24/01/2025
RAMADAN 1446H: 39 HARI LAGI
Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia. Bulan ini dipilih sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini p**a al-Quran diturunkan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksudnya: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.."
[al-Baqarah 2:185]
Ibnu Kathir rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini menyebut,
"(Dalam ayat ini) Allah Ta’ala memuji bulan puasa (Ramadan) dari bulan-bulan lainnya. Allah memuji demikian kerana bulan ini telah Allah pilih sebagai bulan diturunkannya al-Quran dari bulan-bulan lainnya. Sebagaimana p**a pada bulan Ramadan ini Allah telah menurunkan kitab ilahiyah lainnya pada para Nabi ’alaihimus salam.”
[Tafsir al-Quran al-Azim, 2/179]
Semoga kita sentiasa menjadi sahabat al-Quran dan diberi kesempatan untuk beribadah dengan sangat cemerlang dalam bulan Ramadan tahun ini.
Semoga Allah selalu membimbing kita.
____________________________________
'TUNAI ZAKAT, RAIH BERKAT'
Kira, Semak, Tunai Zakat Anda:
🌐 www.zakatns2u.biz
Wakaf Tunai:
🌐 www.zakatns2u.biz/wakaf