Masjid Nurul Iman Kampung Kawang Papar

Masjid Nurul Iman Kampung Kawang Papar Jom ke masjid...

Zikir Subbuhun Quddus=======1. Sedarkan kita bahawa zikir "Subbuhun Quddus" yang sering kita ucapkan adalah lafaz yang s...
24/02/2026

Zikir Subbuhun Quddus
=======
1. Sedarkan kita bahawa zikir "Subbuhun Quddus" yang sering kita ucapkan adalah lafaz yang sering dibaca oleh Rasulullah di dalam rukuk dan sujud Baginda. Perkara ini diceritakan sendiri oleh Saidatina Aisyah:

إِنَّ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كان يقولُ في ركوعِهِ وسجودِهِ: "سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، ربُّ الملائكةِ والروحِ

"Sesungguhnya Rasulullah sering membaca dalam rukuk dan sujud Baginda (zikir ini): Subbuhun Quddus Rabul Malaikati War Ruh" (HR Muslim).

2. Yang dimaksudkan dengan lafaz Subbuh adalah sifat Allah yang disucikan daripada segala kekurangan dan kejahatan. Kata Abu Ishaq al-Zajjaj:

السُّبُّوحُ: الذي يُنزَّهُ عن كلِّ سُوءٍ

Perkataan Subbuh membawa maksud "Yang Disucikan dari segala kejahatan."

3. Maksud yang lebih kurang sama dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi yang menyebutkan:

وقال ابنُ فارسٍ والزَّبيديُّ وغيرُهما: سبُّوحٌ هو اللهُ عز وجل، فالمرادُ بالسُّبُّوحِ القُدُّوسِ: الُمسَبَّحُ الُمقدَّسُ

"Ibn Faris dan al-Zabidi menjelaskan bahawa Subbuh itu bermaksud (sifat) Allah (sendiri) iaitu Zat Yang Disucikan dan Dibersihkan dari segala kekurangan."

4. Berdasarkan hadis ini juga, ia memberikan makumat tambahan kepada kita bahawa adalah harus untuk kita melafazkan zikir ini di dalam rukuk dan sujud kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://40hadithsanusi.wordpress.com/

Assalammualaikum Wbt 👳🏻Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam 🤲🏻Dengan Izin Allah SWT , Kaunter Pembayaran Zakat Fit...
21/02/2026

Assalammualaikum Wbt 👳🏻

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam 🤲🏻
Dengan Izin Allah SWT , Kaunter Pembayaran Zakat Fitrah Bagi Kariah Kampung Kawang Adalah Bertempat Di Masjid Nurul Iman Kampung Kawang .

In Sya Allah Segala Pertanyaan Sila Hubungi Imam Sharizal ( http://wa.me/60146346517)

MEMBAWA BERKAT 🤲🏻

21/02/2026

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI SABAH
BAGI TAHUN 1447H / 2026M

Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Sabah pada tahun 1447H / 2026M adalah seperti berikut:

• RM7.50 - Bagi mereka yang menggunakan beras putih import

• RM15.00 - Bagi mereka yang menggunakan beras wangi

Penetapan kadar ini adalah berdasarkan sukatan 1 gantang Baghdad, bersamaan 2.7 kg beras, iaitu kadar beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri Sabah.

Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap individu beragama Islam yang bermastautin di negeri Sabah, dan hendaklah ditunaikan mengikut jenis beras yang menjadi makanan harian.

Marilah kita menyempurnakan ibadah zakat fitrah sebagai tanda kesyukuran serta keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Sumber: Bahagian Zakat & Fitrah MUIS

𝘗𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘪𝘣𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘶 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘨𝘢𝘫𝘪..𝘒𝘢𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘭𝘢𝘱𝘢𝘳.. 𝘒𝘢𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘱𝘦𝘯𝘢𝘵...𝘚𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘱𝘢𝘩𝘢𝘭𝘢 𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘬𝘰𝘴𝘰𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘴𝘪𝘴𝘪...
18/02/2026

𝘗𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘪𝘣𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘶 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘨𝘢𝘫𝘪..

𝘒𝘢𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘭𝘢𝘱𝘢𝘳.. 𝘒𝘢𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘱𝘦𝘯𝘢𝘵...
𝘚𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘱𝘢𝘩𝘢𝘭𝘢 𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘬𝘰𝘴𝘰𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘴𝘪𝘴𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩.

𝘚𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵.. 𝘚𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘪𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢..
𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯.

𝘚𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘪𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘪𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘣𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘴𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘴𝘪𝘴𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘱𝘶𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬.

𝘚𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘱𝘶𝘯. 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘪𝘵𝘶 𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯.

Salam ramadan 2026 dan selamat menjalankan ibadah puasa...

