Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB)

Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) Sekolah Menengah Islam Darul Bayan
Lot 852, Kg Pinang Merah, 23100 Paka, Dungun
Terengganu Darul Iman

Admin SMIDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi 'LIKE PAGE SMIDB'.. Ada kelapangan boleh visit BLOG SMIDB- http://smidarulbayan.blogspot.com dan visit FACEBOOK- http://facebook.com/smidb.pinangmerah

06/06/2026

Cuti 2 minggu pakat pakat kelik kampung, makan daging korbang sampai kenyang... tahu-tahu esok dah kena pakai baju sekolah balik dah! ๐Ÿ˜†

"The holiday is over, but the journey to success continues." ๐Ÿš€

"ุงูู†ู’ุชูŽู‡ูŽู‰ ุฒูŽู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุงุญูŽุฉูุŒ ูˆูŽุจูŽุฏูŽุฃูŽ ุทูŽุฑููŠู‚ู ุงู„ุชูŽู‘ููŽูˆูู‘ู‚ู."๐Ÿ“š

Maksud: "Masa rehat telah tamat, dan jalan menuju kecemerlangan bermula."

Selamat kembali ke sekolah semua! Harap-harap semangat nak belajar (dan mengajar) tu 'mencanak naik' macam semangat nak beraya hari tu. Rehat dah cukup, makan dah kenyang, jom kita pulun balik untuk baki sesi persekolahan ni.

Jumpa esok pagi! Jangan ada yang tersasap subuh ya! ๐Ÿซต๐Ÿ˜Ž

Antara amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan sepanjang bulan Zulhijjah, terutamanya pada 10 hari pertama:1...
25/05/2026

Antara amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan sepanjang bulan Zulhijjah, terutamanya pada 10 hari pertama:

1. Memperbanyakkan Zikir (Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir)
2. Berpuasa Sunat (1 hingga 9 Zulhijjah)

๐Ÿ“Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah): Digalakkan untuk berpuasa sunat bagi orang yang tidak mengerjakan haji.

๐Ÿ“Hari Arafah (9 Zulhijjah): Sangat dituntut (Sunat Muakkad) bagi orang yang tidak berwukuf di Arafah. Kelebihannya dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

3. Melaksanakan Ibadah Korban
4. Menjaga Adab Rambut dan Kuku (Bagi yang Berkorban)
5. Memperbanyakkan Solat Sunat dan Sedekah
6. Melakukan Solat Sunat Aidiladha


๐Ÿ•Š๏ธ MENYINGKAP TUNTUTAN SYIAR ISLAM: SUMBANGAN DAGING KORBAN 1447H ๐Ÿ•‹Rezeki yang kita kongsi hari ini, mungkin menjadi keg...
25/05/2026

๐Ÿ•Š๏ธ MENYINGKAP TUNTUTAN SYIAR ISLAM: SUMBANGAN DAGING KORBAN 1447H ๐Ÿ•‹

Rezeki yang kita kongsi hari ini, mungkin menjadi kegembiraan besar buat insan lain di hari raya nanti. ๐Ÿ•Š๏ธ

Pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan daging korban daripada pihak tuan/puan untuk bersama-sama kita menyemarakkan syiar Aidiladha 1447H.

Hubungi urus setia kami untuk urusan sumbangan:
๐Ÿ“ฑ Kak Wani: 017-9746216

"Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu supaya kamu bersyukur."
(Surah Al-Hajj: 36)

"Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah." Semoga Allah memberkati rezeki dan keluarga kita semua. Amin Yaa Rabbal 'Alamin. ๐Ÿคฒ

๐ŸŒฟ Hari Guru SMIDB 2026: Sesi 'Healing' & Makan-Makan Warga Pendidik!โ€‹๐ŸŒฟ19 Mei 2026SELASATemuCafexNursery,PakaTEMA : STRAW...
21/05/2026

๐ŸŒฟ Hari Guru SMIDB 2026: Sesi 'Healing' & Makan-Makan Warga Pendidik!โ€‹๐ŸŒฟ

19 Mei 2026
SELASA
TemuCafexNursery,Paka
TEMA : STRAWBERRY MATCHA

Selepas komited mendidik anak bangsa, hari ini masanya untuk para guru SMIDB meraikan diri sendiri dalam suasana yang cukup santai dan 'aesthetic' di Temu Cafe & Nursery, Paka.

Jamuan kali ini bukan sekadar mengisi perut, tetapi menjadi medan mengeratkan ukhuwah, bertukar cerita, dan mencas semula tenaga dengan aura hijau dari sekeliling kafe.

Terima kasih cikgu-cikgu SMIDB dan kakitangan SMIDB atas dedikasi tanpa henti! Korang memang terbaik! ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ™Œ

18/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 โค๏ธ
Hari meraikan semua guru SMIDB yang penuh senyuman, kenangan dan penghargaan buat mereka.

Terima kasih atas segala usaha, pengorbanan dan kasih sayang dalam mendidik anak bangsa. Semoga terus diberi kekuatan untuk mencurah ilmu tanpa jemu โœจ
โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

17/05/2026

Bila cikgu-cikgu bertukar jadi orang kampung sehari ๐ŸŒพ๐Ÿ˜‚ Tapi tetap classy dan bergaya cikgu-cikgu semuaโค๏ธ Sambutan Hari Guru SMIDB 2026 memang vibes!

Selamat hari guru semua guru SMIDB!

07/05/2026

Temasya Sukan 2026 bertemakan buah-buahan ๐ŸŒ๐Ÿ‡๐Ÿ‹โ€๐ŸŸฉ meriah dan all out tahun nie semua rumah sukan! Tahniah dan terbaikk semua!

05/05/2026

๐Ÿ”ฅTEMASYA SUKAN 2026๐Ÿ”ฅ
Inilah hari yang kita tunggu, temasya sukan yang penuh warna, semangat, dan kenangan. Bermula 5 Mei pelbagai acara permainan telah dipertandingkan.

Jumpa hari Final Acara Permainan dan penutup temasya sukan 2026 hari khamis 7 MEI! ๐Ÿ”ฅ

04/05/2026

โœจTAHSIN AL-FATIHAHโœจ
Alhamdulillah, telah berlangsung sesi Tahsin Al-Fatihah bersama Ustaz Mohd Aruddin bin Nawi.

Program ini memberi penekanan kepada pembetulan bacaan Surah Al-Fatihah dengan lebih tepat dari segi makhraj dan tajwid. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan serta membantu meningkatkan kualiti bacaan dalam ibadah seharian.

Terima kasih kepada Ustaz Mohd Aruddin bin Nawi atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

Address

Paka

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB):

Share