Jkk Kampung Sungai Padang, Endau

Jkk Kampung Sungai Padang, Endau Aman, Makmur, Sejahtera

24/02/2020
01/01/2018

1 Jan 2018
Jam 23.00
KEADAAN SEMASA FENOMENA AIR PASANG BESAR DI KAWASAN JAJAHAN JKKK KG. SG. PADANG ENDAU.

Situasi hari ini merupakan Fenomena Air Pasang Besar Normal.
Skop Pemantauan adalah dikawasan Kg. Tanjung, Jalan Bulang & Sg. Padang
Bagi Kawasan Kg. Tanjung & Jalan Bulang, Air sudah mulai surut dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, walaubagaimanapun pemantauan daripada pihak keselamatan akan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan keselamatan seluruh penduduk.
Bagi Kawasan Sg. Padang, aliran air surut amat perlahan, fator ini dipengaruhi oleh pertembungan angin serta aliran keluar air drp kuala sg endau serta aliran air keluar daripada seluruh sistem perparitan di kawasan endau. Hujan yang berterusan selama dua hari menyebabkan parit tadahan sg padang dipenuhi air. Sehingga kini keadaan masih lagi terkawal tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Pihak keselamatan juga dalam usaha memantau serta sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga berikutan jangkaan hujan yang berterusan sehingga hari rabu.
Pusat Pemindahan Banjir adalah di Sekolah Kebagsaan Badar Endau, dan sehingga ini pusat pemindahan ini sentiasa bersedia dan masih belum dibuka.
Mohon supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang diragui kesahihanya supaya tidak menimbulkan situasi panik dikalangan penduduk serta ahli keluarga penduduk.

-su-


JEMPUTAN SAHABAT YASSIN JKKKSPKg. Tanjung, Endau (Rumah Abg Long Mizi) Terima kasih tuan rumah-su-
02/11/2017

JEMPUTAN SAHABAT YASSIN JKKKSP
Kg. Tanjung, Endau (Rumah Abg Long Mizi)

Terima kasih tuan rumah

-su-

JEMPUTAN SAHABAT YASSIN JKKKSPKg. Tanjung, EndauTerima kasih tuan rumah
24/10/2017

JEMPUTAN SAHABAT YASSIN JKKKSP
Kg. Tanjung, Endau

Terima kasih tuan rumah

Pemantauan Kemajuan Projek Perumahan Banjir, Kg. Lundang Batu, EndauPengerusi JKKKSP membuat pemantauan khusus dari aspe...
03/10/2017

Pemantauan Kemajuan Projek Perumahan Banjir, Kg. Lundang Batu, Endau

Pengerusi JKKKSP membuat pemantauan khusus dari aspek keselamatan kawasan perumahan yang akan dijangka siap awal tahun 2018.

Projek Perumahan Banjir ini merupakan penempatan semula bagi penduduk di kawasan berisiko banjir yang melibatkan Kg. Sg. Padang, Kg Tanjung dan Jalan Bulang.

Jutaan terima kasih kepada YB Datuk Haji Abd. Latif Hj Bandi, ADUN Endau yang telahpun melunaskan janji-janji beliau dalam usaha melestarikan kehidupan rakyat.

-su-

03/10/2017

Program larian "Endau Berlari 2017" yang akan di adakan pada 11 nov 2017. 200 peserta awal yang mendaftar akan mendapat t-shirt dan beg istimewa. Manakala peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke 100 akan menerima medal eksklusif kami. Klik url di bawah untuk mendaftar!

http://endauberlari.blogspot.my

3 Jun 2017 - Kemeriahan Bulan Ramadhan diserikan lagi dengan Program Bubur Lambuk Ramadhan 1438H/2017M bertempat di Masj...
03/06/2017

3 Jun 2017 - Kemeriahan Bulan Ramadhan diserikan lagi dengan Program Bubur Lambuk Ramadhan 1438H/2017M bertempat di Masjid Bandar Endau yang bermula pada jam 8.30pagi sehingga jam 4 petang.
Program yang dilaksanakan secara Gotong Royong menglibatkan semua NGO yang berada di dalam kawasan pentadbiran JKKKSP ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim serta dapat mengimarahkan Bulan Ramadhan.
Edaran kepada seluruh penduduk kawasan pentadbiran JKKKSP diwakili oleh ketua NGO dan Jabatan masing-masing telahpun disampaikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Mersing En slahudin Abas selaku Wakil Rasmi kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Mersing, En Youzaimi Yusuf.
Program yang dianjurkan oleh JKKSAP bersama KRT Pekan Endau, Unit Peladang Sg.Padang, JKKKP Rumah Murah & Rumah Kilat, JKKKP Taman Markisa dan Masjid Bandar endau ini akan dikekalkan dan dijadikan program tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadhan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan juga kepada para penyumbang bagi menjayakan progranm tersebut.




~su~

26/05/2017

Selamat menyambut ramadhan kepada semua warga sbrc. Semoga diberi keberkatan dan kekuatan untuk kita semua.

- ikhlas dari -
Pengurusan SBRC

Program Bacaan Yasin & Tahlil sempena memyambut kedatangan Bulan Ramadhan anjuran JKKKSP bersama JK Surau Al-Arif, Jalan...
18/05/2017

Program Bacaan Yasin & Tahlil sempena memyambut kedatangan Bulan Ramadhan anjuran JKKKSP bersama JK Surau Al-Arif, Jalan Hj Arifin.
Surau Al-Arif merupakan salah satu daripada surau yang berada di dalam kawasan pentadbiran JKKKSP selain surau India & juga surau Al-Mahdi.
Program seumpama ini adalah amat penting selain dpt mengukuhkan ikatan ukhuwah, ianya juga dapat membantu menyelasaikan beberapa isu dan permasalaahan jemaah di surau tersebut.


-su-

17 Mei 2017- Angin kuat di sekitar kawasan Endau menyebabkan kerosakan beberapa buah rumah di sekitar kawasan kampung Sg...
18/05/2017

17 Mei 2017- Angin kuat di sekitar kawasan Endau menyebabkan kerosakan beberapa buah rumah di sekitar kawasan kampung Sg Padang serta kampung rangkainya.
Bertindak atas aduan penduduk, Pengerusi JKKKSP segera bertindak membuat lawatan ke rumah mangsa-mangsa bencana tersebut.
Mangsa perlu membuat laporan polis untuk kerosakan tersebut beserta berapa dokumen pemilikan dan ahli keluarga untuk diserahkan kepada Pengerusi JKKKSP (Ketua Kampung Sg. Padang) untuk tindakan bantuan dari pelbagai pihak.
Maklumkan seberapa segera sebarang bencana yang melibatkan rumah kediaman kepada Ketua Kampung dan pihak JKKKSP akan sentiasa membantu jika diperlukan.

~su~

Jemput semua waris...
15/05/2017

Jemput semua waris...

Address

Kampung Sungai Padang
Padang Endau
86900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jkk Kampung Sungai Padang, Endau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share