Assalammualaikum WbtSempena Menyambut  Nisfu Sya’ban pada tahun ini  02 Februari 2026M / 13 Sya’ban 1447 H / Isnin Masji...
02/02/2026

Assalammualaikum Wbt

Sempena Menyambut Nisfu Sya’ban pada tahun ini 02 Februari 2026M / 13 Sya’ban 1447 H / Isnin

Masjid Nurul Iman Kampung Kawang akan mengadakan program:-

•Solat Maghrib Berjemaah
•Bacaan Yasiin Dan Doa Nisfu Sya’ban
•Solat Isyak Berjemaah
•Jamuan

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

“Nisfu Sya'ban adalah kesempatan untuk memperbaharui
harapan dan doa. Semoga Allah SWT memberi kita kesihatan yang baik serta kekuatan
untuk menjalani ibadat puasa tahun ini dan mendapat rahmat serta keampunana dari Allah SWT.

Terlelap semasa khutbah Jumaat: Adakah ia sekadar mengantuk biasa atau tanda masalah kesihatan?Fenomena jemaah tertidur ...
30/01/2026

Terlelap semasa khutbah Jumaat: Adakah ia sekadar mengantuk biasa atau tanda masalah kesihatan?

Fenomena jemaah tertidur semasa mendengar khutbah Jumaat sering dianggap sebagai perkara remeh atau bahan jenaka. Namun, dari sudut kesihatan, ia boleh menjadi indikator kepada kondisi tubuh yang tidak optimum.

Mengapa mata menjadi sangat berat ketika duduk mendengar khutbah?

1. Hutang Tidur (Sleep Debt)
Ramai individu dewasa tidak mendapatkan tidur yang mencukupi (7-8 jam) pada hari bekerja. Apabila tubuh berada dalam keadaan rehat dan tenang di masjid yang berhawa dingin, otak akan mengambil peluang ini untuk menuntut hutang tidur tersebut melalui microsleep.

2. Fenomena 'Post-Prandial Somnolence'
Jika anda mengambil sarapan berat atau makan tengah hari awal yang tinggi karbohidrat (nasi, roti, minuman manis) sebelum ke masjid, paras gula dalam darah akan naik mendadak. Ini merangsang rembesan insulin dan triptofan yang menyebabkan rasa letih dan mengantuk.

3. Obstructive Sleep Apnea (OSA)
Jika anda bukan sekadar tertidur, tetapi berdengkur dengan kuat sehingga mengganggu jemaah lain, ini adalah tanda amaran. Dengkur yang kuat disusuli dengan henti nafas seketika adalah gejala OSA. Ia bermakna kualiti tidur malam anda sangat buruk dan oksigen tidak sampai ke otak dengan cukup.

Nasihat Kesihatan:
Elakkan makan terlalu berat sebelum waktu solat Jumaat.
Dapatkan rehat yang cukup pada malam sebelumnya.
Jika anda kerap berdengkur kuat dan sentiasa letih di siang hari, sila lakukan saringan kesihatan. Ia mungkin punca kepada masalah jantung dan darah tinggi pada masa hadapan.

Hormati majlis ilmu dengan tubuh yang segar dan cergas.

Sumber Public Health Malaysia

17/01/2026

Kisah Agung Israk Mikraj Bukan Dalil Allah Di Langit

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan antara mukjizat terbesar Nabi Muhammad ﷺ yang mengandungi banyak pengajaran, khususnya dalam soal akidah dan pensyariatan solat. Namun, dalam membicarakan peristiwa ini, para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sentiasa menegaskan bahawa kisah Mikraj tidak boleh dijadikan dalil untuk menetapkan bahawa Allah berada di langit atau bertempat di sesuatu arah.

Antara lafaz hadis Mikraj yang memerlukan penjelasan ulama ialah sabda Nabi ﷺ:

فرجعت إلى ربي
Maksudnya: “Lalu aku kembali kepada Tuhanku”

Hadis ini diriwayatkan dalam Sahih Bukhari Muslim dan dihuraikan oleh para ulama hadis dalam karya-karya syarah. Jika lafaz ini difahami secara zahir semata-mata, tanpa panduan ilmu akidah, ia boleh disalahertikan seolah-olah Nabi ﷺ bergerak menuju Allah atau seolah-olah Allah berada di suatu tempat tertentu yang boleh dituju.

Di sinilah peranan syarahan ulama menjadi sangat penting. Ulama besar hadis, Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini dalam al-Minhaj Sharh Sahih Muslim menjelaskan bahawa maksud “aku kembali kepada Tuhanku” ialah Nabi ﷺ kembali ke tempat baginda bermunajat dengan Allah pada kali pertama, lalu bermunajat di tempat itu untuk kali yang kedua. Dengan penjelasan ini, Imam al-Nawawi memalingkan kefahaman daripada makna zahir yang bersifat ruang dan arah kepada makna yang selamat bagi akidah.

Tafsiran ini menunjukkan dengan jelas bahawa yang bergerak, berpindah dan kembali ialah Nabi Muhammad ﷺ sebagai makhluk. Adapun Allah, maka Dia tidak disifatkan dengan pergerakan, perpindahan atau perubahan tempat. Lafaz “إلى ربي” difahami sebagai ungkapan makna, bukan petunjuk fizikal atau arah, selaras dengan manhaj Ahl al-Sunnah dalam menjaga kesucian akidah.

