Masjid Hijau

Masjid Hijau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Hijau, Religious Center, Masjid Hijau Kg, Parit Buntar.

04/02/2020

SEJARAH MASJID HIJAU KAMPUNG KEDAH
34200 PARIT BUNTAR, PERAK.

1. PENDAHULUAN

a. Masjid Hijau Kpg Kedah Pt Buntar, telah didirikan pada tahun 1828 diatas sebidang tanah seluas 5E.2R.6P, lot 212, Mukim Pt Buntar secara gotong royong yang diketuai oleh Penghulu Salleh dan Tengku Kudin yang datang dari kedah. Bilangan Penduduk ketika itu lebih kurang 300 orang. Sumber kewangan pembinaan diperolehi adalah hasil kutipan derma penduduk setempat. Masjid dibina ketika itu boleh menampong seramai 200 orang jemaah.

b. Selepas Merdeka tahun 1957, Kpg Kedah mula membangun. Penghijrahan masuk orang ke Kpg Kedah semakin ramai. Masjid yang sedia ada sudah tidak dapat lagi menampong Jemaah. Seterusnya Masjid Hijau diperbesarkan lagi dengan usaha penduduk seternpat membuat kutipan derma dan bantuan Kerajaan. Pembesaran ini dapat menampung jamaah hampir 500 orang pada satu-satu masa hinggalah ke tahun 80 puluhan.

c. Pada awal tahun 90an, sekali lagi Masjid Hijau ini dibesarkan dan kali ini boleh menampong sehingga 1000 orang pada satu masa. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM 345,336.00 dengan keluasan 65' x 70' Persegi.

2. SUMBER KEWANGAN

a. Kutipan dari orang ramai : RM 200,914.00
b. Bantuan dari Kerajaan Pusat : RM 200,000.00

3. SEBAB MENGAPA MASJID HIJAU MENDAPAT NAMANYA

a. Mengikut cerita orang yang paling lama tinggal di kawasan ini, beberapa Jemaah ketika itu terjumpa lembaga berbentuk manusia memakai pakaian serban hijau sedang berwirid dalam masjid.

b. Ceritanya lagi, semasa lantai simen sedang dalam pembinaan, keesokan harinya terjumpa bekas tapak kaki kanan bahagian hada¬pan, di dalam Masjid. Tapak kaki tersebut lebih besar daripada tapak kaki manusia biasa.

c. Seorang Jemaah yang tidur di dalam masjid waktu malam, apabila dia terjaga, dia berada di luar masjid berhampiran dengan pusara ibunya yang terletak tidak jauh dari Masjid, dan ada yang tidur di dalam Masjid di pindah keluar berhampiran dengan kolah ambil air sembahyang.

d. Seorang anak qariah yang berhasrat untuk bermunajat kehadrat Allah s.w. di dalam masjid terpaksa membatalkan separuh jalan apabila mendengar orang, sedang mengambil air sembahyang beramai¬-ramai, rasa ada orang yang menarik tikar di dalam Masjid dan berasa macam orang membaling pasir atas bumbung masjid.

e. Dari kisah-kisah begini maka orang ramai pun menyebut MASJID HIJAU, dan pada ketika itu Khatib yang membaca khutbah pun dibekalkan dengan serban hijau oleh orang sepuluh atau dikenali sebagai jawatankuasa masjid ketika itu.

07/01/2020

PERINGATAN
Admin FB Masjidhijau tidak bertanggungjawab terhadap maklumat dan komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin dan Jawatankuasa Masjid Hijau kg Kedah. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07/01/2020

Assalamualaikum wth.
Selamat Datang ke FB Masjid Hijau Kg Kedah, Perak.
Kepada semua AJK Masjid boleh menghantar maklumat/berita/gambar berkaitan aktiviti biro masing-masing. Kepada ahli kariah boleh merujuk, mengakses maklumat dan memberi maklumbalas yang membina. Semua maklumat dan komentar yang diutarakan, admin amat menghargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Selamat Datang ke Laman Maya Masjid Hijau Kg Kedah
06/01/2020

Selamat Datang ke Laman Maya Masjid Hijau Kg Kedah

Address

Masjid Hijau Kg
Parit Buntar
34200

Telephone

+60195517755

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Hijau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Hijau:

Share