Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Rasmi Masjid Kuarters KLIA

  • Home
  • Malaysia
  • Nilai
  • Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Rasmi Masjid Kuarters KLIA

Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Rasmi  Masjid Kuarters KLIA Page rasmi Meta Masjid Kuarters Klia yg terbaru

03/06/2026
πŸ“’ Hebahan Jadual Kuliah Bulanan Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Kuarters KLIA *(Bulan JUN 2026)*Ψ§ΩŽΩ„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„ΩŽΨ§Ω…Ω ΨΉ...
31/05/2026

πŸ“’ Hebahan Jadual Kuliah Bulanan Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Kuarters KLIA *(Bulan JUN 2026)*

Ψ§ΩŽΩ„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„ΩŽΨ§Ω…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ±ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©Ω اللهِ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψͺُهُ

Dengan Segala Hormatnya

Dimaklumkan Kepada Seluruh Jemaah, Berikut Adalah Jadual Kuliah Bulanan Bagi Bulan Jun Di Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Kuarters KLIA.

πŸ•Œ Marilah Kita Bersama-Sama Mengimarahkan Rumah Allah Dengan Menghadiri Majlis Ilmu Yang Penuh Barakah Ini.

Mudah-Mudahan Setiap Langkah Kita Ke Majlis Ilmu Dikira Sebagai Amal Soleh Dan Diberikan Ganjaran Oleh Allah SWT.

✨ Rebutlah Peluang Untuk Menambah Ilmu, Menguatkan Iman Dan Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT.

🀲 Bagi Yang Berhajat Untuk Berinfaq, Tuan/Puan Boleh Menyalurkan Sumbangan Melalui Imbasan QR DuitNow Seperti Yang Sudah Tertera Di Atas Atau Melalui Akaun Bank :

BANK RAKYAT (11-025-96114)
Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Kuarters KLIA.

Semoga Allah SWT Memberkati Setiap Usaha Kita Dan Menggolongkan Kita Dalam Kalangan Hamba-Nya Yang Mencintai Ilmu.

Sekian, Terima Kasih.




27/05/2026

IBADAH QURBAN

26/05/2026

SOLAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penyumbang yang budiman atas sumbangan sebanya...
23/05/2026

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penyumbang yang budiman atas sumbangan sebanyak 60 naskhah Al-Quran kepada Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Kuarters KLIA. Semoga setiap huruf yang dibaca, dihayati dan diamalkan oleh para jemaah menjadi saham pahala yang berterusan serta mengalir buat para penyumbang.

Sesungguhnya sumbangan seperti ini bukan sekadar memberi naskhah Al-Quran, bahkan turut menyumbang kepada penyebaran ilmu, pengimarahan rumah Allah serta melahirkan generasi yang sentiasa dekat dengan Al-Quran.

Pihak masjid amat mengalu-alukan mana-mana individu yang ingin turut sama menyumbang dan berbakti demi kemaslahatan serta pengimarahan masjid.

Semoga Allah SWT melipatgandakan rezeki, memberkati harta dan menerima segala amal kebajikan para penyumbang.

"π‘Ίπ’†π’ƒπ’‚π’Šπ’Œ-π’ƒπ’‚π’Šπ’Œ π’Žπ’‚π’π’–π’”π’Šπ’‚ π’Šπ’‚π’π’‚π’‰ π’šπ’‚π’π’ˆ π’‘π’‚π’π’Šπ’π’ˆ π’ƒπ’‚π’π’šπ’‚π’Œ π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’†π’“π’Š π’Žπ’‚π’π’‡π’‚π’‚π’• π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’Žπ’‚π’π’–π’”π’Šπ’‚ π’π’‚π’Šπ’."

