Masjid Teluk Raja Bayang

Masjid Teluk Raja Bayang Fokus utama Bahagian Pengurusan Masjid adalah untuk menjadikan masjid zon aman untuk beribadah dan mengadakan aktiviti membangun ummah.

Alhamdulillah terima kunjung PKPSNP, Cawangan Kampar mengadakan satu Program Santai Mesra dan gotong royong membersihkan...
21/08/2026

Alhamdulillah terima kunjung PKPSNP, Cawangan Kampar mengadakan satu Program Santai Mesra dan gotong royong membersihkan masjid Raja Bayang kg Teluk Kechil Pulau Pangkor pada 15 - 16/8/ 2026 lepas.
Alhamdulilah penyertaan sukarelawan JKM Daerah Kampar dan juga dari Daerah Kinta. Semua peserta bermalam di Lyana Villa Pangkor.. Alhamdulillah gotong royong yang terbaik kepada semua peserta dalam melaksanakan kerja amal.❤️

Fakta Ringkas Kelahiran Nabi Muhammad SAW:Hari: Isnin.Tarikh Hijrah: 12 Rabiulawal (terdapat juga pandangan kuat yang me...
14/08/2026

Fakta Ringkas Kelahiran Nabi Muhammad SAW:
Hari: Isnin.Tarikh Hijrah: 12 Rabiulawal (terdapat juga pandangan kuat yang menyatakan 9 Rabiulawal).

Tarikh Masihi: 20 April 571 M Tahun Gajah (sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Mekah).

Tempat: Kota Mekah.

Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan yang paling mulia dalam kalangan bangsa Arab, iaitu daripada suku Quraisy dan berbapa saudara daripada keturunan Nabi Ismail AS.

Sebelah Bapa: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdu Manaf bin Qusai.

Sebelah Ibu: Aminah binti Wahb bin Abdu Manaf bin Zuhrah.

Garis Keturunan Mulia: Datuk baginda, Abdul Muttalib, merupakan seorang pemimpin Kota Mekah yang sangat dihormati dan penjaga Kaabah yang amanah.

Jomm kongsi ramai² ...
❤️❤️❤️

Allah SWT menyediakan satu waktu khas pada hari Jumaat di mana setiap doa hamba-Nya akan dikabulkan.Peluang Doa Makbul: ...
07/08/2026

Allah SWT menyediakan satu waktu khas pada hari Jumaat di mana setiap doa hamba-Nya akan dikabulkan.

Peluang Doa Makbul: Rasulullah SAW bersabda mengenai hari Jumaat:

"Padanya ada satu saat apabila seseorang hamba Muslim itu berdiri menunaikan solat lalu dia memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberikan apa yang dimintanya itu." — Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim. ❤️

Walaupun telah melalui beberapa siri pengubahsuaian zaman demi zaman untuk menampung pertambahan jemaah, kedudukan asaln...
05/08/2026

Walaupun telah melalui beberapa siri pengubahsuaian zaman demi zaman untuk menampung pertambahan jemaah,
kedudukan asalnya sebagai warisan sejarah tetap dipelihara. ❤️

"Barangsiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang, Allah akan menyediakan baginya hidangan (atau tempat tinggal) di dalam syurga setiap kali dia pergi dan balik." (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

MASJID TELUK RAJA BAYANG.SELAIN MASJID SERIBU SELAWAT DAN SERIBU DOA.Pulau Pangkor Juga Mempunyai Satu Lagi Masjid Yang ...
09/07/2026

MASJID TELUK RAJA BAYANG.SELAIN MASJID SERIBU SELAWAT DAN SERIBU DOA.

Pulau Pangkor Juga Mempunyai Satu Lagi Masjid Yang Tertua, Yang Terletak Di Pekan Pulau Pangkor.

Masjid Yang Dibina Pada 20 Mac 1923 Ini Mempunyai Nilai Sejarah Nya Yang Tersendiri.
Dan Mempunyai Tanah Perkuburan Disekitarnya.

Kepada Semua Yang Berada Di Sekitar Pekan Pulau Pangkor Semasa Percutian Anda, Rumah Allah Ini Sentiasa Terbuka Untuk Kita Semua Kunjungi...

Majlis Khatam Quran Masjid Teluk Raya Bayang Pangkor. Tahniah semua yang berjaya khatam pada Ramadhan Tahun ini.. semoga...
12/03/2026

Majlis Khatam Quran Masjid Teluk Raya Bayang Pangkor. Tahniah semua yang berjaya khatam pada Ramadhan Tahun ini.. semoga lebih ramai khariah bersama-sama ramadhan Tahun depan.

Sekitar Majlis Quran Hour Masjid Teluk Raja Bayang. Terima Kasih Perpustakaan Awam Pulau Pangkor yang Saban tahun bekerj...
12/03/2026

Sekitar Majlis Quran Hour Masjid Teluk Raja Bayang. Terima Kasih Perpustakaan Awam Pulau Pangkor yang Saban tahun bekerjasama mengadakan program di sini.

Mari membaca Al Quran🤲
11/03/2026

Mari membaca Al Quran🤲

Penyerahan sijil dan saguhati Raya oleh Pengerusi Surau Al Amir Kg Teluk Kecil kepada Imam Tarawih ( Pelajar Maahad Tahf...
10/03/2026

Penyerahan sijil dan saguhati Raya oleh Pengerusi Surau Al Amir Kg Teluk Kecil kepada Imam Tarawih ( Pelajar Maahad Tahfiz Pangkor)

Surau ini adalah di bawah khariah seliaan Masjid Teluk Raja Bayang Pangkor. Terima Kasih para huffaz yang menjadi Imam Di Surau Al Amir Dan tidak lupa kepada pengurusan Sekolah yang meminjamkan pelapis imam akan datang.

Semoga menjadi anak-anak soleh yang berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Penyerahan sijil dan saguhati Raya oleh Imam 1 Masjid Teluk Raja Bayang kepada Imam Tarawih ( Pelajar Maahad Tahfiz Pang...
10/03/2026

Penyerahan sijil dan saguhati Raya oleh Imam 1 Masjid Teluk Raja Bayang kepada Imam Tarawih ( Pelajar Maahad Tahfiz Pangkor)

Ini sebagai tanda ingatan dan Terima Kasih menjadi imam Solat Traweh sepanjang bulan Ramadhan di Masjid Teluk Raja Bayang. Semoga kita dapat melahirkan lebih ramai imam muda bagi mengimarahkan Masjid.

Address

Kg Masjid Teluk Raja Bayang Pangkor
Pangkor
32300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Teluk Raja Bayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share