07/03/2024
Taman Padang Besar Indah adalah sebuah taman perumahan baru di Mukim T**i Tinggi, Padang Besar, Perlis yang mula diduduki pada NOV 2021. Taman perumahan ini mempunyai 159 unit premis pelbagai jenis yang majoriti besarnya adalah penduduk beragama islam.
Dengan hasrat untuk mengembangkan syiar islam & keperluan sebagai tempat beribadah berjemaah serta berperanan sebagai pusat aktiviti agama setempat seperti Kelas Pengajian Al-Quran, Pengurusan Jenazah & lain-lain, ahli komuniti taman ini telah mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi mengurustadbir pembinaan sebuah surau yang dinamakan *Surau Al-Kauthar, Taman Padang Besar Indah*.
Jawatankuasa ini telah menerima kelulusan daripada *Jabatan Agama Islam Negeri Perlis* pada *07 Disember 2023* dengan nombor daftar : *JAIPs/S-552* melalui rujukan surat bernombor *JAIPs/KRH/AM-25 Jilid 2 (48)*
Sehubungan dengan itu, jawatankuasa ini merayu / memohon / memerlukan sumbangan derma orang ramai bagi merealisasikan kewujudan sebuah surau lengkap dengan fasilitinya di taman perumahan ini, In Sya Allah. Sumbangan ikhlas Y.Bhg, Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Datin / Tuan / Puan boleh disalurkan terus ke Akaun Rasmi sepertimana berikut :
*Bank : CIMB BANK*
*No. Akaun : 860 581 4879*
*Nama : SURAU AL-KAUTHAR, TAMAN PADANG BESAR INDAH*
Moga-moga, dengan sumbangan ini akan membolehkan jawatankuasa ini untuk menggerakkan langkah yang berikutnya agar kewujudan surau ini akan terlaksana.
Segalanya dengan Izin ALLAH SWT jua
Sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung :-
> Ust. Masri Saidin 011-56619848 (Pengerusi)
> Pn. Afifah Mat Rus 019-8928929 (Setiausaha)
Terima Kasih