🀲🏻 Bagi sesiapa yang ingin turut berinfaq dan menyumbang ke arah pengimarahan Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Kuarters KLIA, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Kuarters KLIA - BANK RAKYAT ( 11-025-96114 )

Terima kasih para penyumbang. Semoga usaha ini menjadi asbab lebih ramai tampil menyumbang demi memakmurkan rumah Allah. πŸ€²πŸ»πŸ“–βœ¨




πŠπ„π‘π‰π€-πŠπ„π‘π‰π€ ππ„πŒππ„π‘π’πˆπ‡π€π 𝐃𝐀𝐍 π’π€ππˆπ“π€π’πˆ πŠπ€π‘ππ„π“ πŒπ€π’π‰πˆπƒ πƒπ€π“πŽ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ π’π”ππ†π„πˆ π”π‰πŽππ† πŠπ”π€π‘π“π„π‘π’ πŠπ‹πˆπ€β€‹Assalamu’alaikum War...
21/05/2026

πŠπ„π‘π‰π€-πŠπ„π‘π‰π€ ππ„πŒππ„π‘π’πˆπ‡π€π 𝐃𝐀𝐍 π’π€ππˆπ“π€π’πˆ πŠπ€π‘ππ„π“ πŒπ€π’π‰πˆπƒ πƒπ€π“πŽ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ π’π”ππ†π„πˆ π”π‰πŽππ† πŠπ”π€π‘π“π„π‘π’ πŠπ‹πˆπ€

​Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

​Alhamdulillah, bagi memastikan ruang solat sentiasa berada dalam keadaan bersih, suci, dan kondusif, kerja-kerja pembersihan serta sanitasi karpet di Masjid Kuarters KLIA telah selesai dilaksanakan secara menyeluruh.

​Proses pembersihan berkala ini amat penting bagi mengekalkan tahap kebersihan yang optimum, menghilangkan habuk, serta memberikan keselesaan dan kesegaran kepada para jemaah ketika sujud dan mendirikan solat.

​Pihak pengurusan masjid merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran kerja-kerja pembersihan ini. Semoga usaha ini mendapat keredaan Allah SWT dan meningkatkan lagi khusyuk kita dalam beribadah.

​SUMBANGAN & INFAQ UMUM

Bagi menampung kos penyelenggaraan fasiliti dan pengurusan kebersihan masjid secara berterusan, sumbangan ikhlas daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan.
​Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun rasmi masjid:

​Selamat menunaikan ibadah dengan selesa. Saling menjaga kebersihan, tanggungjawab bersama.

Follow kami rapat-rapat :
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1DdxRCbq2c/
Instagram : https://www.instagram.com/masjidkuartersklia?igsh=d3JxcHBubzRkNXYw

​

πŸ“’ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 π‰π„πŒπ€π€π‡ 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π‘πˆπ€π‡Alhamdulillah, sebuah tabung baharu Masjid Dato’ Penghulu Menteri Sunge...
21/05/2026

πŸ“’ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 π‰π„πŒπ€π€π‡ 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π‘πˆπ€π‡

Alhamdulillah, sebuah tabung baharu Masjid Dato’ Penghulu Menteri Sungei Ujong Kuarters KLIA telah selamat dipasang di bahagian kantin masjid pada petang ini, Khamis, 21 Mei 2026.

Penyediaan tabung ini adalah bagi memudahkan para jemaah, penduduk qariah serta orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan dan infaq ke arah membantu urusan kebajikan, pengimarahan serta aktiviti-aktiviti masjid.

Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan, sama ada besar mahupun kecil, amatlah bermakna dan dihargai.

Mudah-mudahan ia menjadi amal jariah yang berterusan, serta diberi ganjaran dan keberkatan oleh Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan dan memakmurkan rumah Allah dengan semangat kebersamaan, keikhlasan dan sokongan yang berterusan demi manfaat ummah. 🀲🏻✨

β€œInfaq Membawa Berkat, Masjid Terus Makmur”




Address

Jalan Masjid, Taman Memancing Istana Bunian
Nilai
71800

Telephone

+60122550028

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong Rasmi Masjid Kuarters KLIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category