SejarahPembinaan Surau An-Nur Taman Perumahan Kinarut Selatan Papar:-
Cadangan Pembinaan Surau An-Nur Taman perumahan Kinarut Selatan, Papar telah bermula pada Bulan Mac 2006. Cadangan pembinaan tersebut telah dikemukakan oleh seorang Pendakwah yang berasal dari Temerloh Pahang semasa beilau berceramah di rumah En. Julaihi Sarudi. Beliau telah menderma sebanyak RM 500.00 bagi memulakan pembinaan
surau tersebut. Sehubungan itu mesyuarat khas telah diadakan bagi membentuk Ahli Jawatankuasa pembinaan Surau pada 25 Mac 2006 di rumah En Suryanadi Effendy. Mesyuarat bersetuju melantik En. Ribbang Hj. Ampong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau. Pembinaan surau adalah secara gotong royong. Tapak Pembinaan Surau:-
Tapak pembinaan surau tersebut adalah rizab untuk keagamaan Religious Reserv 8052 sq.m. (2 ekar) milik Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar. Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar telah memberi kebenaran bagi pembinaan surat tersebut melalui surat LPPB; (bil:LPPB/PP/(S)/106/10/18/3 Vol: 16/(28) bertarikh 29 Mac 2006). Disamping itu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah juga telah memberi kebenaran pembinaan surau berkenaan melalui surat bil.JHEAINS: PMK:200-2/0 KLT.4 (101) bertarikh 22 Mei 2006. Keluasan Surau:
Keluasan bangunan asal ialah 40 kaki x 40 kaki. Keluasan terkini 64 kaki x 70 kaki. Sumber Kewangan
Derma pendakwahdariTemerloh Pahang RM 500.00, Mac 2006
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah RM 20,000.00, 13 Jun 2006. Kutipandanapembinaansuraudarimasyarakat RM 5,000.00, 13 Jun 2006. JabatanPembanguan Persekutuan Sabah RM35,000.00, 15 November 2007.