Daripada huraian ini, jelas bahawa langit, Sidratul Muntaha dan tempat munajat dalam peristiwa Mikraj adalah tempat yang disediakan oleh Allah untuk Nabi-Nya sebagai makhluk yang dimuliakan, bukan kerana Allah berada di situ. Perjalanan, arah dan lokasi semuanya berkaitan dengan makhluk, bukan Zat Allah.

Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menetapkan bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat, tanpa arah dan tanpa pergerakan. Sesuai dengan firman Allah:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ
Maksudnya: "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya." (Surah al-Syura: 11)

Maka, kisah agung Israk dan Mikraj adalah bukti kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ dan kekuasaan Allah, bukan dalil bahawa Allah berada di langit atau terikat dengan ruang. Inilah cara para ulama menjaga kefahaman terhadap nas, dengan adab terhadap Allah dan disiplin ilmu yang kukuh, agar akidah tauhid kekal suci daripada penyerupaan dengan makhluk.

Sebarkan perkongsian ini, semoga ramai beroleh bermanfaat.

24/12/2025

"Masjid yang banyak tahi cicak kalau kita bayar upah kutip, seketul dua ringgit, mesti cuci bersih" ( Almarhum Paksu Mid )

Kata-kata Paksu ini adalah satu sindiran yang sangat tajam, namun jika dikupas secara mendalam, ia menyentuh aspek Sosiologi Islam, Psikologi Motivasi dan Krisis Keikhlasan dalam masyarakat moden.

Paksu menyindir bahawa manusia zaman sekarang telah kehilangan "rohani" dalam berkhidmat kepada agama. Kita hanya bergerak jika ada "nilai material". Sekiranya tidak dibayar, kita sanggup membiarkan rumah Tuhan kotor. Ia menunjukkan keruntuhan mentaliti hamba yang telah digantikan dengan mentaliti kontraktor.

​Dalam sudut pandang sosiologi, Paksu melihat bagaimana nilai kesukarelaan (volunteerism) dalam masyarakat Islam semakin hilang. ​Dahulu, Masjid bersih kerana semangat gotong-royong Lillahi Taala. ​Sekarang, segala-galanya perlu di-fidyah-kan atau diupah.

Apabila "tahi cicak" sebagai simbol kotoran kecil yg remeh pun perlu dibayar seketul RM2 untuk dibersihkan, itu tandanya hati masyarakat sudah menjadi sangat transactional dengan Tuhan.

Kita tidak lagi melihat membersihkan Masjid sebagai peluang mendapat pahala tetapi sebagai beban yang perlu ada harga jual beli.

Di ​dalam Ilmu Pengurusan (Management), tahi cicak boleh dianggap sebagai small wins atau minor defects. Jika masalah kecil sebesar tahi cicak pun kita tidak mampu selesaikan dengan rasa kasih sayang pada Masjid, bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah besar umat?

Paksu ingin memberitahu bahawa kegagalan mengurus hal-hal kecil tanpa upah adalah cerminan kepada jiwa yang kerdil. Kita mahukan ganjaran besar, tetapi untuk seketul kotoran kecil pun kita berkira dengan Pencipta kita.

Di ​dalam Sains Ekonomi dan Psikologi, terdapat teori di mana insentif kewangan boleh memadamkan nilai moral. ​Apabila kita meletakkan harga pada perbuatan baik seperti cuci masjid, orang ramai tidak lagi melihatnya sebagai amal soleh tetapi sebagai "kerja buruh".

Paksu seolah-olah mahu kita kembali kepada rasa cinta. Orang yang cinta pada Masjid tidak nampak tahi cicak sebagai kotoran, tetapi sebagai peluang untuk berkhidmat kepada Allah SWT. Namun apabila duit masuk, cinta itu pasti "keluar"

​Kata-kata Paksu ini sebenarnya adalah sebuah tamparan kepada kapitalisme agama. Beliau mahu kita sedar bahawa ​ibadah tidak boleh dijual beli.
Jangan sampai nilai dahi kita sujud di Masjid lebih murah daripada nilai upah mencuci tahi cicak.

Jika kita boleh bekerja keras untuk keuntungan dunia tanpa berkira, mengapa dengan urusan "Rumah Allah" kita menjadi sangat berkira-kira?

Jadilah seperti pejuang Fisabililah terdahulu yang jasadnya di bumi namun jiwanya sudah selangkah di pintu Syurga. Berikanlah yang terbaik untuk Rumah-Nya sebelum Dia menjemput kita kembali ke Rumah yang Abadi.

Wallahu a'lam bishawab

TAKAI

Address

KAMPUNG KAWANG
Papar
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nurul Iman Kampung Kawang Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Nurul Iman Kampung Kawang Papar:

Shortcuts

Share

Category