12/07/2026
Terus melangkah!
ุณูุฑูุง ุนูู ุจุฑูุฉ ุงููู ๐๐
Tahniah dan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRN Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada seluruh jentera Perikatan Nasional yang telah bertungkus-lumus sepanjang kempen.
Pengorbanan masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan menjadi bukti bahawa perjuangan ini digerakkan dengan penuh kesungguhan demi membawa khidmat terbaik kepada rakyat.
Apa jua keputusan yang telah ditentukan, kita menerimanya dengan hati yang terbuka, penuh rasa hormat terhadap proses demokrasi.
Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan doa yang diberikan. Insha-Allah, Perikatan Nasional akan terus istiqamah menjadi suara rakyat, membawa politik yang matang, berintegriti serta mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan semua.
Terima kasih, Johor. Semoga Allah SWT memberkati negeri ini dan seluruh rakyatnya.