid

BARU-BARU ini kekesalan yang diluahkan oleh Datuk Osman Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengenai terdapat sebilangan masjid di negeri itu tidak membelanjakan wang kutipan tabung masing-masing sehingga ada tabungan mencecah hampir RM1 juta.

19/07/2021
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-163: KEPENTINGAN MEMPELAJARI AL-QURAN
18/07/2021

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-163: KEPENTINGAN MEMPELAJARI AL-QURAN

ย  Soalan: Apakah terdapat hadith berkaitan kepentingan mempelajari al-Quran? ย  Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah bagi...

16/07/2021

SUATU KETIKA MENJELANG HARI RAYA KORBAN, MASA MENGISI PETROL.

"Bang, cuci cermin?" Ujar pam attendan Shell pada aku.
"Oh ok."
"Nama siapa?" Tanyaku.
"Ibrahim."
"Sedap nama awak. Macam nama nabi Ibrahim."
Dia senyum.
"Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya bagi nama Ibrahim."

"Abang ada korban tahun ini?"
"Takda."
"Kamu?" Tanyaku..!
"Ada bang. Tiap tiap tahun, buat..."
"Wahhh ... hebat. Banyak duit kamu?"

"Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup. Tapi saya simpan tiap tiap bulan."
"Alhamdulillah."
"Saya sayang nabi. Sebab nabi bagi saya agama."
Terkedu. Aku diam. Insaf.

Aku tenung wajahnya dalam dalam, saat dia menghabiskan mencuci cermin keretaku. Terlihat aku kejernihan. Kesungguhan dan kesolehan yang lekat diwajah nya.

Seorang yang bergaji RM1,200 mencintai nabinya! Kita..!?
Aku letak pam. Hulur RM5.
Terima kasih. Kerana cuci cermin saya dan cuci hati saya.

Dalam kereta, tak sedar aku titiskan jua airmata lelaki ku yang jauh tersembunyi dalam kolam ruh nya yang hampir kering.
๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ
Malu kpd diri sendiri. Kereta ada 2 biji, motor ada sebiji. Roadtax boleh hidup tiap tahun.
Korban? Tak cukup duit.. Allahuakbar...

15/07/2021

Satu Rumah Satu Ibadah Korban

ุนูŽู†ู’ ู…ูุฎู’ู†ูŽูู ุจู’ู†ู ุณูู„ูŽูŠู’ู…ู ูƒูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽู‚ููˆูู‹ุง ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุจูุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฅูู†ู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุจูŽูŠู’ุชู ูููŠ ูƒูู„ู‘ู ุนูŽุงู…ู ุฃูุถู’ุญููŠู‘ูŽุฉ

Daripada Mikhnaf bin Sulaim, kami berwukuf di Arafah bersama Rasulullah SAW dan aku mendengar baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya keatas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap setahun" (HR Ibnu Majah No: 3116) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak beranggapan, Ibadah korban adalah sunat kifayah bagi setiap rumah (suatu sunat yang amat dituntut). Dalam mazhab Syafie ibadat korban ini sunat Muakkad.

2. Bagi Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan

3. Ibadat korban ini adalah sebahagian dari syiar agama sebagai memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. Melaksanakan ibadat ini akan membangkitkan kesedaran untuk sentiasa membelanjakan harta dan berkorban semata-mata meninggikan syiar agama Allah

4. Jika kita mampu membayar bil handset RM 40.00 hingga RM 100.00 sebulan, sanggup membayar bil astro RM 60.00 bulanan, membeli surat khabar dan majalah tidak kurang RM 50.00 sebulan โ€“ sewajarnya kita juga mampu menyimpan RM 50.00 hingga 60.00 sebulan untuk membeli satu bahagian daripada korban pada setiap Hari Raya Korban.

5. Dalam suasana PKP yang ada, sebahagian negeri melalui Majlis Agama Islam telah menetapkan bahawa pelaksanaan Ibadat Korban pada tahun ini dihadkan serta hanya dibenarkan sembelihan di pusat sembelihan dengan SOP yang ditetapkan. Namun kita masih berpeluang melaksanakan melalui beberapa agensi seperti MyCARE. Penyertaan korban masih dibuka.

Address

PR28 Parit Rasipan
Parit Raja
86400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ar-Rahman Parit Rasipan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category