17/05/2026
📢 HEBAHAN PENCARIAN IMAM RAWATIB (3 BULAN) – OSAKA, JEPUN 🇯🇵
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Secretariat of IQRA Centre for Ummah dengan kerjasama Osaka Islamic Center (OIC), Jepun sedang mencari imam rawatib sementara untuk tempoh 3 bulan, bermula secepat mungkin, insya-Allah.
🎓 Terbuka kepada pelajar Tahun 4 dan alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sahaja
🕌 Tugas Imam:
• Mengimamkan solat 5 waktu & solat Jumaat
• Mengajar al-Quran kepada kanak-kanak
• Mengendalikan program hujung minggu
• Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Arab / Inggeris adalah satu kelebihan
🎁 Kemudahan Disediakan:
• Tiket penerbangan
• Penginapan & makan
• Cuti sehari seminggu
• Elaun sebanyak ¥150,000
✅ Kriteria:
• Bacaan al-Quran yang baik
• Berakhlak dan boleh bekerjasama
• Berpengalaman sebagai imam / mengajar al-Quran
• Bersedia tinggal di Osaka selama 3 bulan
📌 Berminat atau ingin mencadangkan calon boleh hubungi:
017-5490747 (Atif)
Mohon sebarkan hebahan ini. Semoga Allah permudahkan urusan pencarian imam yang terbaik buat komuniti Muslim di Osaka 🤲