13/06/2026
๐ Terima Kasih Yayasan Perak ๐
K Optical Centre berbesar hati kerana dipilih oleh Yayasan Perak sebagai rakan kerjasama bagi Daerah Manjung untuk tahun yang ke-4 dalam menjayakan program YP EYE SINAR.
Setiap tahun, kira-kira 100 pasang cermin mata percuma disediakan untuk setiap daerah di Negeri Perak, termasuk Daerah Manjung. Program ini amat bermakna kerana membantu pelajar yang benar-benar memerlukan cermin mata agar dapat belajar dan menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Selain membekalkan cermin mata, kami juga berkongsi ilmu tentang cara menjaga kesihatan mata dengan pelajar-pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Perak atas kepercayaan yang diberikan kepada K Optical Centre . Keprihatinan dan kasih sayang Yayasan Perak terhadap rakyat Negeri Perak amat dihargai. Semoga lebih ramai anak Perak terus mendapat manfaat daripada inisiatif yang mulia ini. โค๏ธ๐